Ok.. Istimewa buat peminat-peminat sukan permotoran negara.
Malaysia akan mempunyai satu lagi perlumbaan motorsikal bertaraf dunia apabila perlumbaan superbike dunia wsbk bakal menjadikan sepang sebagai salah satu pusingan perlumbaan pada bulan jun nanti.
Menurut ceo SIC datuk razlan razali, persekutuan permotoran dunia FIM pada dasarnya telah bersetuju menjadikan litar sepang salah satu daripada litar perlumbaan dalam wsbk malahan telah pun memasukkan sepang dalam 'provisional calendar' atau kalendar sementara jadual perlumbaan yang dijangka diadakan pada 8 jun nanti.
Katanya ianya akan sehingga sic mendapat persetujuan terakhir pihak kerajaan kerana melibatkan soal kewangan. Datuk razlan menjangkakan keputusan persetujuan kerajaan mengenai perlumbaan itu diperolehi selewatnya penghujung januari.
Wsbk mempunyai keunikan tersendiri iaitu kuasa jentera sehingga 1000cc. Wsbk juga menggunakan sistem mata seperti motogp. Bermakna ia juga bertaraf antarabangsa.
Menurut datuk razlan lagi wsbk akan menjadi medan peluang kepada pelumba tempatan untuk turut menyertai perlumbaan dunia itu dan menunjukkan bakat berlumba melalui banyak tiket wild card.
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..