Wednesday, January 15, 2014

BROGA TRAINING

assalamualaikum...

Salam maulidurrasul.. hari ni offday bg aku. Walaupun cuti am bg rakyat malaysia tetapi orang mcm aku harus mengharap ehsan untuk mendapat cuti rehat pada hari cuti am.. alhamdulillah kesempatan hari cuti ini digunakan untuk beriadah. So arah tuju ialah bukit broga di semenyih.

Kami naik berlima. Aku, junaidi, anak dia haykal, eddy dan m.d.
Sebenarnya ia lebih kepada latihan kerana kami berempat iaitu aku, junaidi, eddy dan m.d. insyaAllah akan mendaki gunung kinabalu pada penghujung mac nanti. Maklumlah first time nak daki kinabalu. Termasuklah aku sekali. Nama je berbinikan orang sabah. kundasang, ranau tu dah selalu sangat naik. Tapi gunung kinabalu ni la baru nak rasa. Tambahan kami berempat dah termasuk dalam kategori pancit maka kenalah trainingkan.

Ok berbalik cerita broga. Kami bertolak dalam jam 5 pagi dari kl. Suasana awal pagi sangat lancar dan kami tiba di broga (semenyih) jam 5.30 pagi. Waktu begini kalau hari cuti memang ramai. Dari jalan raya dah boleh nampak kelip-kelip lampu suluh atas bukit. Mendaki bukit broga tak perlu stamina yang tinggi tapi sangat sesuai dibuat latihan. Ia lebih memerlukan ketekunan, kesabaran dan semangat oleh kerana cabaran yang nampak ringan itu boleh mengubah emosi kita bila bila masa. Tetapi bila sudah sampai diatas nikmat kekuasaan Ilahi sukar digambar dengan kata kata.

Kami sampai di atas lebih kurang 6.40 pagi kira kira sejam pendakian. Kalau tengok kepada jam mahal eddy, broga berada pada paras 300 meter dari aras laut.

Di atas bukit broga tak de apa apa. Baik kedai roti canai, seven eleven mahupun mcdonald. Tapi kepuasan itu boleh melangkaui tahap berjalan jalan di kuala lumpur tanpa arah. So kami ambil masa kira kira sejam setengah di puncak broga. Ambil gambar, tolong ambil gambar orang, cuci mata dan lain lain yang difikirkan boleh mengisi aktiviti atas puncak itu. Oh ya perlu diingatkan bila mula mendaki tandas di broga bersifat terbuka (maknanya x de tandas la tu) so kenalah pandai ambil kesempatan. Sebab tu ramai suka naik waktu gelap. Senang bila membuang pun orang tak nampak. Bila dah terang korek hidung pun sebatu boleh nampak.

Sebenarnya bagi diri aku sendiri bukan sekadar mendaki. Aku juga bawa mesej untuk menyelamatkan sukan berbasikal lebuhraya malaysia yg kini sedang melalui byk kepincangan. Sehelai t.shirt sudah memadai dengan harapan ramai yang membaca, sambil kongsi di laman sosial.

Ok.. Menuruni bukit broga juga memerlukan kekuatan mental. Bukan sahaja curam, tetapi juga berselisih dengan mereka yang nak naik so kene pandai cari ruang. Pastikan kita memaut dan memijak dengan cara betul kalau tidak susah nanti. Ok sampai di bawah dalam 30 minit je kot sebab pace agak laju.

Hasil dari pendakian hari ini masing masing semakin bersemangat untuk mendaki gunung kinabalu dan akan teruskan dengan latihan latihan lain untuk dapatkan stamina yang cukup. Kerana bukan sahaja kinabalu malahan hasrat untuk sampai ke everest base camp telah meniti dibibir masing masing sejak 2 tahun lalu. Jadi kami jadikan ini sebagai loncatan. Tak sampai puncak everest pun tak pe sbb aku sendiri pun takut. Base camp dah memadai.

Rentetan pendakian hari ini juga telah menyebabkan bermulanya pengaliran matawang demi persediaan. Dan hari ini aku dan junaidi tak sengaja memukat sepasang kasut mendaki columbia di sogo. T.kasih juga junaidi kerana ayat power dia membolehkan diskaun yang banyak. Nampak gaya lepas ni banyak lagi keperluan nak kene beli. Tempoh pendakian sebenar pun semakin menghampiri. Excited pulak rasanya.. ok see ya..


No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..