Tuesday, January 7, 2014

PSM - ALASAN DEMI ALASAN



selepas alasan demi alasan, terbaru isu makanan di tempat latihan. lepas ni tak tau pula apa alasan yang keluar. aku bukan berniat nak mengacau. tetapi sekadar persoalan yang sering bersarang dalam benak fikiran dari pembacaan-pembacaan berita di dada akhbar. apa sebenarnya yang dimahukan.

sempat berjumpa ketua pengarah majlis sukan negara, datuk seri zolkples embong di pejabatnya, aku lontarkan persoalan ini. ternyata datuk zol pun dah naik muak dengan alasan dan malas nak melayan karenah yang wujud dalam persatuan yang penuh kontroversi ini. bukannya pihak msn tak buat apa-apa. tapi dah bermacam-macam bantuan disalur demi kebaikan sukan sepaktakraw negara. tetapi tetap kesalahan diletakkan atas orang lain dari kegagalan sendiri.

menurut datuk zol mana mungkin sukan warisan negara kita gagal meraih pingat emas. dan logiknya mana mungkin rakyat boleh terima sukan yang menjadi penguasaan kita dahulu sekadar mensasarkan pingat perak atau gangsa. betul juga kata datuk zol kalau begini baik tak payah adakan program latihan sepenuh masa. part time dah cukup. tak payah buang duit. even zaman kegemilangan adnan saidin dulu pun mana ada latihan sepenuh masa, tetapi masih mampu menghadiahkan emas buat malaysia.

bukan itu sahaja, format pertandingan juga beberapa kali diubah mengikut kesesuaian agar ianya tidak menjadi dominasi thailand tetapi juga memberi kelebihan kepada negara lain termasuk malaysia, pun masih juga skuad sepaktakraw negara gagal menuai emas. sepatutnya peluang itu digunakan skuad sepaktakraw negara mencari apa kelebihan yang boleh diperolehi bagi menumpaskan lawan. tetapi masih juga beraksi ibarat menjalani latihan.  

paling memalukan, pingat gangsa berpasukan adalah ibarat atas ihsan apabila tempat ke 4 turut mendapat pingat. bermakna malaysia di kedudukan terakhir dari hanya 4 pasukan bertanding. pun dapat gangsa. kalah dengan thailand, indonesia dan juga tuan rumah myanmar.

jika peruntukan yang menjadi pokok cerita, datuk zol berkata bukan hanya persatuan sepaktakraw yang perlu dijaga, tetapi juga MSN perlu menjaga hampir 50 persatuan sukan melalui peruntukan terhad yang diberi oleh kerajaan. tetapi tidak lah msn mengambil pendekatan sambil lewa apabila msn tetap membayar elaun pemain elit sepaktakraw mengikut kadar sama seperti atlet sukan lain, bukanlah seperti didakwa didalam akhbar apabila pemain sekadar mendapat elaun RM500 untuk cover makan di luar kompleks. 

"latihan pasukan sepaktakraw di keramat itu persatuan sendiri yang mahu. dulu latihan mereka di bukit jalil. bukit jalil tak ada masalah tempat tinggal lebih baik, makan lebih baik kerana di sediakan di kafe yang dimasak oleh pegawai kita. tapi mereka memohon untuk dipindahkan ke keramat dan mereka tahu situasi yang ada di sana, kemudahan yang tidak sama yang terdapat di bukit jalil.

"sebelum ni tidak pernah timbul apa-apa masalah. tapi apabila timbul isu, apabila ramai yang memperkatakan tentang kegagalan dan sebagainya, mereka seolah-olah cuba untuk alih perhatian peminat sukan, rakyat dan sebagainya dengan menimbulkan isu-isu yang lain," katanya.

walaupun kecewa dengan prestasi skuad sepaktakraw, namun ketua pengarah msn itu tetap mengambil pendekatan untuk maju ke hadapan. katanya pertemuan segera akan dilakukan bersama pimpinan PSM bagi mencari jalan penyelesaian terbaik termasuk penambahbaikan yang boleh dilakukan demi kemajuan sepaktakraw negara. tetapi baginya ia perlu dalam bentuk yang ikhlas tanpa agenda-agenda yang lain yang tentu akan menyukarkan perbincangan itu nanti.

datuk zol juga bersedia untuk melaksanakan program mengikut acuan msn sekiranya diminta oleh persatuan dan percaya msn boleh lakukan program yang lebih baik jika diberi peluang. yang ini aku tak boleh nafikan kerana sememangnya program-program pembangunan yang dilakukan oleh msn selama ini banyak memberikan kesan positif kepada sukan negara.

akhir soalan datuk zol sempat menyelitkan bebrapa janji-janji politik sebelum ini yang tidak ditunaikan kerana baginya adalah lebih baik memastikan pembangunan sukan berkesan daripada menabur pelbagai janji yang belum tentu ditunaikan.

keratan akhbar alasan terbaru PSM

alasan dari astro awani
(meluat pulak bila aku tonton sandiwara politik ni, ada ke wartawan yang dipersalahkan)

akhirnya... aku bukanlah atlet... aku bukanlah pemain sepaktakraw... dan aku bukan orang politik.. tapi ini tugas percuma aku untuk menyampaikan agar akan ada perubahan berlaku satu hari nanti tak kira la dari bentuk apa sekali pun. rakyat berhak dapat yang terbaik dari sokongan yang tidak berbelah bagi yang diberikan.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..