Friday, August 10, 2012
TUAH PANDELELA
mungkin tuah atau rezeki kepada penerjun muda negara, pandelela rinong. akhirnya dia berjaya mengubah sejarah apabila menambah pingat untuk malaysia pada edisi 2012 dengan mengutip pingat gangsa pada aksi 10 meter platform wanita.
kalau diikut kepada persembahan pertama dari 5 kesukaran atau 5 pusingan, seakan dia sudah terlepas genggaman sebarang pingat apabila sekadar menduduki tempat ke 10 daripada 12 peserta akhir. tetapi dari terjunan ke-2 hingga ke-5 pandelela memperbaiki persembahan dan berjaya mencuri tumpuan juri dengan pemberian markah yang agak tinggi.
apa yang penting ialah kesilapan pesaing-pesaing utama yang mampu mendapat pingat pada acara itu membuat kesilapan pada terjunan mereka secara tidak langsung menoktahkan pandelela untuk akhirnya menamatkan acara dengan pingat gangsa untuk negara.
tahniah diucapkan! anda sememangnya wira negara! dan tidak salah akhirnya memilih anda sebagai pembawa jalur gemilang pada upacara perasmian tempoh hari.
bukan sahaja dapat memperbaiki pencapaian pingat negara di beijing, pandelela juga memahat nama sebagai pemenang pingat pertama dari acara terjun atau dengan lebih tepat acara kedua selepas badminton yang merupakan satu-satunya penyumbang pingat olimpik sebelum ini.
hadiah shakam 100 ribu ringgit menanti. yang lebih penting seawal 19 tahun anda akan merasai elaun bulanan sampai akhir hayat sebanyak dua ribu ringgit. teruskan meningkatkan pencapaian. tidak mustahil di Rio 2016 sesuatu yang lebih besar mampu digapai!
p/s kalaulah tiada kesilapan pada terjunan pertama, apakah emas atau perak dalam genggaman...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..