Tuesday, August 21, 2012

PENGALAMAN BARU

salam eidulfitri...

pengalaman baru.. itulah edisi syawal yang dapat dikongsi pada kali ini apabila buat kali pertamanya saya mendapat pengalaman baru pada 1 syawal. memandangkan tahun ini tahun bertugas di hari raya dan tentunya tiada sukan tempatan yang berlaku, maka saya di 'on loan' ke meja sebelah untuk 3 hari. dan pada 1 syawal saya diberi 2 misi yang sangat kontras - sembahyang raya pada sebelah pagi & 'beraya bersama mereka' di sekitar kuala lumpur pada sebelah petang.

sebenarnya misi lebih tepat untuk sebelah pagi 1 syawal semalam adalah seperti gambar2 di bawah...

perdana menteri, dato sri najib razak dan timbalannya tan sri muhyuddin yassin tiba di masjid negara untuk menunaikan solat sunat eidulfitri

menteri belia dan sukan, dato' sri ahmad shabery cheek antara jemaah menteri yang turut hadir di masjid negara

perdana menteri dan timbalannya menunaikan solat sunat sebelum solat eidulfitri

tamat solat eidulfitri perdana menteri dan timbalan serta keluarga terdekat dan kenamaan lain menziarahi makam pahlawan dimana semadinya ayahanda beliau Allahyarham tun abdul razak

dato' sri najib menyiram air mawar di pusara ayahandanya

tidaklah berapa getir sangat misi pagi raya. yang agak mencabar tapi seronok ialah misi petang raya iaitu seperti gambar di bawah...





gambar-gambar diatas menyaksikan betapa kuala lumpur terutama sekitar pasar seni, puduraya, kotaraya, jalan silang dan sekitarnya telah 'ditawan' oleh warga asing yang mendapat pelepasan bercuti dari majikan masing-masing



so buat pertama kali sepanjang berada dalam lapangan saya dapat pengalaman baru yang menarik. bukan sahaja ia seronok malahan ianya juga 'pertama kali' - sembahyang raya di masjid negara dan beraya bersama 'mereka'..

secara tidak langsung ia menerbitkan kata-kata dalam hati iaitu "looking forward for another attractive, challenging and interesting assignment again in future"...

fj
u-thant

Friday, August 17, 2012

SHAPAWI MAMPU LAKSANA TANGGUNGJAWAB

ahmad shapawi ismail

terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengarah bahagian atlet majlis sukan negara MSN, saudara ahmad shapawi ismail kerana telah dilantik mengisi jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) institut sukan negara (ISN) untuk tempoh setahun bermula semalam 16 ogos. kerusi yang dianggap panas bagi pengamal-pengamal sukan dalam negara termasuk rakan-rakan media sukan lantaran tugas yang sangat penting bagi meningkatkan kualiti atlet-atlet sukan bagi melahirkan jaguh bertaraf antarabangsa melalui perubatan dan sains sukan.

bagi ketua pengarah majlis sukan negara, datuk seri zolkples embong, walaupun latar belakang ahmad shapawi jauh dari tugas barunya tetapi beliau percaya ahmad shapawi mampu laksanakan tugas dengan baik berdasarkan pengalaman mengendalikan atlet-atlet negara sebelum ini. bercakap mengenai pengganti ahmad shapawi memandangkan jawatannya juga agak penting di MSN, datuk seri zolkples memaklumkan akan mengadakan rombakan secara dalaman bagi menentukan calon paling sesuai menduduki kerusi tersebut. namun tidak dinyatakan bila keputusan akan dibuat.

saya percaya dengan track record di MSN dan kerjasama semua pihak terutama kakitangan, ahmad shapawi akan dapat menjalankan tugas dengan baik demi memastikan ISN dapat terus meningkat dalam memastikan pembinaan atlet-atlet berkualiti tinggi melalui sains sukan.

kepada mantan KP ISN, datuk dr ramlan abd aziz, tahniah dan terima kasih kerana anda telah meletakkan ISN ke satu tahap yang tinggi sehingga mampu berdiri sendiri dan dihormati oleh semua pihak. semoga datuk ramlan akan terus berjaya dalam apa juga yang dilakukan selepas ini. dengarnya sebagai penasihat menteri belia dan sukan. apapun selamat berjaya...

Wednesday, August 15, 2012

PERLUKAH MENJADI SEPERTI KOMUNIS?


Temasya olimpik telah pun melabuhkan tirai 2 hari lalu. Dan malaysia pulang dengan 1 perak dan 1 gangsa, lebih baik dari temasya 4 tahun sebelum di beijing.

Tamatnya temasya itu, cakap cakap mula kedengaran sana sini, sama ada yang menyokong, memuji, tidak kurang juga mengkritik, mempersoal selain dari mengutuk.

Berkesempatan berjumpa pakar sejarah yang juga pernah menjadi pengarah sukan universiti malaya satu ketika dahulu, tan sri profesor emiritus khoo kay kim, saya mencari jawapan dari dalam diri dia.

Bercerita agak panjang, dia mengambil jalan selamat, iaitu tidak menyalahkan keseluruhan persiapan tetapi lebih kepada persediaan yang tidak rapi. tetapi saya simpulkan mengikut cara mudah - malaysia sudah lama menyertai sukan olimpik, tetapi pencapaian tetap sama.. Maksudnya pada waktu ini sepatutnya malaysia sudah mula menuai hasil pingat dari pengalaman penyertaan sebelumya - kata beliau.

Lagi satu kesimpulan dari apa yg diceritakan iaitu kuasa china dan korea terutamanya.. Termasuklah korea utara, yang telah jauh meninggalkan malaysia, berbanding dahulu korea selatan terutamanya jauh tertinggal di belakang. Adakah mungkin disebabkan kesan dari kesan pemerintahan negara mereka?

Bercakap lagi mengenai atlet, tan sri khoo mengakui kelemahan mental yang agak ketara. Tidak seperti china dan korea... Mungkin ini contoh terbaik... Saya bukan hendak menafikan mahupun menyokong, sekadar mengambil iktibar... Lama dia menceritakan sejarah dari zaman 30 an lagi. Tetapi cukup membuatkan saya terfikir akan kelogikan kata-kata beliau.

Cuma ini pendapat peribadi saya.. Tiada kene mengena dengan unsur mengkritik, sekadar  pendapat sahaja- kita tak perlu jadi seperti komunis. kerana segalanya mandatori. kita pun sudah merdeka dan demokrasi.. tetapi janganlah sampai menjadikan semua alasan itu untuk menjadi manja.. sekadar mengambil konsep latihan yang mereka lakukan... Saya tidak tahu tetapi mungkin ada yang tersembunyi sehingga membolehkan mereka berjaya meninggalkan negara asia lain. Contoh mudah seperti kata tan sri khoo kay kim, ahli psikologi kat malaysia pun tiada yang benar benar pakar. Malahan ada yang fresh graduate. so nak menguatkan mental atlet tu memang sukar. Itu kata beliau bukan saya.

Apapun kalau mengikut kata beliau lagi, nak menyediakan atlet di rio 2016 kalau baru nak mula balik lepas ni memang dah terlambat. Tetapi kita masih mengharap ada juara yang bakal lahir di pentas olimpik satu hari nanti walaupun ia terpaksa memakan masa berpuluh tahun lamanya. Kerana harapan tetap harapan...



Friday, August 10, 2012

TUAH PANDELELA


mungkin tuah atau rezeki kepada penerjun muda negara, pandelela rinong. akhirnya dia berjaya mengubah sejarah apabila menambah pingat untuk malaysia pada edisi 2012 dengan mengutip pingat gangsa pada aksi 10 meter platform wanita.

kalau diikut kepada persembahan pertama dari 5 kesukaran atau 5 pusingan, seakan dia sudah terlepas genggaman sebarang pingat apabila sekadar menduduki tempat ke 10 daripada 12 peserta akhir. tetapi dari terjunan ke-2 hingga ke-5 pandelela memperbaiki persembahan dan berjaya mencuri tumpuan juri dengan pemberian markah yang agak tinggi.

apa yang penting ialah kesilapan pesaing-pesaing utama yang mampu mendapat pingat pada acara itu membuat kesilapan pada terjunan mereka secara tidak langsung menoktahkan pandelela untuk akhirnya menamatkan acara dengan pingat gangsa untuk negara.

tahniah diucapkan! anda sememangnya wira negara! dan tidak salah akhirnya memilih anda sebagai pembawa jalur gemilang pada upacara perasmian tempoh hari.

bukan sahaja dapat memperbaiki pencapaian pingat negara di beijing, pandelela juga memahat nama sebagai pemenang pingat pertama dari acara terjun atau dengan lebih tepat acara kedua selepas badminton yang merupakan satu-satunya penyumbang pingat olimpik sebelum ini.

hadiah shakam 100 ribu ringgit menanti. yang lebih penting seawal 19 tahun anda akan merasai elaun bulanan sampai akhir hayat sebanyak dua ribu ringgit. teruskan meningkatkan pencapaian. tidak mustahil di Rio 2016 sesuatu yang lebih besar mampu digapai!

p/s kalaulah tiada kesilapan pada terjunan pertama, apakah emas atau perak dalam genggaman...


Tuesday, August 7, 2012

PENANTIAN BERAKHIR



penantian berakhir...

mungkin itu lah kenyataan paling gembira buat pegawai dan pemain-pemain persatuan bola sepak kuala lumpur KLFA apabila tunggakan gaji 3 bulan mereka dari bulan mei hingga julai akan dilunaskan selewat-lewatnya minggu depan.

bukan takat itu sahaja, demi merangsang kembali semangat mereka untuk bermain bersungguh-sungguh selain memberi keceriaan untuk menyambut syawal yang akan tiba kira-kira 2 minggu lagi, mereka juga akan turut diberi insentif kabarnya berjumlah 5 ribu ringgit setiap seorang. satu jumlah yang saya fikir cukup memuaskan hati penerimanya selain cukup untuk mengubah keseluruhan bentuk dalaman rumah.

keputusan itu hasil pertemuan pengurusan KLFA yang diketuai presiden datuk astaman abd aziz dengan datuk bandar kuala lumpur, datuk ahmad phesal talib hari ini.

saya sempat mendapatkan respon daripada datuk astaman mengenai perkara ini. katanya ia hasil bantuan bersama dbkl dan majlis sukan wilayah persekutuan mswp yang tidak mahu melihat kuala lumpur berkubur dari arena bola sepak tempatan. alasan dari sumber mswp mudah... "kita mahu melihat kembali kegemilangan yang pernah dibawa oleh tan sri elyas omar satu ketika dulu".

jadi saya rasa usaha kedua-dua badan ini haruslah dipuji kerana selain boleh melihat bola sepak kuala lumpur terus bernafas, mswp juga boleh sama-sama membantu dalam melahirkan pemain-pemain yang berkualiti di peringkat sekolah lagi.

penyampaian gaji dan insentif raya skuad bola sepak kl kabarnya isnin depan di putrajaya. sekali dengan majlis penyampaian insentif atlet sukma kl.

menurut datuk astaman lagi, usaha kini sedang giat dijalankan untuk memastikan klfa dapat mencari dana tambahan selain bantuan dua badan tadi bagi mencari pemain-pemain terbaik untuk bersaing di liga perdana musim depan. disamping itu memastikan usaha berterusan dilakukan bagi memajukan sukan bola sepak ibu kota ini. katanya akademi bola sepak kl pun telah mula beroperasi, sedikit sebanyak membantu dari segi kewangan.

cuma sebab musabab kenapa kl kurang dana selama ini walaupun kaya dengan pelaburan saya rasa takyah cerita lah sebab banyak melibatkan hal-hal politik, ekonomi dan sosial... hehehehe

p/s: mesti orang tertanya-tanya kenapa saya sibuk dengan klfa ni... seperti yang saya kata sebagai anak kelahiran kuala lumpur atau dengan kata lainnya 'anak jati', saya mestilah nak lihat kl maju bukan sahaja dari segi ekonomi malahan juga sukan.. walaupun saya dibesarkan di ampang, selangor (mungkin sebab rumah kl mahal), tapi usia saya sehingga kini banyak dihabiskan di kuala lumpur sejak zaman persekolahan lagi sehingga zaman pekerjaan. malahan kini saya kembali menetap di kuala lumpur dari tahun 2004 lagi. maka tidak salah la saya sokong kuala lumpur bukan walaupun saya juga menyokong selangor selain pasukan di bawah bayu sana...

ADAKAH PENGAKHIRAN SAMA


semalam datuk lee chong wei sekali lagi membawa pingat untuk negara. Warna yang sama diperolehi 4 tahun lalu. Walaupun dia hampir-hampir mencatat sejarah negara yang pasti akan disimpan didalam arkib negara. Namun semuanya tidak kesampaian apabila dia sekali lagi terpaksa berpuasnhati dengan pingat perak. Pun begitu chong wei telah menunjukkan semangat juang tinggi. Kalah dibezakan 2 mata di game penentuan. Dan secara tidak langsung menjadi benchmark kepada pengukuhan perpaduan kaum di negara kita.

Namun setelah kempen atlit-atlit negara hampir tamat, adakah kita mampu mengubah pungutan angka pingat diperolehi 4 tahun lalu di beijing atau pun pengakhirannya akan sama?

 saya sempat mendapatkan aura chong wei beberapa minggu sebelum olimpik. sebelah tu kereta bentley chong wei

Bagi saya kita tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam soal ini. Ini kerana atlet-atlet negara saya kira sudah memberikan lebih dari yang mereka mampu. Bermakna mereka telah berusaha bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik demi menunaikan hasrat negara. Namun apabila beraksi di pentas olimpik sememangnya kita tidak mampu menjangkau kemampuan lawan. Yang biasa pun oleh jadi luar biasa handalnya.  saya x rasa kita gagal. kerana kita berjaya mengekalkan pencapaian 4 tahun lalu. Cuma mungkin sedikit tergelincir dari sasaran awal.

Pun begitu berbaki beberapa hari lagi temasya berlangsung dengan baki atlet yang tinggal, saya kira mereka ini semua berkualiti. Dan tidak mustahil mereka mampu mengubah pencapaian di beijing menjadi lebih baik. tentunya prospek utama yang tinggal kini dari acara berbasikal trek dan juga terjun. Saya harap mereka yang tinggal ini mampu mencipta kejutan pada kali ini. Setidak-tidaknya menghadiahkan lagi pingat buat rakyat malaysia tak kira warna apa.

Tetapi jika pengakhirannya tetap sama seperti dulu, tidak mengapa. Kerana anda telah mencuba yang terbaik. dan yang penting... kita tidak gagal...

kita layan lagu semangat ini untuk atlet yang tinggal

Friday, August 3, 2012

SINAR UNTUK KLFA



Mungkin ianya rezeki ramadhan, atau mungkin tuah, tetapi saat-saat kecoh dialami persatuan bola sepak kuala lumpur klfa mengenai isu pemain dan pegawai tidak dibayar gaji selama 3 bulan baru-baru ini tampak ada sinar tidak lama lagi.

Ini kerana mengikut sumber terdekat saya, pengurusan klfa akan mengadakan pertemuan dengan datuk bandar kuala lumpur yang baru, datuk ahmad phesal talib awal minggu depan bagi menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi mereka. Dan dengarnya dbkl bersetuju untuk menampung tunggakan gaji pegawai dan pemain yang terlibat yang dikatakan dari mei hingga julai itu. Cuma menurut sumber tersebut perbincangan lanjut akan diadakan bagi memikirkan cara mana dbkl boleh membantu untuk menampung kos bagi musim akan datang.

Ini merupakan petanda positif. Setidak-tidaknya dapatlah mereka yang terlibat ini merasai syawal yang bakal tiba tidak lama lagi dengan lebih ceria. Selain itu klfa dapat mengelak dari disingkirkan terus menyertai liga malaysia musim depan apabila gaji pegawai dan pemain dibayar.

Dan saya cukup yakin klfa mungkin dapat mengelak dari masalah kewangan akan datang. Ini kerana selain mempunyai penaung yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar, datuk bandar kl juga kabarnya cukup berminat dengan bola sepak. Dan sekiranya semuanya berjalan lancar kabarnya datuk bandar kl akan dilantik menjadi penasihat. Setidak-tidaknya banyaklah pengaruh untuk membawa dana masuk bagi melancarkan perjalanan persatuan terutama bagi mendapatkan pemain-pemain terbaik.

Agak malang rasanya apabila ibukota yang kaya dengan pembangunan pesat tetapi tiada dana untuk menampung pasukan bola sepak yang kita maklum mempunyai pengaruh besar dalam pemasaran. Jadi bila sudah terbentang peluang sebegini, pihak pengurusan rasanya perlu fikir bagaimana untuk menarik lebih banyak dana masuk dengan menggunakan sepenuhnya pengaruh seorang menteri wilayah dan seorang datuk bandar yang berkuasa penuh atas ibu kota ini.

Apapun kita nantikan keputusan itu minggu depan, disamping merisik-risik presiden klfa situasi semasa ini. Jika benar saya sebagai anak jati ibu kota sedikit sebanyak akan rasa lega dengan perkembangan positif ini.

OLIMPIK : BADMINTON HAMPIRI PINGAT


Masih terlalu awal rasanya untuk ucapkan tahniah kepada 2 wakil badminton di acara single dan double kerana telah pun memasuki peringkat separuh akhir. Tetapi tidak salah rasanya untuk ucapkan tahniah kerana berjaya melepasi halangan untuk terus memburu pingat emas pertama yang disandarkan penuh kepada mereka.

Acara beregu yang terlebih dulu mengesahkan tiket ke separuh akhir apabila gandingan koo kien keat / tan boon heong  menewaskan beregu thailand isara bodin / Jongjit maneepong 21-16, 21-18.

Sebelah malam pula penyandang pingat perak edisi 2008, datuk lee chong wei menewaskan wakil india, kashyap parupalli 21-19, 21-11. Cuma pada set pertama datuk lee chong wei mendebarkan penonton di malaysia apabila dikerah sehingga mata ke 19 sebelum dapat mengatasi lawannya seterusnya menang set pertama. Set kedua tampak mudah apabila dia jauh meninggalkan lawan untuk menang seterusnya mara ke separuh akhir.

Separuh akhir nanti beregu koo / tan akan bertemu musuh tradisi dari china cai yun / fu haifeng manakala datuk lee chong wei akan berhadapan juga wakil china, chen long. Kita hanya mampu berdoa dari jauh agar kedua dua wakil badminton ini dapat membuat kejutan dalam edisi olimpik kali ini. Tahniah!

Sehingga ke akhir garisan!

Wednesday, August 1, 2012

MALAYSIA MELAWAN

 gol tunggal azamuddin akil pada minit ke 87

Kemenangan juara liga perdana inggeris manchester city ke atas harimau malaya isnin lalu memang sudah dijangka, tambahan dengan corak permainan pantas, dibantu saiz tubuh badan yang jauh berbeza pemain negara, tampak membezakan corak permainan lawan yang banyak menguasai padang. Namun pujian harus diberikan kepada skuad negara kerana melawan habis-habisan dan tidak membenarkan man city untuk terus berpesta gol, sebaliknya menghadiahkan satu gol untuk penyokong-penyokong yang memenuhi stadium bukit jalil. Selain itu skuad negara hanya membenarkan satu gol pada separuh masa pertama, walaupun diasak dengan permainan pantas lawan dari eropah itu. Jila tidak kerana sedikit kealpaan, mungkin skuad negara boleh menafikan satu daripada 2 gol pada separuh masa kedua, tetapi ia merupakan pengajaran terbaik untuk sentiasa peka berdepan musuh pada perlawanan-perlawanan akan datang, terutama menjelang sepak mula piala aff suzuki november nanti.

Gol-gol manchester city dijaringkan oleh sergio aguero pada minit ke 17, sebelum carlos tevez menggandakan jaringan 2 minit sebaik separuh masa kedua bermula, manakala adam johnson menjaringkan gol ketiga 5 minit selepas itu. Yang penting pujian harus diberi kepada azamuddin akil yang bijak mencuri peluang untuk memahat nama selaku penjaring negara pada minit ke 87 hasil permainan pantasnya bersama mahali jasuli.

Keputusan perlawanan itu termasuk bertemu arsenal seminggu sebelum itu membuktikan pasukan negara kini bukan lagi skuad belasahan seperti dulu-dulu kerana tentunya mereka telah banyak mempelajari selain mendapat pengajaran agar terus memberikan yang terbaik buat penyokong-penyokong tercinta.

Syabas harimau malaya!

OLIMPIK : NURUL SYAFIQAH JUGA TIDAK BERJAYA


Nurul syafiqah hashim, satu-satunya pemanah wanita yang membawa cabaran olimpik bagi acara recurve wanita tidak berjaya melepasi pusingan pertama apabila ditundukkan lawan dari taiwan, lin chia-en 6-2.

Walaupun bermula baik dengan menang pada set pertama dengan mata 28-23, syafiqah Membuat kesilapan pada set kedua apabila memasukkan anak panah pertama di mata 2, jauh dari sasaran sepatutnya dilakukan pemanah di pentas besar iaitu mata 8, 9, 10. Akibatnya dia tewas set kedua dengan 19-26. Begitu juga set ketiga apabila dia memasukkan anak panah kedua dan ketiga pada mata 5 mengakibatkan dia tewas 18-24. Dia cuba bangkit set keempat tetapi masih tidak berjaya apabila hanya mampu mengumpul 24 mata berbanding lawannya 27 mata.

Namun ia merupakan pengalaman berharga bagi penampilan pemanah yang baru berusia 18 tahun ini dan mempunyai peluang memperbaiki lagi pencapaian bagi menjadi pemanah terbaik negara. Gelaran olimpian sudah dimilikinya, apa yang perlu dilakukannya hanyalah membuat peningkatan demi peningkatan dan juga kejutan demi kejutan masa hadapan.

Tahniah syafiqah!