Saturday, June 27, 2009

Merayap

Malam tadi aku ke kl downtown cheras. tujuannya cuma satu je iaitu membawa pakcik kepada biniku berjalan2 memandangkan ini kali pertama dia dtg KL dan mempunyai kesuntukan masa lantaran flight pulang adalah pada hari ahad. tapi bagus gak g sana. mengenang kembali zaman di kala aku menjadi sebahagian daripada peniaga larut malam ditempat yang sama. dan seperti biasa apabila pergi ke sana tentunya berjumpa rakan2 sepeniaga yang masih lagi kekal bertapak di salah sebuah bazar larut malam yang terkenal di kota metropolitan ini selain dari uptown di setapak.

sebenarnya aku baru gak datang downtown bulan lepas. tapi tak pe la sebab tetamu aku so aku bawak la ke mana2 pakcik nak pergi. setelah puas berjalan dan hampir2 pak cikku keracunan barang2 akhirnya kami pulang... tapi sebelum tu aku singgah di khemah depan tempat urut kaki. urut dulu sebelu balik. yang mengurut tu pun member gak.

yang pasti dari pemerhatian aku ramai juga peniaga yang telah mengundurkan diri digantikan dengan peniaga lain dan tidak kurang pula masih ada yang kekal bertahan di bazar yang belum pasti menjanjikan pendapatan lumayan jika tidak kena dengan caranya. manakala pengunjung pula walaupun ramai dihujung minggu tetapi nampaknya mereka lebih suka berjalan2. diharap bazar ini akan dapat terus bertahan agar dapat menjadikan tempat ini salah satu tumpuan warga kota membeli belah terutamanya apabila tiba satu2 musim perayaan.

p/s kamera x bawak, so x de lah gambar... jgn mareee...

Tuesday, June 23, 2009

BACK IN WRITING

setelah sebulan menyepikan diri, akhirnya aku rasa aku perlu bertindak demi memenuhi cita2 aku menjadi seorang photojournalist yang berjaya. kesibukan tugas rasanya kini boleh diatasi dengan berbekalkan semangat dan kesungguhan. tambahan pula tugasku tidaklah jauh bezanya dengan apa yang inginku capai. cuma masa sahaja agak mencemburuiku..