Wednesday, June 29, 2016

RINJANI - SEBUAH CATATAN DARI PERJALANAN YANG LENGKAP, PART 7 - PENAMAT YANG MENYEKSAKAN

assalamualaikum... sedar tak sedar kita hampir di penghujung ramadhan.. begitu lama aku nak ambik masa siapkan catatan mudah ini. tapi takpe.. sabar itu nikmat kekeke...

di tasik / segara anak. berlatar belakang gunung barujari / anak rinjani yang aktif

19 MEI - last day untuk menahan azab... seperti dirancang, kami bangun awal, seawal 6 pagi gitu. itu pun dah terang benderang di tasik rinjani. awal pagi bangun, dan waktu ini lah kami menikmati ciptaan Ilahi di sekitar tasik. dengan keliling kawah, dapat lagi melihat gunung barujari / anak rinjani. sambil-sambil kami memasak tubuh kamera, melaras tetapan terbaik (setting kamera daa..).. dan mula menekan trigger mengambil gambar di sana sini sekitar tasik. walaupun x lari jauh pun. waktu ini kesempatan terbaik, sebab kami tak punya masa yang banyak. kami perlu keluar pagi supaya kami tak sampai checkpoint terakhir waktu gelap. checkpoint kami terakhir ialah Desa Senaru. dikabarkan untuk sampai ke sana kira-kira 8 jam normal. aku ingat zainal main-main. tapi nampak gaya dia serius. hhmmm... kami terpaksa menerima apa mendatang. sebab pilihan dah takde. itu je jalannya...





oleh kerana pagi tu merupakan pagi yg last kami berkhemah, maka kami disajikan nasi goreng yg enak oleh porter2 kami iaitu marhan, anis dan ijan.. kira kalau kategori hutan tu enak la.. sebaik selesai makan, tanpa membuang masa kami bersiap, dan perlu bertolak cepat... aku rasa dlm jam 8 gitu kami bertolak.

memulakan perjalanan, kami meniti tepi tasik untuk ke laluan mendaki ke plawangan senaru. route mcm biasa, tepi tasik, sambil2 berhenti ambik gambar. tetapi memulakan pendakian bersemak, di situ lah bermulanya. ibarat ada tahap pendakiannya, dari mudah ke susah, melalui lereng-lereng bukit. ada mendaki, ada memanjat, ada lurus.. tetapi kebanyakannya memanjat mendaki lah. penat usah cerita. perjalanan pun aku sukar bayangkan. sebab tahap yg extreme. tinggal lagi tak panjat batu mcm rock climbing tu je. cuma yg aku respek, bagaimana porter memikul barang untuk mendaki. itu yang tak tercapai dek akal. tapi kerana mencari rezeki, semuanya disudahkan tanpa masalah. itulah kelebihan mereka.




awal pendakian

port rehat pertama.. kami kluar sama dengan geng kental ni... ada ramai orang lama berusia dlm grup ni. respect!

route ke plawangan senaru

dipendekkan cerita, kami sampai plawangan senaru dalam jam 12 lebih kalau tak silap. plawangan senaru mcm plawangan sembalun jugak. puncak bibir kawah rinjani, untuk melintasi sebelah sana sebelum turun ke bawah. cumanya plawangan senaru tak berapa besar, tempatnya pun kurang orang dan boring. kami tak mengambil masa rehat di plawangan senaru, pass by sahaja, dan terus ke tujuan untuk berehat. aku tak ingat post apa. tapi memang port rehat utk makan tengahari. untuk pengetahuan, sebaik melepasi plawangan senaru, routenya adalah downhill sahaja. waktu inilah kekuatan kaki teruji, kerana untuk tempoh lagi beberapa jam perlu menahan betis dan peha.

atas sana plawangan senaru

turun dari plawangan senaru

tiba di post (tak ingat) untuk berehat, dan waktu itu tukang masak kami sudah sedia untuk memasak makan tengahari. waktu ini tak bole la masak sedap2, bukan pacak khemah pun. so kami makan nasi berkuahkan meggi sahaja. itu pun dah memadai. cumanya selera tu x sampai mungkin sebab penat. kami rehat dalam sejam, dan jam 2 kami menyambung perjalanan. 

makan dan rest dulu bos...



tidak lama dari turun selepas berehat tu, tak de lagi laluan berbukit dan gunung, kami mula memasuki hutan pulak. waktu ni aku rasa lain. thats why la baik jalan di bukit daripada hutan. masuk hutan ni macam2 boleh dengar, walaupun sekadar bunyi mergastua. aku masa tu malas dah sorang. aku tunggu zainal follow aku belakang. dan kebetulan eddy pun dah tak berapa laju, maka ada la jugak aku peneman. junaidi dan md dah jauh kedepan.


aku rasa masa dlm hutan tu agak laju aku berjalan dan menuruni bukit. sakit semua hilang dan diketepikan. mungkin sebab hutan kot. hahaha... redah punya redah, penat takyah cakap la, memang penat, tapi buang dulu penat tu. janji sampai bawah. dari satu pos ke satu post, sambil mata meliar mencari batu penanda jarak. bila berkurang kilometer tu, hati semakin gembira. 

sedar tak sedar akhirnya sampai di pintu gerbang masuk ke trek senaru. aku rasa dalam jam 5 lebih skit. so total perjalanan dari segara anak ke desa senaru dalam 9 jam atau 9 jam lebih. waktu tiba rasa baru lepas dari latihan ketenteraan pulak, hahaha... waktu ni yg terfikir ialah nak mandi, nak cari katil, nak rest secukupnya... seketika sudah ada motosikal menanti di pintu masuk trek tu untuk bawa kami ke kawasan lapang bawah, dimana tempat menunggunya kenderaan. agak jauh juga ke bawah. dan kene bayar motor. bayar pun bayar lah,, dah x lalu nak berjalan lagi.

yeay.. berjaya melengkapkan trip rinjani... happy tak terkata


tak lama menanti, sampai mini pickup. dan kami bergerak ke homestay, tempat menginap. tak berapa jauh. sesampainya, kemas bawak turun barang, dan disinilah penamatnya hubungan pendakian dengan 4 pembantu kami iaitu zainal, marhan, anis dan ijan. kami amat-amat berterima kasih kepada mereka atas segala panduan sepanjang trip pendakian. waktu tu sedikit touching la kot. maklumlah tak tentu jumpa lagi. ok selesai salam peluk bagai, kenderaan pun gerak kembali ke sembalun membawa pulang keempat2 wira ini.. kekeke.. manakala kami terus ke bilik, berehat, makan, dsbnya...

kami tidur agak lewat, bercerita, berborak, cerita pengalaman. aku rasa itu pengalaman paling thrill setakat ini... tapi aku percaya, ada lagi yang akan thrill menanti kami akan datang. sebab rancangan mendaki untuk kami tak terhenti setakat ini. selagi ada kesihatan, selagi ada tenaga, selagi ada kudrat, selagi ada kemampuan, selagi tu lah kami akan cuba buat bende-bende pelik yang mencabar diri ni... paling mustahak.. kami boleh berbangga.. kerana perjalanan kami ke rinjani lengkap. meliputi semua route yang ada. dari sembalun ke senaru, walaupun macam siput... bak kata Juan, agen kami, lengkap dari sembalun ke senaru, tu kira complete... rasa macam tak percaya... tapi itu lah kami .. GENG SIPOOT...

TAMAT ....  (entry penutup selepas ni - REWARD)

pemandangan rinjani yg sangat indah dari jalur senaru..

Saturday, June 25, 2016

RINJANI - SEBUAH CATATAN DARI PERJALANAN YANG LENGKAP, PART 6 - MENYAMBUNG KUDRAT

Ini la yang dikatakan apabila dah naik syeh... penat pun boleh hilang dibuatnya... semuanya demi mencapai matlamat untuk menyudahkan segala halangan yang ada.

sebelum downhill, sempat posing kat plawangan sembalun

antara route ke segara anak.. petang-petang kabus byk

dari Part 5, sebenarnya kami dalam kategori berbelah bagi, sama ada nak teruskan ke tempat tujuan berikutnya, atau menamatkan sahaja misi. kerana matlamat asal kami iaitu ke puncak rinjani telah pun tercapai.. dan di kabarkan check point berikutnya amat getir... bukan sahaja kene turun nun jauh di bawah sana, tetapi kemudiannya perlu mendaki bagai nak gila bagi melengkapkan keseluruhan misi.

Tapi oleh kerana seperti yang kami bincang awal, bahawa ini mungkin pendakian tunggal ke rinjani, maka kami tetapkan semangat untuk meneruskan misi berikutnya = SEGARA ANAK.

sebelum korang teruskan membaca, aku mohon maaf. gambar ke segara anak sangat sikit. ni je yg ada dari empat-empat kamera. mungkin sebab penat yang sangat dan malas nak fikir banyak. semua nak cepat sampai tasik je...

Segara anak atau tasik anak, itu lah maksudnya.. segara = tasik. dan memang pun di bawah sana tasik yang besar. terjadi hasil dari kawah rinjani beribu tahun dahulu. jam 3 selepas dapat berehat sedikit, makan dan mengemas pakaian, kami meneruskan misi ke segara anak. lebih banyak downhill. tapi down hill sangat curam, terutama di awal - awal penurunan. kerana ia melibatkan penurunan dari batu-batu. permukaan tak rata, dan merbahaya. kami turun berhati-hati. aku kira kalau dari plawangan sembalun ke bawah tasik ada lebih 50 tingkat rasanya. kami perlu turun perlahan, kerana laluannya adalah di lereng bukit / gunung. sedikit kesilapan, alamatnya jatuh ke bawah.


laluan ke segara anak

selepas habis getir turun permukaan batu-batu, laluan agak landai. sambil mendaki dan menuruni bukit-bukit. senang kata macam merentas desa lah. aku macam biasa sebagai sweeper.. belakang skali, sambil ditemani oleh Zainal.

target dalam 3 jam, tetapi aku lewat sedikit, mungkin lewat 15 - 30 minit. dalam jam 6 lebih baru aku sampai. lagi 3 dah sampai awal. waktu aku sampai tu permulaan malam. sampai-sampainya tanpa membuang masa kami menyusun jadual yang dirancang lebih awal, iaitu ke kolam air panas / hot spring. sebab nak tengok tasik pun dah gelap. lagipun awal-awal pagi esok kami dah kene keluar ke misi lain.

untuk ke kolam air panas lain macam route dia. dalam keadaan gelap lagi tu. hanya bertemankan lampu suluh. kerana kolamnya di bawah bukit. dari tapak khemah kami di tepi tasik, melalui denai dan semak, dan kemudian menuruni bukit yang curam. waktu tu aku pun agak kaget. sebab ingatkan laluan biasa. dah le pakai selipar, sluar pendek. susah juga nak turun ke bawah kawasan kolam. kalau siang bole la nampak keluasan dsbnya. tapi bila malam, harap dengar air je la. tapi aku percaya, kolam air panas dia besar. dan istimewanya air panas keluar ikut celah batu. org2 rinjani buat beberapa paip bagi saluran yg lebih sempurna. ada beberapa kolam disitu, ikut tahap kepanasan. air panas ni mungkin dari kesan larva / gunung berapa di sana.

actually aku berkobar-kobar ke kolam air panas sbb nak mandi je, almaklumlah 2 / 3 hari x mandi. tapi bila dah masuk air panas rasa macam kurang puas mandi. mungkin sebab air panas, bukan air gunung. rasa dia pun lain. so ala-ala berendam je la. kira-kira 30 minit, kami pulang. tak pelah. sekadar melengkapi pakej rinjani kami. walaupun tak nampak apa kat kolam air panas. sekadar nampak cahaya-cahaya lampu suluh je. 

tiba kembali di khemah, rasa tak de apa la aktiviti nak dibuat. sekadar makan, rehat, tidur. melepaskan penat mendaki puncak rinjani sebelah paginya. sambil-sambil aku dapat la rasa urut dari porter kumpulan sebelah. sekadar merenggangkan urat dan otot kembali. kami pun tidur awal malam tu, sebab esoknya cabaran akhir, yang lagi getir... iaitu untuk keluar dari pergunungan itu, dan keluar cuma penamat kami di satu lagi desa atau kampung yang dipanggil Senaru.

tempoh perjalanan? ikut kata zainal = 8 atau 9 JAM... perrghhh... mula berfikir macam-macam...

BERSAMBUNG LAGI .....

Thursday, June 23, 2016

RINJANI - SEBUAH CATATAN DARI PERJALANAN YANG LENGKAP, PART 5 - SUMMIT ATTACK

Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena bila break lama sangat walhal aku kene teruskan penulisan. tapi sebab banyak sgt tanggungjawab, cerita rinjani jadi delay.. ok tak pe kita sambung..

khemah kami di plawangan sembalun - waktu malam

18 Mei - bersambung dari cerita sebelum ni, awal pagi ni lah masanya menguji bagaimana harus kami sampai ke puncak. selesai semuanya bangun, makan, siap, dan kira-kira jam 2 pagi kami gerak untuk ke puncak. sasarannya = 5 jam, tanpa aku sendiri mengetahui apa yang menanti dihadapanku.

permulaan mendaki, nampak macam mudah. mendaki macam biasa, memanjat batu, tanah-tanah bukit, sambil diarah oleh zainal supaya tidak memijak pasir untuk elak dari penat. waktu permulaan biasa, kami brempat bersama, sambil junaidi mula mengeluh penat, berada di belakang sekali. aku? waktu mula ni semangat lain macam skit. mungkin sebab matlamat ke puncak tu.

di awal-awal pendakian

Memasuki suku perjalanan lebih kurang, md dan eddy mula mempercepat langkah, aku dan rd masih di belakang. rasa penat tu dah mula menghantui. cara nak tahu senang je.. apabila aku kerap bertanya kepada zainal check point tertentu yang diberitahu. contoh, first corner dari bawah. maksudnya untuk sampai ke bibir gunung berapi tu, dimana  dari situ kita akan melalui atas tebing gaung atau bibir kawah rinjani. kira-kira hampir dua jam, kami sampai diatas di tempat yang dimaksudkan tadi...

berehat seketika, tinggal aku dan junaidi. eddy dan md dah maju ke depan. slowly kami sambung. tapi tak berapa lama, aku terasa macam sudah semakin ketinggalan, junaidi sudah mara ke depan, yang belakang sudah ramai yang mengatasi aku. then baru aku perasan, tempo aku sudah semakin perlahan, semakin penat. tambahan dengan sejuk di atas tu. tau je lah aku ni bila sejuk dah terasa sampai ke dalam tubuh, enjin jadi sebu. kejap berenti kejap berenti..

junaidi hampir nak tiba

dari separuh perjalanan, sayup nampak cahaya-cahaya lapu yang banyak sudah berhenti. tiada pergerakan. aku yakin situlah puncak. dari tempat aku tu, nampak macam tak jauh. tetapi ternyata meleset, apabila pendakian itu harus diteruskan lagi. apatah lagi bila memasuki perjalanan yang memerlukan pendakian di pasir-pasir dan batu-batu gunung berapi ni. dua kali kau melangkah, selangkah kau akan ke belakang balik. sudah la dua langkah tu tak berapa besar langkah. macam selangkah je sebab mendaki berhati-hati dan step yang betul. kalau tidak dia akan melurut kembali ke bawah selangkah. aku semakin penat. aku tak tahu dah berapa banyak aku pit stop sepanjang jalan. yang aku tahu, memang penat. tampahan apabila memasuki 2 simpang terakhir, rasa macam mencanak naik. dengan batu-batu pasir, dengan penat. 

ni last sebelum sampai puncak.. mencanak naik..

aku perasan, ada macam last corner, sebelum straight ke atas sampai kaki puncak, kat situ aku dah flat habis. last-last aku cakap kat zainal, aku nak tido dan rehat. nasib baik zainal ok. aku just baring tepi laluan tu tanpa aku sedar tepi aku gaung. tau je la dah penat. waktu tu matahari pun sedang enak menaik. kira dalam sejuk, dapat pulak tembakan cahaya pagi yang panas, memang sedap la beb.. 

waktu tu pun aku hampir putus asa sebenarnya. aku nyaris nak cakap kat zainal yang aku give up, dan suruh dia ke atas je bgtau yang lain. tapi disebabkan ini bukan kinabalu, yang ada masa-masa tertentu, selain tempat aku tido tu last corner, kira sikit je lagi (walaupun jauh juga), jadi aku batalkan hasrat aku untuk retire awal. jadi selepas kira-kira 15 - 20 minit gitu, aku bangun dan teruskan pendakian. tu kalau aku layan tido tu mau tengahari baru terjaga.  aku tak tahu berapa lama aku ambik masa untuk mendaki last corner tu. tapi rasa lebih 30 minit gak. dan alhamdulillah... aku sampai di puncak, dalam 7 jam. kalau aku x silap dalam jam 9 lebih gitu. sebenarnya ada sisi lain yang terjadi waktu di puncak tu. tapi yg tu aku dgn zainal je la tau. kekeke..



puncak rinjani, 3726 mdpl. kalau perasan bawah tu tasik anak rinjani atau segara anak. di situ ada satu gunung berapi aktif. org kampung panggil gunung anak rinjani. tapi gelarannya gunung barujari

waktu di puncak tu aku tak tau nak kata apa, terlalu kelu nak berkata.. dalam gembira ada terharu. bila kategori pancit mcm aku berjaya sampai ke atas di ketinggian 3,726 meter dari aras laut tu. tinggi tu beb. kau bayang la nak menyampai tu camna. ini scene automatik ------>> tak semena-mena aku sebak.. bergenang air mata.. rasa macam aku baru melepasi satu babak getir yang sangat getir mcm perang pun ada atau seolah-olah terselamat dari sesuatu yang besar. rasa gembira yang sgt... aku bersujud tanda syukur kepada Allah.. kerana memberi ku kekuatan untuk melihat kebesaranNya.. baru aku perasan, dalam beratus yang naik, dan aku antara yang terawal mula, tetapi kesudahannya aku 3 yang terakhir sampai puncak. betapa lamanya masa...

sampai aku dah terlupa nak bermewah-mewah gambar lepas tu.. sebab terlalu kelu.. sikit je la gambar dapat aku ambik.. yang tiga lagi tu memang bermewah ambik gambar dgn video. sbb dah sampai awal sejam lebih dari aku. dah rilek banyak. cumanya aku amat berterima kasih dgn diorg. sebab sanggup menanti aku tiba ke puncak. bak kata org biar sama2 dapat grouping shot. walaupun masa aku dipuncak tak lama, sebab diorg dah tunggu aku lama. tapi bagi aku dah sampai pun dah memadai. 

kami mengambil sedikit sarapan roti yang dibekalkan di atas. dan kira-kira jam 10 pagi, sambung turun balik. namun mungkintak seperti mendaki, menurun lebih laju, cuma peha betis tu kene tahan lenguh la sbb nak menahan downhill ni.. kami perlu cepat sampai ke bawah di plawangan sembalum semula. kerana walaupun kemuncaknya ialah puncak rinjani, tetapi routenya tidak berakhir di situ. inilah yang aku kata catatan perjalanan yang lengkap, kerana kami perlu melengkapi perjalanan di seluruh kawasan rinjani ni. bak kata orang full package la...







antara route ke puncak.. 98 persen batu-batu pasir

sayup kelihatan plawangan sembalun. khemah pun nampak kecik

waktu turun.. kira tinggal x sampai 10 orang tmasuk aku. matahari pun dah tegak. lebih panas dari sejuk. walaupun menurun, aku masih slow. nak jaga kaki bang. sebab tak habis lagi. ok.. kira-kira 3 jam setengah, aku sampai ke plawangan sembalun. junaidi, md, rd 30 minit sampai lebih awal.

haaaa.. di sinilah perasaan itu berbelah bagi.. sebab semuanya dah penat, waktu pun dah masuk petang. makan pun belum, rehat pun tak habis. so, sambil-sambil tu kai bermusyawarah... adakah perlu semalam lagi di plawangan dan kembali ke desa sembalun esoknya? atau terus ke target kami seterusnya, iaitu tasik anak rinjani atau segara anak. so mengambil kata sepakat bahawa trip ni mungkin sekali sahaja, maka dalam penat tu kami bulat berkata untuk teruskan perjalanan, walaupun zainal dah kata, route lepas ni memang teruk... apa nak buat dah semangat...

sebaik makan tengahari, dapat lepaskan penat skit, barang pun dah kemas, kami pun x mau tunggu gelap sebab bahaya selain perlu sampai sebelum gelap, maka jam 3 petang gitu kai gerak ke segara anak. bermakna hari 18 mei ni kami non stop mendaki... peerrgghhh....

BERSAMBUNG...