Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!

antara barisan skuad bolasepak negara

akhirnya setelah 14 tahun skuad bolasepak negara berjaya menjulang antara piala berprestij di asia iaitu piala AFF..

edisi pertama 1996 malaysia layak ke akhir tetapi aku dengan kemenangan tipis thailand. selepas itu malaysia hanya mampu untuk sekurang2 separuh akhir... sehingga lah tahun ke 14 ini malaysia kembali ke pentas final dan terus menjulang piala ini...

antara yg meraikan kejayaan negara di dataran merdeka

syukur atas usaha yang dijalankan semua pihak, skuad bolasepak negara kembali berada di landasan terbaik untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. bermula dengan emas di sukan sea laos, layak ke pusingan ke dua sukan asia setelah 32 tahun (mungkin) dan kini menjulang piala aff buat pertama kali sejak di pertandingkan 14 tahun lalu.

entah apa azimat yang digunakan oleh k.rajagobal tetapi sentuhannya sentiasa berhasil. dia berani memperjudikan pemain2 yang diturunkan kerana dia cukup optimis akan kemampuan pemain2 itu. sementelah dia juga adalah jurulatih skuad harimau muda atau skuad persediaan, maka dia sedia maklum akan luar dan dalam anak2 buahnya.

membariskan majoriti pemain bawah 23 tahun malahan ada diantaranya berumur 19 tahun, tetapi dia berjaya mencipta fenomena baru yang mana tidak mustahil yang muda ini mampu menyinar di peringkat antarabangsa asalkan kita tahu bagaimana untuk mendidiknya...

cabaran seterusnya selepas ini ialah kelayakan pra-olimpik... mungkin terlalu sukar tambahan ia adalah persaingan tertinggi sekali dalam dunia (bagi temasya sukan) tetapi bagi saya ianya tidak mustahil boleh berlaku kerana kita telah pun melakukannya 38 tahun dahulu iaitu 1972. mungkinkah setelah 40 tahun kita bakal melihat kelibat skuad bolasepak negara di pentas olimpik? tahun depan adalah penentunya... tapj sekali lagi ianya tidak mustahil boleh berlaku...

dan saya cukup yakin... sekalipun malaysia tidak layak beraksi di pentas olimpik, kesetiaan peminat pasti tidak berubah dan sentiasa berdiri teguh dibelakang barisan pemain negara. kerana peminat dan penyokonglah tunjang kekuatan pemain negara. pastinya rakyat akan sentiasa menyokong skuad negara kerana inilah penutup tahun paling indah dalam kalendar bolasepak tanahair...

tahniah harimau malaya! TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!

Saturday, December 18, 2010

Thank You and Congratulations Yayasan Sime Darby


Dear All,

Thank GOD, our National Anthem grace the cold night of Cali, Colombia and YSD cyclist of Malaysia warms the hearts of over nearly 3,000 Colombians who throng the velodrome to see the World's best cyclists in action.

After the second round of the World Cup Classics, Mohd Azizulhasni Awang managed to put himself up as the top ranking Keirin Rider of the World Cup. Trailing him now are the mights of Sir Chris Hoy,, Puerta Zapata,, Francois Pervis,Teun Mulder, Christos Volikakis, Denis Spicka, Mickael Bourgain, Simon Ven Velthooven and Scott Sunderland.

Definitely, John Beasley's strategy of resting Azizul from riding the Team Sprint yesterday paid off handsomely by him delivering the GOLD Medal today in his favourite Keirin Event.

With a shaky start at the First World Cup Classic in Melbourne after a hectic schedule in the Commonwealth Games and Asian Games, Azizul's present form puts the Road to London programme back on track after a miserable outing in Melbourne.

Its not going to be easy for Azizul to defend the UCI Jersey that he had won in Cali now, bearing in mind that all the other remaining World Cup Classics series will see the presence of all the other World Top Cyclists gunning for Olympic qualification points.

Congratulations to Malaysia and thank you for all the support, assistance and prayers.

Best regards,
Naim.

Sunday, November 7, 2010

DIA DI LUPAKAN...

di kala sedang saya leka menekan2 papan kekunci laptop, handphone berdering. saya amati nombor tu. x kluar nama (hp dulu rosak)... familiar... bila helo je baru saya perasan orang yang hubungi saya tu bekas pemain bolasepak kebangsaan yang satu ketika dulu pernah mencetus fenomena apabila membawa malaysia ke arena olimpik di munich, jerman barat tahun 1972. orangnya ialah penyerang licik SYED AHMAD SYED ABU BAKAR...
terbit rasa berterima kasih apabila orang seperti beliau menelefon saya, dibanding dengan saya yang kecik semut ni... tapi suara dari corong tu bukanla saja2 nak helo saya, tapi lebih pada keluhan dari seseorang yang semakin dilupakan. hanya kerana dia tiada publisiti seperti pemain lain. walhal dia juga antara pemain yang digeruni satu ketika dulu.

kalau anda semua nak tahu dia kini tinggal di arau, perlis, dalam kawasan kebun getah, dan kini sedang bergelut dengan masalah banjir yang melanda perlis. tambahan pula dengan kesihatan diri yang tidak mengizinkan (pernah membuat pembedahan jantung satu ketika dulu).

" YAKEB tak datang bagi bantuan ke kat orang2 macam saya? banjir di perlis ni teruk" itu soalan yang terpacul dari mulut dia... "dulu diorg ada buat jamuan bagi jam la apa la, tapi macamana saya nak pergi? dah la jauh, kita bukan orang senang, dengan kesihatan saya lagi".. ayat tambahan dari tuan syed...

syed ahmad syed abu bakar (gambar diambil disember 2009)

saya tanya la bagaimana keadaan semasa kawasan rumah dia. "ok la sikit 'istana' i ni, dah surut skit la, tapi selut ni ha teruk juga. segala selut melut penuh rumah". tuan syed lebih gemar membahasakan terataknya dalam kebun getah itu sebagai 'istana'. mungkin itu sedikit sebanyak mengubat kelukaan hatinya yang semakin dipinggirkan dari dunia bolasepak.

ye la logik juga kata2 bekas pegawai penjara ni... nak harapkan pencen tak seberapa, nak bergerak cergas tak kuat seperti dulu... takkan orang macam dia yang nak kena pergi menghadap YAKEB. patutnya YAKEB la yang kena manghadap dia..

sebagai peminat bolasepak tempatan saya agak kasihan dengan situasi tuan syed. ye la dulu dijulang-julang, kini terpinggir... betul2 terpinggir... rumah pun dalam kebun getah... walaupun saya lahir selepas zaman kegemilangan tuan syed semakin menemui pengakhirnya namun saya tetap bangga mengenali beliau kerana beliau berjaya mencipta sejarah membawa skuad bolasepak negara beraksi di pentas olimpik buat PERTAMA KALI. bagi saya dia lah lagenda bolasepak sebenarnya...

saya bergambar bersama tuan syed (disember 2009)

kepada yang mengenali atau pihak2 berkaitan yang 'notice' perkara ini... mungkin beberapa tindakan boleh dilakukan bagi meringankan beban yang dialami tuan syed...

(KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT IMEJ LEBIH BESAR)

Wednesday, November 3, 2010

TAHNIAH KELANTAN!

rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan tahniah kepada kelantan di atas kejayaan membawa pulang piala malaysia. akhirnya berjaya juga kelantan membalas kekalahan tahun lalu.

diatas beberapa kesulitan, lewat 3 hari baru dapat posting. sehingga pada perlawanan akhir pun x tonton sebab ada dalam hutan. kebetulan tarikh yang sama saya menyertai jamboree basikal bukit waktu malam di melaka. basikal mtb dan saya kini seolah-olah tidak boleh dipisahkan. kegilaan saya terhadap mtb rasanya x boleh dibendung lagi. wakakak... walau penat mana sekali pun, jatuh berkali-kali ketika off-road, tidak mungkin saya tinggalkan hobi ini walaupun saya agak terkebelakang di kalangan rakan2 basikal, dengan saiz dan berat yang agak memperlahankan kayuhan. tapi x pe. kerana basikal yang lain saya sanggup lupakan...wakakakaka

kebetulan juga 2 hari belakang ni saya kesibukan menguruskan banyak perkara. termasuk berada di kedudukan di mana tiadanya talian telefon dan internet...

btw sekali lagi tahniah kepada red warriors... anda memang layak menjadi juara piala malaysia. kepada negeri sembilan, anda juga juara sebenarnya... walau kalah namun anda tetap juara... kerana anda juga juara piala FA...

Saturday, October 30, 2010

RUSA ATAU KIJANG?

piala yang menjadi rebutan serta bola yang akan digunakan malam nanti
(gambar ehsan pulendran astro arena)

malam penentu segalanya... piala paling berprestij di malaysia. dua muka bersua kembali... wan jamak dan b. sathianathan... antaranya sapa yang paling handal kali ini...

kalau tahun lalu rezeki berpihak kepada negeri sembilan, tahun ini sukar untuk dipastikan milik siapa. walaupun jelas kelihatan berat kepada kelantan tetapi jawapannya hanya boleh diketahui selepas tiupan wisel penamat malam nanti.

hairudin omar pasti menjadi taruhan sathianathan. kalau tahun lalu dia yang bertanggungjawab memusnahkan harapan kelantan menjulang piala ketika mewakili negeri sembilan, kali ini dia juga harus bertanggungjawab mengembalikan piala itu ke kota bharu mewakili kelantan. bukan itu sahaja, kelantan juga diperkuatkan dengan beberapa pemain handalan musim ini.

lima pemain yang baru menyarung jersi res warriors musim ini bakal membuat perubahan buat kelantan. itu kata rizal hashim, blogger terkenal di malaysia.

di pihak negeri sembilan pula ada nampak sedikit kelonggaran di bahagian hadapan akibat ketiadaan beberapa pemain yang mencorak kemaraan hoben jang hoben selama ini. tetapi wan jamak seorang yang suka berahsia. banyak strateginya tidak disebarkan. hanya dijawab menerusi keputusan perlawanan.

bak kata sathianathan ketika sidang media semalam. lebih kurang macam ni... "u kata negeri sembilan x de striker, tapi setiap perlawanan(piala malaysia) diorg mesti jaringkan gol. diorg pun x mara ke final dengan keputusan 0-0. that means pemain2 NS boleh jaringkan gol"...

ada benar kata2 sathianathan tu... walaupun nampak kegusaran ketika saingan liga super, tetapi ramuan wan jamak mempertahankan piala malaysia hampir menjadi...

cuma ketika sidang media semalam, kedua-dua pengendali jelas berahsia dari wakil2 media yang bertanyakan soalan. agak umum jawapan kedua2nya. mungkin masing2 tak mahu beritahu strategi yang bakal digunakan.

apa pun gud luck kepada RUSA dan KIJANG... kali kedua bertemu buat kali kedua berturut-turut... sama ada rusa dapat mempertahankan piala atau kijang merampas piala...

yang penting kini di bahagian penonton pula. agar tiada sesuatu yang tidak diingini berlaku. harap2 x de la jurukamera yang berbalut dahi seperti yang berlaku tahun lalu. kalau player boleh fairplay penonton juga boleh fairplay jugakkan? biarlah kita menonton dengan berhemah, penuh tatasusila dan yang penting bila game dah tamat tu yang menang biarlah menang yang kalah jgn memberontak. tahun depan cuba lagi...

ALL THE BEST!!!

bergambar bersama piala malaysia

Saturday, October 23, 2010

RUSA BERTEMU KIJANG DI FINAL

setelah lama timbul persoalan akhirnya sekali lagi negeri sembilan dan kelantan sekali lagi akan bertemu di pentas final piala malaysia apabila menundukkan lawan masing-masing.

negeri sembilan yang tampak goyah dari awal musim menewaskan johor fc 2-0 dalam perlawanan timbal balas di tempat lawan untuk mereka mengakhiri perlawanan dengan agregat 2-1. di laman sendiri sebelum itu mereka tewas 1-0. walaupun satu ketika pernah timbul kerisauan daripada pengendali wan jamak wan hassan mengenai barisan pemainnya, tetapi akhirnya mereka berjaya membuktikan keampuhan untuk melangkah ke final bagi mempertahankan piala yang dikecapi tahun lepas.

kelantan pula yang bermain di laman sendiri nyaris berakhir dengan kedudukan seri tetapi tendangan sudut swinger daripada penyerang shahrul idlan ketika saingan hampir sampai ke penamat waktu mengubah keputusan yang memihak kepada mereka. penjaga gol kedah helmi eliza elias sekali lagi melakukan tindakan 'kurang bijak' apabila menampan masuk ke dalam gawang sendiri. satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain profesional sepertinya. satu ketika dulu helmi pernah mencetuskan gelak ketawa peminat bolasepak apabila melepaskan gol mudah dari celah kangkang. jelas penjaga gol utama skuad kenari ini gagal mengawal tekanan apabila bermain didalam perlawanan penting.

perlawanan final nanti pastinya memberikan aksi yang begitu penting dari kedua-dua pasukan. bertemu buat kali kedua berturut-turut di final begitu bermakna buat mereka. sathianathan yang mungkin terpaksa menonton dari kerusi penonton ataupun tv rumahnya setelah digantung 6 bulan oleh FAM pasti ingin melihat perubahan keputusan akhir nanti untuk memihak kepada mereka. red warriors tak mahu gagal kali kedua.

sementara negeri sembilan pula kini harus mencari ramuan terbaik agar piala malaysia kekal milik mereka dan tidak bertukar tangan. penting buat wan jamak menjelang perlawanan akhir nanti ialah mencari gandingan terbaik membina tembok pertahanan kukuh agar tidak dibolosi skuad kijang yang mempunyai barisan penyerang yang cukup hebat dengan semua gandingan dilakukan pasti membuahkan hasil.

tahniah buat kedua-duanya... anda memang layak ke final!

Monday, October 18, 2010

TAHNIAH AZIZULHASNI AWANG!



(emel diterima daripada dato' naim mohd, timbalan presiden persekutuan kebangsaan berbasikal malaysia MNCF)


Congratulations to Mohd Azizulhasni Awang for securing the Olympic Scholarship for the next 24 months.

The scholarship covers a monthly training allowance of USD 1,000 from September,2010 to August, 2012.

An additional budget of USD 5,000 is also allocated for Azizul who is also the YSD Track Team rider anda scholar of Yayasan Sime Darby to participate in international competitions to qualify for the 2012 Olympics.

Azizulhasni Awang received the scholarship with another 4 (four) other athletes, Dato Lee Chong Wei, Koo Kien Kiat, Tan Boon Heong and Yuvaraaj Panerselvam.

The signing of the agreement was executed at the Olympic Council Malaysia (OCM) with Azizul signing as the athlete,Datuk Naim Mohamad representing Malaysian National Cycling Federation and YAM Tan Sri Tunku Imran.

Badminton was represented by Dato Mohd Al Amin and Athletics Mr Karim Ibrahim. Present also Dato Sieh Kok Chi and John Beasley.

The signing ceremony took place at the Boardroom, Wisma OCM.

Datuk Naim Mohamad thanked OCM for the initiative and hope this will spur Mohd Azizulhasni Awang's career and the pursuit for a medal from cycling in the Olympics.


- tak pe la azizul terlepas emas komanwel ari tu... ini pun dah banyak dapat... berprestij lagi...

tahniah azizul dan semua warga MNCF...

Friday, October 15, 2010

MALAYSIA CAPAI SASARAN DI KOMANWEL

sukan komanwel telah pun melabuhkan tirainya hari ini. dan disaat kerisauan untuk mencapai sasaran 10 emas sebelum temasya, badminton nyata memberikan kelegaan apabila hari terakhir ini menghadiahkan 3 emas buat negara. bukan itu sahaja, gimrama turut menghadiahkan 1 emas pada hari terakhir menjadikan keseluruhan pungutan kepada 12 emas, 2 emas melebihi sasaran dan seolah2 tepat seperti yang dijangka menteri belia dan sukan, datuk ahmad shabery cheek.

badminton sepatutnya menghadiahkan 4 emas hari ini tetapi perseorangan wanita wong mew choo gagal menangkis kepantasan permainan pemain tuan rumah saina nehwal pada akhir penentuan emas perseorangan wanita.

emas pertama hari ini diperolehi menerusi gandingan beregu campuran 'bidan terjun' iaitu koo kien keat / wong pei ty yang menumpaskan pasangan england.

disaat harapan terlalu diletakkan kepada badminton untuk mencapai sasaran 10 emas, kem negara dikejutkan dengan berita gembira atlet gimrama elain koo yang menggondol emas seterusnya kem malaysia tidak perlu menunggu lee chong wei untuk melengkapkan 10 emas. tamat sahaja kemenangan chong wei, dapat dilihat dari ruang penyokong malaysia menunjukkan kertas bertulis '11' menandakan kita telah pun mengutip emas kesebelas. lantaran itu kemenangan seterusnya diperolehi dari pasangan koo kien keat / tan boon heong yang merangkul emas acara beregu menewaskan beregu dari england. tetapi malang bagi mew choo yang tidak dapat menuruti kejayaan itu apabila tewas sehingga set penentuan. walaupun dia menang set pertama namun saina berjaya mengheret ke perlawanan set ketiga dan jelas kelihatan perbezaan dua pemain ini yang nyata dapat dilihat semangat tuan rumah sementara mew choo pula keletihan.

tahniah buat semua atlet yang berjaya merealisasikan harapan melihat pencapaian membanggakan berbanding edisi komanwel dahulu. walaupun hanya lebih 2 emas namun dapat lihat kesungguhan atlet kita yang bertarung dengan pesaing2 yang lebih hebat.

persoalannya kini ialah apa perancangan malaysia untuk edisi komanwel akan datang? apakah sasaran seterusnya? adakah kita masih ingin mengharapkan emas dari acara milik kita? jika ya sesuatu perlu dilakukan agar emas yang kita miliki ini tidak mudah jatuh ke tangan orang lain akan datang.

contoh jelas acara badminton. sehingga kini belum ada lagi pemain pelapis yang boleh menggalas cabaran seterusnya nanti. mengharapkan yang ada ini sudah tentu tidak. dek kerana fizikal di makan usia, tentu tenaga mereka ini juga terbatas. oleh itu pihak berkaitan perlu bertindak segera supaya kita dapat melahirkan pemain yang hebat. kalau tidak dapat menandingi chong wei, menyamai juga sudah memadai. jikalau masih tiada, dapat seperti hafiz hashim pun x pe. kenapa hafiz? contoh mudah ialah walaupun dia sering dikritik, di kutuk dan sentiasa mempamer persembahan turun naik, tetapi sehingga kini masih tiada pemain pelapis yang boleh menyaingi dia.

selain itu squash. perlukah kita mengharapkan nicol david sekali lagi. itu kalau dia masih mampu, jika tidak? ... oleh itu dedahkan pemain2 peringkat persediaan ini ke arena antarabangsa agar mereka boleh menyerap tekanan, mengumpul pengalaman seterusnya meningkat naik sealiran nama2 terkenal dunia.

bukan itu sahaja, acara yang sedia sepatutnya milik kita iaitu boling padang. dari 4 sasaran satu pun x lekat. saya berpendapat sepatutnya kita boleh bawak balik 15 emas, tetapi aksi yang mengecewakan dari boling padang menyebabkan kita hanya mampu pulang dengan 12 emas. boling padang juga perlu mencari penawar segera agar tidak berjangkit ke temasya2 besar lain akan datang.

perancangan seterusnya buat atlit negara ialah menjelang sukan asia bulan depan. apa yang pasti medan komanwel boleh menjadi platform untuk mengenalpasti kelemahan dan mencari kelebihan. agar kita bukan sahaja turut berjaya di komanwel seperti yang telah diterjemahkan sehingga hari ini, tetapi mampu juga menjadi antara gergasi asia yang digeruni pada temasya sukan asia nanti.

syabas! dan semoga berjaya!

Thursday, October 14, 2010

8 EMAS SETAKAT HARI RABU

ketika kempen sukan komanwel semakin sampai di penghujung, tanda tanya mula timbul mampukah kita mencapai 10 emas seperti yang disasarkan. tambahan pula menteri belia dan sukan datuk ahmad shabery cheek yakin akan kemampuan negara memperoleh tambahan lagi dua emas menjadikan 12 seperti yang dipapar dalam dada akhbar baru-baru ini.

persoalannya semakin hari sampai ke penghujung temasya semakin kita kehilangan emas-emas tertentu yang sepatutnya menjadi milik kita. paling ketara dalam acara boling padang yang cukup yakin untuk menghadiahkan 4 emas. persoalannya sehingga hari ini satu emas pun tiada dari boling padang. satu persatu pejuang boling padang gugur. tidak tahu dimana silapnya... dari segi persembahan? tuah nasib?

hari ini malaysia bernasib baik apabila pingat ke 8 disumbang dari lapang sasar menembak menerusi bibiana ng untuk 10 meter air pistol. skuad menembak juga menyumbang emas ke 6 tempoh hari dari pasangan 10 meter air rifle, nor ayuni halim dan aziera taib. menembak juga turut menyumbang beberapa pingat perak dan gangsa sebagai hadiah buat rakyat malaysia.

sementara tu pendelela membuat kejutan apabila menyumbang emas ke 7 dalam acara terjun. satu pencapaian membanggakan untuk gadis muda ini. ini lah yang dikatakan yang tidak disangka itu yang muncul...

kini persoalan yang timbul bukan 10+2 seperti yang dikatakan menteri belia dan sukan. masalah nya yang 10 itu mampukah dicapai.

kita cukup yakin badminton mungkin bakal menyumbang kepada pencapaian sasaran itu. tetapi bagaimana dengan sukan lain? oleh itu pembangunan sukan yang lebih komprehensif perlu dilakukan agar kita tidak terlalu bergantung harap kepada sesuatu jenis sukan sahaja tetapi perancangan sukan2 yang dimonopoli oleh barat juga perlu dilakukan agar jika tak menang setidaknya dapat menghampiri pun satu kejayaan.

semoga yang 10 itu mampu dicapai...

Saturday, October 9, 2010

MALAYSIA HAMPIRI SASARAN

ketika kem malaysia malap di hari keempat sukan komanwel apabila sekadar meraih satu pingat perak menerusi menembak double 25meter rapid fire pistol, kegembiraan kembali hadir pada hari kelima kejohanan apabila mengutip 2 emas selain dua perak dan dua gangsa.

seperti yang dijanjikan ratu squash negara nicol david, emas squash miliknya, melengkapkan lagi koleksi gelaran acara yang dipertandingkan dalam temasya besar seperti ini. nicol akhirnya membalas dendam selepas gagal melakukannya di edisi sebelum ini. ini juga emas pertamanya di komanwel. cuma apa yang agak mengecewakan dia masih menanti saat squash dipertandingkan di peringkat olimpik.

selain itu menepati sasaran ialah dalam acara badminton berpasukan campuran apabila mudah menewaskan india di perlawanan akhir.
seperti tiada tentangan sengit daripada pemain india, skuad negara hanya tewas sekali menerusi perseorangan wanita wong mew choo untuk meraih kemenangan dengan 3-1.

turut mengiringi dua pingat emas negara ialah kutipan 2 perak serta 2 gangsa.

perak diperolehi menerusi hasli izwan dalam acara menembak dan trio memanah recurve lelaki.

hasli izwan mengotakan janjinya apabila berjaya menukar warna pingat gangsa yang diperolehi 4 tahun lalu meneru 25 meter rapid fire lelaki. perak baginya sudah memadai apabila melihat kepada penguasaan penembak india yang jauh memungut mata tinggi daripadanya.

trio recurve lelaki pula akhirnya melakar sejarah memungut pingat pertama komanwel walaupun terpaksa akur dengan kekalahan kepada australia dalam persaingan penentuan emas.

selain itu dua gangsa diperolehi menerusi acara berbasikal pecut berpasukan yang dibarisi azizulhasni awang, josiah ng dan mohd rizal tisin. sekaligus mengubat kekecewaan azizul yang dibatalkan perlumbaan walaupun menang acara keirin selain gagal dalam pecut individu. sementara josiah dan rizal menambah koleksi dua pingat peribadi apabila merangkul pingat dalam acara masing-masing sebelum ini.

ping pong berpasukan wanita pula nyaris berputih mata menentang pilihan ke tiga iaitu england. mempunyai keazaman tinggi mereka menang tipis 3-2 menerusi pemain terakhir.

dari segi purata 5 emas dalam 5 hari merupakan pencapaian membanggakan buat kem negara dengan masih ada beberapa emas yang disasarkan menanti sebelum berakhir temasya 14 oktober nanti. tidak mustahil sasaran 10 berjaya diatasi berdasarkan kesungguhan atlet yang ditunjukkan setakat ini.

syabas atlet negara! anda kebanggaan kami!

Thursday, October 7, 2010

CERITA HARI CUTI...

hari ini saya bercuti, jadi berkesempatan untuk ke majlis rumah terbuka MASUM dan bahagian sukan kementerian pengajian tinggi. terima kasih kepada ekmal bukhary kerana sudi menjemput saya dan juga rakan2 persatuan penulis2 sukan lain. datang atas kapasiti setiausaha agung SAM tujuannya selain datang untuk makan (tentunya), hanya untuk merapatkan lagi hubungan antara SAM dan juga KPT khususnya yang melibatkan pembangunan sukan di peringkat pelajar IPT.

tetapi agak janggal apabila di dudukkan dengan TKSU, profesor2 dan juga pegawai2 berpangkat tinggi KPT. agak kecil rasanya, tambahan perbezaan usia yang begitu ketara serta taraf yang membuatkan saya hanya mampu senyum dan kunci mulut. takut2 tersalah pertuturan...

turut ada semeja ialah timbalan presiden persekutuan kebangsaan berbasikal malaysia PKBM datuk naim mohd yang baru sahaja pulang dari new delhi. sempat juga 'bos2' tu tanya tentang situasi yang menimpa azizulhasni awang. datuk naim walaupun cara bercakap dia senyum je (memang jenis begitu), tetapi saya dapat rasa dia juga turut kecewa dengan situasi yang berlaku. apa yang membuatkan saya tersenyum ketika dia bercakap tu ialah statement ni - "azizul satu ketika 80 ribu dah masuk poket, tapi sekejap je keluar dari poket". itu la nak buat macamana kan.

tapi menurut datuk naim tidak salah perbuatan yang dilakukan oleh azizul kerana memang dibolehkan mengasak dari dalam sebab lumba keirin memang begitu. lagipun diwaktu sama ada ruang yang membolehkan azizul memecut. tetapi akhirnya keputusan yang mengecewakan diterima. datuk naim sempat menceritakan keresahan yang menimpa azizul. ye lah datuk naim pun pengerusi basikal trek PKBM. dia cuba memprotes tetapi tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan komisar tu dan akhirnya terpaksa la terima keputusan. turut dia ceritakan kesungguhan azizul untuk membalas dendam dalam acara pecut nanti. harap2 dapatlah dia melepaskan geram nanti.

sebaik tksu kpt dan beberapa bos beransur, saya berpindah la pulak ke meja lain duduk bersama2 datuk naim dan geng2 PKBM dia. turut ada ialah orang kuat basikal negara iaitu pengarah teknikal mr maniam manickam. dapat saya lihat kemesraan orang2 PKBM ni yang seolah2 dapat mengenepikan masalah2 dalaman demi kemajuan basikal negara. patutlah basikal kita mencapai kemajuan ketara dan memberangsangkan. ini dia ramuan mereka rupanya. turut ada semeja ialah hj ibrahim pengerusi jawatankuasa basikal bmx dan dua orang yang saya tak tahu nama.

dalam pada berbual2 tu terselit lah cerita sam dan dipendekkan cerita seolah2 ada isyarat baik dari PKBM untuk bekerjasama dengan SAM menjelang penganjuran jelajah berbasikal 1 malaysia yang bakal berlangsung mac tahun depan. kebetulan PKBM diberi tanggungjawab penuh mengendalikan acara tu kali ini dengan pengerusinya mr maniam sendiri. jadi saya cuma berharap ada follow up dari PKBM secara tidak langsung sam akan turut dikenali dengan lebih meluas di seluruh malaysia. antara perbincangan kasar tu tentang publisiti dan juga tugas2 PR. saya secara peribadi memberi jaminan sam akan bekerjasama kuat demi memastikan sukan negara kita terus berkembang. setidak2 ada konsep 'menang2' disitu.

dalam pada itu jugak sempat saya pasang telinga dengan cadangan2 datuk naim (yang memang penuh dengan idea) untuk mewujudkan sports city atau bandar sukan. dimana antara lainnya mengeluarkan sendiri produk2 sukan dan dipusatkan di satu kawasan yang digelar bandar sukan. maksudnya bila sebut pasal sukan, peralatan dan yang berkaitan dengannya orang akan terus ke bandar sukan. bagus jugak idea tu. setidak2nya kita tak lah terlalu bergantung kepada kepakaran luar kerana saya percaya kita dah mula mempunyai ramai pakar2 mengenai sukan.

yang penting sekarang ni kita ketepikan kepentingan politik dan peribadi demi membangunkan sukan malaysia di mata dunia. dan saya amat percaya semua impian itu akan terlaksana satu hari nanti.

asalkan sam turut mendapat manfaat dari semua ini... :)

Wednesday, October 6, 2010

SELAMAT BERJAYA ATLIT KOMANWEL

sukan komanwel telah pun membuka tirainya kelmarin dan hari ini telahpun masuk hari ketiga temasya.

pelbagai cerita keluar dan pelbagai spekulasi termasuk isu besar timbul sebelum penganjuran. tetapi telah masuk hari ketiga kelihatan pengajuran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar. nampaknya setakat ini negara India yang sedia maklum dengan pelbagai masalah berjaya menganjurkan temasya dengan lancar. cuma kita berharap ianya berterusan sehingga ke penghujung cerita minggu depan..

sementara atlit negara yang bertanding pula sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat malaysia yang sentiasa mengharapkan kejayaan mereka disana. sasaran 10 pingat emas tidak mustahil dicapai dan harapan lebih dari itu tentunya ditagih agar dapat mengatasi pencapaian 4 tahun lalu di melbourne yang turut membawa pulang 10 pingat emas.

disebalik sasaran itu timbul pula pelbagai kisahnya... antaranya ialah harapan yang diletakkan tidak dicapai selain kejutan dari atlet bukan pilihan.

hari pertama kita disajikan dengan kejayaan atlet angkat berat 56kg amirul hamizan ibrahim yang berjaya menebus kehampaan tidak dapat bertanding 4 tahun lalu disebabkan penggantungan selain mengekalkan emas yang dimiliki tahun 2002 di manchester. amirul turut mencipta rekod baru dalam acara snatch. kejayaan itu secara tidak langsung mencetuskan lagi semangat atlit negara yang masih berjuang demi nama malaysia.

namun harapan melihat zaira zakaria mengutip pingat angkat berat wanita setidak-tidaknya gangsa lebur apabila sekadar menduduki tempat keempat kategori 48kg. walaupun mengumpul angkatan sama dengan atlet india tetapi di tewas berdasarkan kiraan berat badan masing-masing.

masuk hari kedua berbasikal trek memulakan saingan. harapan di galas kepada mohd rizal tisin dalam acara 1km ujian masa. dia cukup yakin untuk mengutip emas sebelum mula komanwel berdasarkan prestasi semasa namun kejutan berlaku apabila pelumba australia bukan sahaja mencatat masa lebih pantas darinya tetapi turut mencipta rekod baru sukan komanwel. maka rizal terpaksa berpuashati dengan pingat perak.

tetapi didalam kedukaan itu terbit kembali kegembiraan apabila kejutan sekali lagi berlaku dalam acara angkat berat kategori 62kg apabila atlet dari menggatal, sabah, aricco jumith menghadiahkan emas kedua buat negara, mengejutkan banyak pihak yang tidak meletakkan sasaran ke atas atlet ini kerana ini adalah satu-satunya penyertaannya didalam temasya antarabangsa. dia tidak pernah mewakili negara dalam sukan sea termasuklah komanwel sebelum ini. kejayaan aricco turut diekori oleh naharudin mahayudin yang menggondol perak kategori yang sama dengan hanya dibezakan 1kg jumlah angkatan.

bukan itu sahaja, lewat malam angkat berat wanita akhirnya memberikan pingat buat negara apabila raihan yusof berjaya menggondol gangsa dalam kategori 53kg, mengubat kembali kedukaan dari kegagalan zaira sehari sebelum itu.


namun di lapang menembak sebelum itu pada sebelah petang sekali lagi kita nyaris dihadiahkan pingat gangsa 25meter pistol wanita berpasangan melalui bibiana ng dan siti normashitah badrin. mereka hanya dibezakan 2 mata dari pasangan england dan terpaksa berpuashati dengan tempat ke-4.

hari ketiga hari acara yang ditunggu-tunggu tentunya berbasikal keirin yang menampilkan azizulhasni awng yang turun sebagai jaguh dunia serta josiah ng yang dijangka menepati ramalan pingat emas buat negara. turut bersaing dalam acara sama ialah mohd rizal tisin namun dia sekadar menamatkan saingan di tanggah bawah.

acara ini menepati sasaran tetapi perlumbaan akhir sengit keirin itu menyaksikan pasukan negara sepatutnya menang emas dan perak menerusi azizul dan josiah yang disaat akhir melakukan pecutan untuk mengatasi pelumba new zealand dan england. tetapi saat meraikannya buat seketika disamping sempat membuat 'wheely' (itu yang dikatakan azizul) untuk rakyat malaysia, kemenangan azizul dibatalkan kerana telah melakukan kesalahan kira-kira 20 meter sebelum garisan penamat. ia sekaligus mengewakan azizul yang turun menyertai komanwel pertamanya disamping harapan rakyat untuk melihat 'the pocket rocketman' dikalungkan emas lebur walaupun dia sewajarnya memenangi acara itu. dengan itu josiah yang menang perak diisyhtiharkan sebagai pemenang.
walaupun negara masih memenangi emas acara itu tetapi ia nyata mengecewakan azizul yang menurutnya tidak melakukan kesalahan disamping lumrah perlumbaan selain melihat semula ulangtayang rakaman perlumbaan itu. namun dia tetap redha dengan keputusan komisar walaupun jauh disudut hatinya mengatakan dia yang sepatutnya berada ditengah2 antara penerima pingat itu. dia turut bertekad untuk menebus kembali kehampaan itu menerusi satu lagi acara iaitu pecut.

di pusat akuatik renang tidaklah menetapkan sasaran pingat buat negara kerana kita sedia maklum dengan kehebatan atlit2 barat yang mempunyai saiz yang lebih besar selain memiliki perenang bertaraf dunia terutama dari australia. tetapi kekecewaan sedikit terasa kerana perenang negara gagal memperbaiki catatan masa terbaik yang sedikit meresahkan menjelang penyertaan ke sukan asia bulan depan. setakat ini hanya kuartet 4x200 gaya bebas lelaki yang layak ke pusingan akhir.

harapan seterusnya kini ialah menerusi acara memanah berpasukan recurve lelaki dan wanita. hanya selangkah untuk pingat gangsa seterusnya mencipta sejarah pingat pertama sukan komanwel acara ini. mereka akan turun menentang lawan masing-masing dalam pusingan separuh akhir jumaat ini. jika mereka menang bukan sahaja melepasi halangan gangsa tetapi akan turun di pusingan akhir sebagai pemenang pingat perak. sebaliknya jika mereka kalah mereka harus bermain satu lagi pusingan penentuan pingat gangsa, sesuatu yang harus dielakkan kedua-dua pasukan ini.

kesimpulannya setakat hari ketiga, 3 emas telah kita perolehi, pencapaian baik setakat ini dan jika momentum ini berkekalan, kita bukan sahaja dapat mencapai sasaran yang ditetapkan malahan tidak mustahil mengatasi sasaran itu sendiri. harapan kita di malaysia agar atlet2 di new delhi terus berjuang untuk mengharumkan nama malaysia melalui acara masing-masing walaupun ada juga perit yang terpaksa dilalui oelh mereka disana dengan keadaan keselamatan yang tidak menentu selain keadaan cuaca yang sangat panas yang sedikit menjejaskan keadaan semasa atlet.

terima kasih juga kepada rakan-rakan media yang bertungkus lumus memberikan perkembangan terkini khusus buat rakyat malaysia yang sentiasa dahagakan perkembangan terkini atlet kita di sana. tidak kira melalui siaran langsung, ulangan mahupun berita. walaupun bermacam ragam, halangan dan masalah dilalui itu tidak menjejaskan tugas anda semua memberikan yang terbaik buat rakyat malaysia. jasa anda semua tetap dihargai. semoga anda semua terus berikan liputan terbaik buat negara.

cukup untuk setakat ini, saya akan berikan rangkuman-rangkuman seterusnya di hari-hari akan datang dengan kata keramat 'MALAYSIA BOLEH!'...

Friday, September 24, 2010

TERIMA KASIH KAFE SUKAN


tempoh hari isnin 20 sept saya dijemput sebagai tetamu di kafe sukan ch 801.

baru je balik dari bercuti. hubungan pun terputus sebab seberang sana paper lain. pas tu tv pun jarang bukak... ditambah pula dengan demam raya. tapi saya cuba juga memberi kerjasama baik menjayakan program bual bicara itu.

terima kasih kepada penerbit tuan slamet sazly kerana sudi menjemput saya (lain kali boleh jemput lagi.. wakakak)... mintak maaf kalau ada kekurangan dari saya.


bersama residen blogger rizal hashim

CONGRATULATION SPORTS WOMEN

malam tadi berlangsung anugerah 'women in sports' di bangunan OCM.

tahniah saya ucapkan kepada mereka2 yang terpilih sebagai penerima.

antaranya ialah ibu bapa wong mew choo iaitu wong loy choy dan kok mee foong yang menerima anugerah 'women & sports partnership award'.

dan tahniah juga kepada jamhariah jaafar dari berita harian yang menerima anugerah 'women & sports award for journalism'. jamhariah yang saya boleh andaikan sebagai wartawan residen BH kini merupakan pengerusi coral malaysia, NGO alam sekitar yang mengambil berat karang batu di malaysia.

di akhir majlis sempat juga bertemu dengan normala abd rashid, bekas pemain bolasepak wanita yang turut menerima anugerah di majlis itu. dia telah menghambakan diri dalam bolasepak lebih 15 tahun. kini bertugas di majlis sukan perak dengan tumpuan pembangunan di peringkat kanak2 dan remaja.

namun dalam pada bergembira tu sempat dia meluahkan kekesalan tentang bolasepak wanita negara yang banyak dipinggirkan. peruntukan juga terlalu sedikit sehingga sukar untuk pembangunan bolasepak wanita dapat dilaksanakan. akhirnya bolasepak wanita negara tidak berubah.

semoga dengan perlantikan tan sri annuar musa mengenai hal ehwal bolasepak wanita dapat merubah senario bolasepak wanita negara kita supaya menjadi lebih terkenal, banyak program2 melahirkan pemain2 berkualiti dan paling utama banyak peruntukan. sebab kalau x de duit pun perancangan x boleh dijalankan bukan... kita ucapkan semoga bolassepak wanita satu hari nanti mampu dikenali bukan sekadar nama tetapi kehebatan pemain yang setidak2nya dapat memberi saingan sengit kepada negara2 lain...

Wednesday, September 15, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA 2010!

secara peribadi saya rasa agak berbangga kerana menjadi sebahagian dari integrasi nasional. beristerikan orang malaysia timur secara tidak langsung merapatkan lagi antara dua bahagian malaysia ini. memang jujur hati saya terpaut dengan keunikan di dua negeri ini dengan kepelbagaian budaya dan cara hidup, memeriahkan lagi keindahan negara malaysia.

baik, bercerita tentang hari malaysia ni, tahun lepas ada saya nyatakan dalam post saya. boleh rujuk SINI dan juga SINI.

kebetulan waktu saya menulis blog itu saya sedang bercuti hari raya di kampung halaman isteri di sabah. artikel yang saya perolehi dari akhbar tempatan. perjuangan rakyat sabah sarawak untuk mengiktiraf tarikh 16 september sebagai hari malaysia, berbeza dengan tarikh 31 ogos yang pada asasnya milik penduduk di semenanjung sahaja. akhirnya perjuangan mereka berbaloi apabila bermula tahun ini (2010) 16 september diiktiraf sebagai hari malaysia seterusnya menjadi sebahagian dari kalendar sebagai cuti umum untuk negara ini. dan mungkin juga saya dikira bertuah kerana sambutan hari malaysia buat pertama kali ini diadakan di sabah di mana tahun ini juga saya berada di sabah bercuti secara tidak langsung menjadi sebahagian dari rakyat yang turut menyambutnya di sini.

kita perlu maklum dengan kepelbagaian budaya dua negeri ini menyemarakkan lagi nama malaysia di mata dunia yang mempunyai keunikan budaya yang tersendiri. jika tidak mungkin malaysia lambat diingati... contoh mudah - rumah panjang, telinga panjang, rumah atas air, pakaian pelik2, tarian pelik2, bahasa sangat pelik, haiwan pelik2, cara hidup sangat berbeza dan lain2 perkara yang bila difikirkan balik jauh berbeza dari semenanjung. di sabah sahaja ada kira-kira 28 etnik. di sarawak?

bukan itu sahaja, dari sudut sukan dua negeri ini turut membantu menaikkan nama malaysia di peringkat antarabangsa. nama2 seperti matlan marjan, watson nyambek, terutama sekali nama sapok biki dalam tinju, hidayat hamidon dan matin guntali dalam angkat berat sentiasa meniti di bibir rakyat. dan kini generasi baru dalam sukan renang dan terjun pula menjadi bualan peminat sukan seperti daniel bego, bryan nickson, pandelela rinong serta lain2 atlet yang lahir dari dua negeri ini yang telah menjadi sebahagian dari barisan atlet-atlet negara.

tapi saya lebih suka bercerita dari sudut politik. kalau difikirkan balik memang patutnya lama diiktiraf 'secara rasmi' tarikh ni kerana dua negeri inilah yang banyak membantu pihak kerajaan untuk menubuhkan kerajaan baru atas tiket parti mereka. mungkin kesan dari pukulan tsunami 2008 membuka mata mereka untuk lebih menghargai rakyat di seberang sini. bukan mahu menyebelahi pihak di sini tetapi bila diselak semula keputusan PRU12 kerusi dari sabah sarawak yang banyak membantu mengekalkan penguasaan parti kerajaan untuk terus memerintah negara malaysia bagi tempoh 4/5 tahun lagi. jika tidak kerana bantuan dari sabah sarawak, sudah tentu malaysia akan mencipta sejarah buat pertama kali ditadbir oleh parti pembangkang.

cuma kesiannya setelah 47 tahun lahirnya malaysia, masih lagi terdapat keciciran, kekurangan dan masalah2 lain di dua negeri ini. saya rasa tak perlu kita bercerita tentang pembangunan. kerana dua negeri ini pun rasanya masih suka mengekalkan cara hidup mereka ni. kalau saya sendiri pun lebih suka suasana2 kampung yang kaya dengan cara hidup dan budaya unik ni. melainkan di bandar2 utama je lah.

kita bercakap soal ASAS. kemudahan asas kebanyakan tempat masih lagi mengalami masalah. jalanraya walaupun dah bertar masih lagi terdapat tempat2 yang tidak bertar dan juga jalan sentiasa rosak. sebab tu la agaknya orang di sabah sarawak lebih suka pakai pacuan 4 roda. selain dari jalan bergunung-ganang, permukaan jalan yang adakalanya tidak lancar juga memudahkan mereka jika menggunakan pacuan 4 roda. tapi hal jalan ni mungkinlah boleh dimaafkan lagi. sebab banyak perubahan dapat dilihat dengan peningkatan jalanraya dari dulu hingga sekarang.

masalah utama yang membelenggu kawasan2 kampung dan pedalaman kini adalah letrik dan air. contoh mudah rumah mertua saya di bongawan ni. tekanan air lemah. kejap ada kejap takde walaupun selalu ada. elektrik juga tak berapa kuat. nak tunggu lampu tu pasang berejam dia berkelip2. last2 mentol blow. saya pergi beraya di weston di adunya masalah air yang berpanjangan dari dulu tak selesai2... akhirnya air hujan yang ditadahnya... ada air tapi selalu bekalan terputus. padahal air ni paling penting dalam kehidupan seharian. letrik problem tak pe lagi, tapi kalau air problem nak buat kerja seharian pun x boleh.

mungkin kerajaan negeri kena maklum perkara ni. sarawak tu tak pe la lagi sebab saya tengok kuat politik mereka berpihak kepada kerajaan. tapi sabah ni nampak seakan2 mudah goyah. oleh itu ada baiknya pihak kerajaan persekutuan dan negeri lebih menitik berat soal rakyat kerana di sabah saya lihat seolah2 ada kebangkitan dari pihak pembangkang untuk menawan semula negeri ni. kalau kita singkap sejarah politik sabah juga agak berwarna-warni. sedangkan calon bebas yang pakai lambang macam2 pun boleh menang di sabah. mungkin blog SINI atau pun artikel SINI boleh jadi panduan untuk kerajaan negeri berjaga2 sementelah PRU13 pun tak lama lagi je. kalau tak say goodbye je la.. banyak tu 25 kerusi parlimen 60 kerusi dun... macam2 boleh jadi. (itu pun kot ada pihak berkaitan perasan blog saya dan link2 yang saya nyatakan).

apapun SELAMAT HARI MALAYSIA KE 47. semoga negara malaysia terus aman dan makmur...

Friday, September 10, 2010

Salam Eidulfitri 1431H / 2010M

(klik gambar utk paparan lebih besar)

saya sekeluarga dengan ini ingin mengucapkan selamat hari raya eidulfitri terutamanya kepada pengunjung2 blog saya yang x seberapa ni, rakan2 ahli persatuan penulis-penulis sukan malaysia SAM, perdana menteri malaysia, menteri-menteri kabinet2 terutamanya menteri belia dan sukan, timbalan2 menteri, ahli2 parlimen kerajaan mahupun pembangkang, atlit-atlit sukan, persatuan2 sukan dan semua rakyat malaysia.

Maaf Zahir dan Batin...

Saturday, September 4, 2010

Majlis Berbuka Puasa SAM-KBS 1 september 2010

presiden sam menyambut ketibaan menteri belia dan sukan

lagi gambar di SINI

akhirnya majlis berbuka puasa anjuran persatuan penulis-penulis sukan malaysia SAM dengan kerjasama kementerian belia dan sukan KBS berlangsung dengan jayanya.

walaupun agak kelam kabut pada awalnya namun akhirnya berjalan dengan lancar. maklumlah 1st time saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala hal berkaitan dengan hotel dan penganjuran. tetapi dengan bantuan timbalan presiden asan ahmad dan juga sdr hisham setiausaha akhbar menteri ianya berlangsung juga tanpa sebarang masalah. kredit turut diberikan kepada saniah wahab staff di sam serta sdr tumpang saptu yang banyak membantu dari segi logistik. tidak lupa rakan2 exco lain yang telah melancarkan perjalanan majlis.

tempat duduk yang pada asalnya berjumlah 100 orang terpaksa ditambah 3 meja oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada ahli2 sam dan juga rakan2 media sukan yang turut hadir memberi liputan (itu belum kira yang terpaksa makan berdiri dan makan di sofa2).

terima kasih yang tak terhingga juga di tujukan kepada menteri belia dan sukan datuk ahmad shabery cheek kerana tidak putus2 memberi sokongan penuh terhadap kewujudan sam. termasuklah menambah peruntukan sedia ada (dengan syarat ada aktiviti).

dan kepada semua ahli dan rakan2 media yang sentiasa memberi sokongan atas apa jua aktiviti sam sekalung penghargaan kepada anda semua.

semoga lebih banyak lagi aktiviti dapat dijalankan di masa akan datang.

p/s: sam juga sedang merancang untuk mengadakan majlis hari raya akan datang. kepada penaja2 budiman yang sudi menaja majlis ini amatlah kami alukan dan kami hargai.

Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53!!!

saya sebagai rakyat malaysia yang berbangga menjadi warga di sebuah negara yang berdaulat ini ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53 kepada semua pengunjung2 blog dan semua rakyat malaysia tidak kira dimana jua anda berada hatta di kutub utara sekali pun... (kecuali yang dah tak de laaa...)

semoga kita dapat menghayati sepenuhnya erti kemerdekaan sedalam-dalamnya. janganlah biarkan negara kita tercinta ini di hina, di kutuk, di caci oleh anasir-anasir yang bencikannya dan yang penting janganlah biarkan negara kita tergadai oleh perbuatan-perbuatan rakyat yang terlalu mementingkan diri dan mempunyai agenda tersembunyi....

tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada adik perempuan saya yang lahir pada tarikh keramat ini...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sunday, August 29, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA SAM


persatuan penulis-penulis sukan malaysia SAM dengan kerjasama kementerian belia dan sukan KBS akan menganjurkan majlis berbuka puasa pada 1 september ini (rabu) bertempat di Hotel Hilton KL Sentral.

sehubungan itu semua editor / pengarang / wartawan sukan terutamanya ahli-ahli SAM dijemput hadir memeriahkan majlis itu yang turut dihadiri menteri belia dan sukan datuk ahmad shabery cheek yang banyak membantu melancarkan lagi perjalanan SAM selama ini.

majlis bermula pada pukul 6 petang.

AL-FATIHAH ISA BAKAR

pemain yang boleh dianggap hebat di zaman 70an terutamanya... saya tidak lah berapa kenal dengan lagenda ini kerana pemain ini agak kurang popularitinya walaupun nama dia juga sering disebut2 pemain seangkatan dengannya.

cerita mengenai lagenda ini boleh di baca sini

Allahyarham isa bakar, menghembuskan nafas terakhir apabila mengalami batuk berdarah yang teruk.

pernah dulu saya membuat cerita mengenai pemain-pemain lagenda negara tetapi percubaan saya untuk menjejak pemain ini tidak berjaya walaupun saya sudah sampai ke pulau pinang akibat tiada nombor hubungan dan kekangan masa.

saya hanya berjaya menjejak mohd bakar dan shukor salleh yang sedia dikenali kerana masih bergiat aktif dalam bolasepak manakala v.krishnasamy pula saya perolehi menerusi bantuan yakeb dan beberapa pemain lagenda lain.

Al-fatihah untuk Allahyarham dan takziah buat keluarganya atas pemergian pemain hebat ini.

nota mudah dari saya: "kepada mereka-mereka yang berkaitan".... sentiasalah mengambil tahu hal-hal pemain yang pernah berjasa kepada negara kita satu ketika dahulu walau sebesar kuman jasa mereka kerana mereka lah yang telah mencipta kebangkitan bolasepak buat malaysia.

kerana ada diantara mereka kini terbiar tanpa kebajikan walau pernah satu ketika dahulu menggamatkan stadium dengan kejayaan demi kejayaan sehingga dikenali pada eranya...

tidak salah kalau kita sendiri pergi menghadap mereka ini walaupun mereka bukanlah datuk atau ahli yang berhormat. kerana dengan keadaan kesihatan yang semakin tidak mengizinkan di tambah dengan keadaan kehidupan yang tidak semewah mana, menghadkan pergerakan mereka untuk ke sesuatu tempat atau majlis.

mereka pernah mengeluh ... tetapi siapa yang mendengar... x kan nak jadi sepeti pepatah 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'? kalau boleh biarlah sebelum mati nama mereka sentiasa meniti di bibir rakyat malaysia... anggaplah mereka ini sebahagian dari maksud merdeka kepada malaysia.

kenapa???? KERANA MEREKA SEMUA ADALAH 'LAGENDA' NEGARA... jika kita faham apa maksud LAGENDA dengan sebenar-benarnya, maka kita akan sepenuhnya menghargai mereka...

Thursday, August 26, 2010

ANUGERAH WANITA DAN SUKAN MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA (MOM)

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melalui Jawatankuasa Wanita dan Sukan telah mewujudkan anugerah yang dinamakan “Anugerah Wanita dan Sukan”. Anugerah ini diadakan setiap tahun untuk menghargai dan mengiktiraf individu atau organisasi yang telah banyak membantu membangun, mempromosi serta mempertingkatkan perasan Wanita dalam Sukan di Malaysia.
Pada masa yang sama, MOM juga akan menyampaikan “Anugerah Wanita dan Sukan untuk Media” kepada wartawan yang telah banyak membantu mempromosikan peranan Wanita dalam sukan melalui media.

Oleh yang demikian, MOM telah memohon SAM untuk mencalonkan beberapa nama individu yang layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah tersebut mengikut kriteria-kriteria yang ditelah ditetapkan.

Pihak Persatuan amat mengalu-alukan jika sekiranya ada di antara ahli-ahli yang ingin mencadangkan individu-individu yang difikirkan layak untuk anugerah yang tersebut. Sila hubungi pejabat di talian 03-2078 0985 untuk mendapatkan borang pencalonan.


Pencalonan
3.1 Pencalonan hendaklah diisi dalam borang yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Wanita dan Sukan Majlis Olimpik Malaysia, dan boleh dibuat oleh mana-mana berikut dibawah :-

(i) mana-mana sekolah, kolej, universiti atau mana-mana institusi pendidikan awam atau persendirian;

(ii) mana-mana kelab atau organisasi berdaftar; atau

(iii) lain-lain individu atau badan korporat atau organisasi persendirian atau awam

3.2 Pencalonan hendaklah dibuat dengan persetujuan calon, dan hendaklah disertakan bersamap-sama biodata peribadi atau keterangan ringkas calon bagi menyokong pencalonan, bersama dengan sijil dan dokumen tentang pencapaian serta sumbangan yang diberikan oleh calon beserta dengan dua (2) keping gambar calon berukuran 2” x 2”.

3.3 Semua pencalonan hendaklah sampai ke Urusetia MOM selewat-lewatnya sebelum 30 Ogos 2010.


Kriteria Pemilihan

4.1. (i) terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan atau sukan berkaitan untuk sekurang-kurangnya lima (5) tahun berterusan iaitu lima tahun terdahulu sebelum anugerah (2010), semasa dan termasuk tahun penganugerahan tersebut; DAN

4.1. (ii) menunjukkan pencapaian dan sumbangan yang bermakna terhadap kemajuan wanita dalam mana-mana aktiviti sukan atau sukan berkaitan di dalam Negara; ATAU

4.1. (iii) telah memberi sumbangan masa dan tenaga yang sangat bermakna ke arah mempromosi, pembangunan dan kemajuan wanita dalam mana-mana aktiviti sukan atau sukan yang berkaitan di dalam negeri, melalui kepimpinan dan atau pentadbiran.

Friday, August 13, 2010

SALAM RAMADHAN 1431H / 2010H

(klik untuk besarkan)

rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua pelawat dan muslimin muslimat sekelian alam... semoga kita mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

Saturday, August 7, 2010

SAINGAN PIALA MALAYSIA BAKAL BERMULA


undian piala malaysia yang akan mula aksinya pada 14 september depan menyaksikan juara bertahan negeri sembilan bakal melalui persaingan sengit peringkat kumpulan apabila diundi dalam kumpulan a bersama kelantan, kl plus, dan selangor pkns. kelantan pula perlu menguasai kumpulan A jika mahu mengelak bertemu musuh ketat selangor di suku akhir.

selangor mungkin bertuah kerana diundi dalam kumpulan yang agak mudah iaitu t-team, perlis dan felda utd. namun mereka tidak boleh pandang ringan lawan dalam kumpulan terutama felda utd yang juga juara liga premier musim ini.

jika selangor dan kelantan ingin berjumpa dalam final, mereka perlu pastikan tidak bertemu di suku akhir disamping menang perlawanan sehingga separuh akhir.

pasukan yang bertanding dalam piala malaysia mengandungi 12 pasukan teratas dari liga super dan 4 pasukan teratas liga premier.

kumpulan A
kelantan
negeri sembilan
kl plus
selangor pkns

kumpulan B
terengganu
pahang
kuala lumpur
sabah

kumpulan C
johor fc
kedah
perak
atm

kumpulan D
selangor
t-team
perlis
felda united

suku akhir
i. A1 lawan D2
ii. B1 lawan C2
iii. C1 lawan B2
iv. D1 lawan A2

separuh akhir
pemenang (i) lawan pemenang (iii)
pemenang (ii) lawan pemenang (iv)

perlawanan suku akhir dan separuh akhir diadakan secara timbal balik.

APA JADI DENGAN SNUKER?

ini lagi satu hal yang saya baru terima dari sumber-sumber rapat.

difahamkan skuad snuker negara akan bertanding pada sukan asia nanti tapi masalahnya DAH SETAHUN LEBIH TAK TRAINING di msn sampaikan dewan tempat berlatih pun di kunci.

apa dah jadi dengan skuad snuker negara ni? apa yang saya dapat tahu diorang ni pun ibarat dah berpecah. sorang ke sana sorang ke sini... padahal masing-masing mempunyai potensi yang besar untuk negara. pulak tu pemain-pemain muda yang berpotensi ni dah merapu tak tentu hala dah. ada yang dah keje salesgirl dan ada juga yang jadi penunggu kat rumah. elaun pun katanya dah lama diputuskan.

menurut sumber rapat itu ia berlaku selepas sahaja tamat sukan sea laos. masing-masing buat hal sendiri. kot ada yang training tu pun bukannya training, ibarat suka-suka main snuker. logiknya takkan la geng-geng ni nak training kat kedai ah chong atau kedai ah seng... dah tentu kalau ke pusat-pusat snooker ni main pun suka-suka. bukankah cara ni tidak teratur?

macam mana nak berikan saingan di peringkat antarabangsa kalau dalam negara pun dah menunjukkan budaya sebegini rupa? nanti kot pergi sukan asia pun ibarat menghabiskan duit je... kalau x pergi tak pe gak... tapi kalau x pergi pun masih kena berlatih juga sebab setiap kali sukan sea snuker mesti hantar pemain. takkan bila dah dekat hari kejohanan baru nak buat latihan pusat?

persekutuan snuker dan billiard perlu berbuat sesuatu. jangan sekadar lepas tangan dan hanya mencukupkan kuota untuk ke satu-satu kejohanan. walaupun ianya bukanlah antara sukan teras negara tetapi setidak-tidaknya ia juga mampu menyumbangkan pingat untuk negara seperti yang pernah dilakukan satu ketika dulu.

kalau betullah apa yang saya dengar ni, persekutuan snuker dan billiard negara kena fikir balik kalau nak hantar pemain ke sukan asia. masa pun dah terlambat.. jangan buang duit lah...

Thursday, August 5, 2010

MALGA PENTINGKAN DIRI?


kejohanan golf amatur wanita terbuka malaysia baru menutup tirai hari ini dengan empat kedudukan teratas didominasi pemain muda malaysia.

namun dari sumber rapat persatuan golf malaysia MGA, MALGA dikatakan banyak mementingkan diri dengan tidak memaklumkan atau duduk berbincang dengan kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan terutama membabitkan kejohanan besar walaupun ianya dikatakan bernaung dibawah MGA.

ia sedikit sebanyak menyukarkan MGA sebagai payung semua persatuan golf di malaysia. sementelah MGA bernaung di bawah persatuan golf dunia yang turut menjejaskan kredibilitnya sebagai badan yang menguruskan hal ehwal golf dalam negara.

difahamkan MALGA telah dipanggil untuk berbincang mengenai kejohanan golf amatur wanita MLAO tetapi MALGA dikatakan beberapa kali tidak hadir berjumpa MGA.

bukan itu sahaja, diberitakan juga bahawa bekas-bekas ahli MALGA yang keluar dari persatuan itu mendakwa MALGA kurang atau tidak menjaga kebajikan ahli-ahlinya selain kekurangan aktiviti-aktiviti yang melibatkan ahli.

menurut sumber rapat itu lagi setiap persatuan atau penganjur yang ingin menganjurkan sebarang kejohanan golf perlu memaklumkan kepada MGA.

antara perkara yang menjadi persoalan pihak MGA ialah penganjuran kejohanan golf amatur wanita terbuka malaysia. ini kerana MGA turut menganjurkan kejohanan golf terbuka amatur malaysia yang mana turut dipertandingkan kategori wanita.

mungkin MALGA ada sebab tersendiri atas semua masalah-masalah yang terjadi antara mereka. tapi kita cuma berharap agar perjalanan pemain-pemain golf muda dapat diteruskan terutama jika merasakan pemain itu mempunyai potensi besar dibawa ke kejohanan lebih tinggi.

masalahnya bukankah jika pemain itu ingin bertanding ke luar negara atau mewakili negara ke kejohanan besar perlu melalui MGA?

Sunday, August 1, 2010

SELANGOR JUARA LAGI!


selangor berjaya mempertahankan mahkota liga super setelah menewaskan terenggnu 2-0 semalam. gol2 selangor dijaringkan amirulhadi zainal dan juga safiq rahim.

walaupun selangor masih berbaki 1 perlawanan liga, ternyata piala liga milik mereka setelah berkelebihan 5 mata dari pasukan kelantan yang mengekori di tempat kedua.
selepas ini selangor akan bertandang ke alor setar untuk perlawanan terakhir mereka menentang kedah 3 ogos nanti.
tempat kedua dan ketiga kekal milik kelantan dan terengganu yang mempunyai perbezaan mata banyak antara pesaing terdekat.

namun perebutan tempat ke 4 dan ke 5 menjadi perebutan antara negeri sembilan, johor fc dengan johor fc berkelebihan 2 mata.

johor fc akan bertandang ke kuantan bertemu pahang pada 3 ogos manakala negeri sembilan akan bertemu perlis di kangar.

apapun tahniah kepada selangor yang mengekalkan kejuaraan liga super untuk tahun ini.

( gambar ihsan faselangor.com)

SEPERTI YANG TELAH DIJANGKA

pemilihan dua jawatan tertinggi jawatankuasa eksekutif baru FAM selepas presiden seperti dijangka berpihak kepada tengku abdullah sultan ahmad shah dan tan sri annuar musa. dan seperti yang saya jangkakan populariti menjadi pilihan pengundi / wakil badan gabungan. itulah yang dikatakan pukulan orang-orang media. mereka berdua juga bagi saya berjaya melalui fasa yang mana boleh mempengaruhi peminat-peminat bolasepak yang sentiasa dahagakan kejayaan dan kejutan.

saya percaya kebanyakan peminat bolasepak tiada bantahan atas pemilihan ini sementelah mereka berdua mempunyai latar belakang yang berwarna-warni serta agak menarik perhatian ramai.

tengku abdullah bagi saya memang pilihan utama tambahan kapasiti baginda sebagai tengku mahkota pahang iaitu pewaris takhta. mungkin baginda tidak beranggapan begitu tetapi logiknya pengundi akan memilih sebab yang sebegitu. selain itu baginda juga pernah memegang jawatan sama satu ketika dahulu sebelum meletak jawatan pada 2007 sebagai rasa tanggungjawab atas persembahan buruk skuad bolasepak negara pada waktu itu. jadi apabila baginda membuat 'comeback' wakil gabungan tanpa prejudis memilih baginda kerana yakin baginda mungkin boleh membawa perubahan selepas ini seperti mana yang dilakukannya kepada skuad hoki negara.

tan sri annuar musa pula apa yang saya tahu bekas menteri belia dan sukan, ahli politik dan terkini sebagai presiden kafa. mungkin kurang menyerlah ketika berada dalam kabinet dan sebagai ahli politik tetapi apabila beliau berjaya membangkitkan semangat red warriors sehingga digeruni pasukan lain, ia sedikit sebanyak mewujudkan fenomena kepada perwakilan apa ramuan beliau boleh beri untuk menjadikan skuad malaysia seperti pasukan kelantan. mungkin agak sukar kalau nak ikut seperti kelantan kerana penyokong mereka setia, sentiasa ada di mana2, kalau kat kota bharu atau stadium di k.terengganu, memang mereka akan mengisi setiap ruang stadium yang ada. tetapi yang penting idea yang boleh beliau beri untuk pasukan negara, dan juga 'manifesto'nya yang dikatakan tempoh hari.

mungkin keduanya mempunyai idea atau agenda tersendiri untuk bolasepak negara, tetapi rasanya kalau digabung dan dikisar sehingga sebati, mungkin boleh mendapatkan hasil yang lebih baik.

bagi jawatan naib presiden pula dua daripadanya mungkin boleh dijangka. seperti penyandang datuk afandi hamzah. sebab selain beliau dan datuk hamidin, yang lain kurang popular. beliau juga agak merendah diri dan dianggap seperti underdog. publisiti pun kurang. mungkin beliau dah ada track record sebelum ini semasa memegang satu jawatankuasa dalam FAM, 'kempen'nya pun mudah, kerana tidak berada dalam jawatankuasa yang popular, jadi beliau kurang dikenali. lagipun saya tengok beliau kurang dengan gosip dalam media. dikira sebagai calon bersih la ni.

datuk hamidin pula memang tak perlu diperkenalkan lagi. beliau memang dah ada dalam council sebelum ini. cuma kali ini kira upgrade la. selain setiausaha agung FAS, beliau juga sebagai pengerusi jawatankuasa futsal dan pengurus pasukan futsal kebangsaan. kira popular la sebab selalu dapat publisiti. selangor pun memang pasukan hebat dalam liga.

cuma peminat bolasepak mungkin akan tertanya-tanya lagi dua calon yang menang iaitu datuk subahan kamal dan datuk seri abdullah hishan. datuk subahan hanya dikenali menerusi pentas politik. sebagai adun templer dan pengerusi salah satu biro dalam umno / bn. dalam FAS pu sebagai ahli majlis je. manakala datuk abdullah hishan presiden taiping FA. orang lama dalam bolasepak tetapi kalau mengikut zaman sekarang langsung x popular. dikalangan perwakilan dikenali tapi bagi peminat bolasepak mungkin akan bertanya siapa dia.

sapa-sapa pun yang dapat jawatan bagi saya x menjadi masalah asalkan mereka tahu macamana nak meningkatkan lagi mutu bolasepak tanahair. mungkin beberapa tahun kebelakangan ini kita boleh katakan skuad bolasepak negara mula mencipta kejayaan demi kejayaan tetapi diharap dengan adanya 'skuad' baru dalam FAM ini bukan sahaja kejayaan yang dah ada itu dikekalkan, tetapi ditingkatkan lagi untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

tahniah untuk semua...

Wednesday, July 28, 2010

BYE BYE MARADONA


legenda argentina diego maradona akhirnya menamatkan kariernya sebagai jurulatih kebangsaan negaranya, mengakhiri pencapaian tidak menentu selama 21 bulan dan kemuncaknya apabila mengalami kekalahan memalukan di piala dunia baru-baru ini.

keputusan dicapai sebulat suara jawatankuasa eksekutif persatuan bolasepak argentina AFA yang tidak akan menyambung kontrak maradona.

maradona menjadi jurulatih argentina pada november 2008 menggantikan alfio basile. dia yang berusia 49 tahun sangat kurang pengalaman dalam pengurusan.



dibawah kendalian maradona, pasukan yang menjuarai piala dunia dua kali itu mengalami dua kekalahan yang mengaibkan, kalah 6-1 kepada bolivia dalam kelayakan piala dunia dan tewas 4-0 kepada jerman dalam suku akhir piala dunia yang mendedahkan kelemahan pertahanan dan bahagian tengah yang lembab.

menurut sumber maradona hanya akan menerima tawaran 4 tahun bagi persediaan ke piala dunia brazil 2014 jika dia dibenarkan mengekalkan orang bawahannya dan ia tidak dipersetujui presiden AFA julio grondona yang mahukan beberapa pertukaran pembantu. antaranya rakan baik maradona alejandro mancuso.

keputusan tidak memperbaharui kontrak maradona mungkin agak mendukacitakan tetapi ianya tidak ada cara lain bagi memenuhi aspirasi AFA demi kemajuan bolasepak argentina.

AFA memaklumkan buat masa ini pengurus pasukan remaja sergio batista akan menjalankan tugas jurulatih menjelang perlawanan persahabatan menentang republik ireland 11 ogos ini di dublin dan ia belum pasti siapa yang akan menjadi jurulatih apabila argentina menerima kunjungan juara piala dunia sepanyol pada satu lagi perlawanan persahabatan di beunos aires 7 september nanti.

maradona pernah mengejutkan dunia bolasepak apabila salah satu golnya pada perlawanan akhir piala dunia 1986 di gelar 'hand of god' apabila menggunakan tangan. argentina menjuarai piala dunia tahun itu. maradona juga merupakan antara pemain terbaik pada zamannya sehingga di gelar lagenda bolasepak.

Tuesday, July 27, 2010

PERANG PSIKOLOGI DAN EMOSI


tinggal lagi 3 hari sebelum berlangsungnya kongress FAM yang akan di adakan di shah alam. dan dalam tempoh menunggu hari sabtu ni dah bermacam-macam kenyataan keluar baik dalam media cetak mahupun elektronik. tak kira la kenyataan itu mahu di keluarkan sendiri oleh yang empunya badan atau yang dicari-cari oleh si pembuat berita.

tapi sedar atau tidak dalam pada 'ketidaksengajaan' setiap berita itu dikeluarkan, memberi publisiti kepada calon-calon yang diceritakan. kalau banyak cerita mengenai calon itu, banyaklah orang akan menumpukan padanya. kalau x de cerita atau keluar sekali je, maka tak de la tumpuan sebab orang pun tak tahu malahan ada di antaranya langsung x kenal.

calon yang mendapat liputan ini walaupun sekali, secara tidak langsung mula mengeluarkan 'manifesto' mereka secara lisan. macam2 ayat dah kita dengar dari mulut calon-calon yang diberi publisiti oleh media ini. ada yang kata itu dan ini. ada pula yang cuba mewujudkan gandingan-gandingan tertentu yang mereka fikirkan boleh memberi khidmat untuk bolasepak.

tapi kalau dilihat dari sudut psikologi atau logik akal (walaupun saya x belajar psikologi), ia memberi kredit kepada mereka yang di beri liputan ini. secara tidak langsung membuka ruang mereka untuk 'berkempen'. walaupun tak mengaku atau tidak mahu tapi itulah hakikatnya. manakala bagi pihak yang tidak diberi liputan ini sedikit sebanyak mengganggu emosi lantaran mereka tidak ada platform untuk menjual manifesto mereka.

yang penting sekarang ini bukan populariti semata-mata tetapi matlamat mereka terhadap kemajuan bolasepak negara. jangan hanya pandai menabur kata tetapi tidak dilaksana. tak kira sapa juga yang memegang jawatan itu niatnya kena la tulus. rakyat malaysia khususnya peminat bolasepak hanya mampu menanti apa yang akan dilakukan selepas berakhirnya kongres sabtu ini.

jangan sampai jadi seperti drama swasta melayu - jalan cerita berubah tetapi penamat tetap sama...
All the best to all of you!

Sunday, July 25, 2010

SABAH KE LIGA SUPER

akhirnya jumaat lalu terjawab sudah satu lagi slot ke liga super setelah sabah berjaya menewaskan pos malaysia dengan 1-0 manakala pkns brputih mata apabila tewas kepada harimau muda 2-1.

penantian sabah selama 3 musim untuk naik ke liga super dibayar musim ini dengan persembahan konsisten pemain walaupun agak tidak menentu ketika berada di awal musim.

pkns pula terpaksa tunggu musim depan untuk cuba sekali lagi. namun pujian juga harus diberikan kepada barisan pemain abd rahman ibrahim yang turut memberikan saingan menarik dalam liga sehingga mampu bersaing untuk berebut piala liga dengan felda united. cuma felda agak bertuah kerana berkelebihan mata dari pkns.

apa pun tahniah sabah. semoga tahun depan kalian mampu untuk memberi persaingan lebih hebat dalam liga super.

Tuesday, July 20, 2010

SAM MEDAN UNTUK BERPOLITIK KE?

tergelak saya bila dipikirkan balik. ada ke patut disuruhnya menggunakan platform SAM untuk berkempen.

kisah di ceritakan seorang kawan. ye la ramai kita tau ada persatuan sukan besar kat malaysia ni akan buat kongress hujung bulan ni bagi memilih majlis baru untuk next term.

dipendekkan cerita berlaku la situasi telefon menelefon yang kawan saya je tau apa sebabnya. yang ditelefonnya tu salah seorang calon yang akan bertanding. kebetulan calon ni tau la kawan saya ni ada hubungkait dengan SAM. pas tu disuruhnya tolong kempen untuk dia.

SAM ni parti politik ke? berapa gaji ahli2 majlis SAM setiap bulan? berapa banyak elaun kitorang dapat? adehhh.....

ni nak diceritakan tujuan utama penubuhan SAM seperti yang termaktub dalam perlembagaan persatuan peraturan 4:

a) untuk menyatukan semua penulis sukan, pengulas sukan, penerbit sukan radio & tv, jurufoto sukan serta individu yang memiliki tugas berkaitan dengan pemberitaan berita-berita sukan di malaysia dan memastikan ahli mendapat kemudahan yang terbaik sewaktu menjalankan tugas di seluruh negara.


b) untuk mempertahankan segala kepentingan moral profesional setiap ahli.

c) untuk bekerjasama serta memperbaiki lagi hubungan di antara ahli dengan pertubuhan-pertubuhan sukan peringkat negeri, kebangsaan dan pihak kerajaan.


d) untuk menganjurkan kursus-kursus berupa latihan dan seminar bagi faedah ahli pada bila-bila masa yang bersesuaian.


selain dari yang di atas ni antara lainnya adalah merapatkan hubungan silaturrahim sesama pengamal media sukan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak kira aktiviti berupa sukan, kemasyarakatan mahupun sosial sesama ahli.

jadi rasanya dah paham la kot tujuannya. kita tidak mahu SAM dijadikan tempat berpolitik seperti yang berlaku kepada banyak pertubuhan sukan yang akhirnya atlet menjadi mangsa. walaupun SAM x de atlet tapi amat memalukan sekiranya SAM menjadi satu persatuan yang menjadi bahan tawa persatuan sukan walhal ahlinya terdiri dari pengamal2 media sukan yang kadangkalanya ada menceritakan perihal gosip dan kontroversi orang lain. ibarat paku dulang paku serpih.... setakat ini SAM berjaya dipertahankan dari anasir2 yang tidak dibenarkan walaupun tempoh hari ada berlaku sedikit kegelinciran namun berjaya diatasi dengan cara berhemah oleh ahli-ahlinya.

kita cuma mahu SAM dihormati dan menjadi bahan rujuk untuk memajukan lagi sukan di malaysia kerana rasanya ahli2nya lebih tahu perihal sukan di malaysia sehingga ada yang sanggup mengkaji atau dengan bahasa mudah 'follow up' setiap apa yang berlaku. bukannya dijadikan pusat berkempen atau platform untuk meraih undi...

harap datuk paham la ye...