Monday, January 20, 2014

REVINGTON LETAK JAWATAN, DHARMARAJ DILANTIK KETUA JURULATIH



Nampaknya tahun ini boleh dikatakan sebagai tahun spekulasi dan kontroversi sukan di malaysia.

Hari ini ketua jurulatih hoki kebangsaan, paul revington sah tidak akan mengendalikan skuad hoki kebangsaan. Ia disahkan naib presiden mhc dato' nur azmi ahmad. Dato' azmi yang juga pengerusi pengurusan pasukan kebangsaan berkata perletakan jawatan revington adalah disebabkan masalah kesihatan.

Namun timbul cakap cakap dia sebenarnya mempunyai masalah dengan pembantu jurulatih yang baru dilantik iaitu mohd dharmaraj abdullah yang telah membawa skuad hoki remaja menduduki tempat ke 4 dalam kejohanan dunia disember lepas.

Revington dalam sidang media turut menegaskan masalah kesihatan (lebih tepat mengalami stress)  yang menyebabkan perletakan jawatannya.

Perletakan jawatan pengendali dari afrika selatan selatan itu sedikit sebanyak memberi tamparan kepada persediaan skuad hoki kebangsaan menjelang temasya sukan asia di korea selatan dan piala dunia di amsterdam.

Bagi mengelak terjejasnya persiapan, datuk azmi mengumumkan dharma sebagai ketua jurulatih baru. Dharma yang naik pangkat begitu pantas turut menumbulkan tanda tanya apabila arul selvaraj yang lebih senior dalam kejurulatihan tidak dilantik sebaliknya menjadi ketua jurulatih skuad junior.

Dharma letika ditemui menghormati kepitusan yang dibuat dan akan memastikan persiapan berjalan lancar dalam usaha pasukan mencapai sasaran emas di sukan asia dan sepuluh terbaik dalam piala dunia.

Revington pula akan kekal berada di malaysia sehingga tamat tender 3 bulan. Dia sentiasa bersedia untuk memberi bantuan idea jika diperlukan.

Semoga berjaya kepada revington. Dan kepada dharma dan juga arul, tahniah atas perlantikan. Semoga hoki malaysia terus maju dan berjaya di peringkat antarabangsa.






Saturday, January 18, 2014

PAHANG JUARA, KEMPEN LIGA M BERMULA


** foto ehsan : arep kulal


"Its like winning la lottery".. Itu soalan pertama terpacul dari mulut aku apabila mendapatkan reaksi pengendali pahang ronald smith merujuk kemenangan pasukan tok gajah menjulang piala sultan haji ahmad shah, seterusnya memungut 3 mata penuh liga dalam perlawanan pembukaan liga m bertemu pasukan dari singapura, lions IX.

"Well.. Yeah yeah.. You have good description", jawapan yang keluar dari mulut ron (nama panggilannya) menjawab pertanyaan aku itu.

Ye lah... Asas Aku lebih merujuk kepada dia yang baru mengemudi pahang, tidak sampai beberapa bulan sudah menggapai piala pertama, tambah lagi 3 mata liga. Walaupun dia lebih suka memberi jawapan selamat...

Bukan itu sahaja.. Sebenarnya ron cukup bertuah. Kerana pengendali sebelum ini, dollah salleh telah membuat acuan secukupnya untuk juara piala malaysia 2013 ini. Kehadiran ron adalah ketika pahang sedang berada di puncak. Jadi dia hanya perlu menambahkan ramuan untuk memperkuatkan lagi pasukan. Manakan tidak, pahang hanya buat 3 kemasukan baru. Seorang dari skuad bawah 21 tahun dan dua import.. Cuma setakat hari perlawanan pertama, hanya pertahanan dari pakistan, zesh rahman yang berfungsi baik, manakala harapan kepada penyerang yang dibawa masuk dari kelantan, dickson nwakame tersekat di minit ke 14 apabila mengalami hamstring dan terpaksa digantikan oleh penyerang tunggal perlawanan, mathias conti. Dan dickson mungkin berehat selama 2 minggu.

Walaupun ada pemain yang boleh diharap keluar pasukan seperti amirulhadi zainal, tapi aku percaya ron boleh membentuk semula pasukan pahang sebagai pasukan digeruni. Tambahan melihat kesungguhan dia ketika mengendalikan latihan, selain watak yang aku percaya disenangi pemain pemainnya. 

Apapun tahniah kepada pahang. Tahniah juga kepada lions XII kerana memberi tentangan sengit sehingga pahang hanya mampu mendapatkan 1 gol sahaja.

Tahniah juga kepada penyerang tunggal perlawanan, mathias conti yang turut menyambut hari lahirnya semalam.

Perlawanan pahang dan lions xII menandakan kempen liga m 2014 dah bermula. All the best semua... Semoga liga malaysia terus meriah..

Wednesday, January 15, 2014

BROGA TRAINING

assalamualaikum...

Salam maulidurrasul.. hari ni offday bg aku. Walaupun cuti am bg rakyat malaysia tetapi orang mcm aku harus mengharap ehsan untuk mendapat cuti rehat pada hari cuti am.. alhamdulillah kesempatan hari cuti ini digunakan untuk beriadah. So arah tuju ialah bukit broga di semenyih.

Kami naik berlima. Aku, junaidi, anak dia haykal, eddy dan m.d.
Sebenarnya ia lebih kepada latihan kerana kami berempat iaitu aku, junaidi, eddy dan m.d. insyaAllah akan mendaki gunung kinabalu pada penghujung mac nanti. Maklumlah first time nak daki kinabalu. Termasuklah aku sekali. Nama je berbinikan orang sabah. kundasang, ranau tu dah selalu sangat naik. Tapi gunung kinabalu ni la baru nak rasa. Tambahan kami berempat dah termasuk dalam kategori pancit maka kenalah trainingkan.

Ok berbalik cerita broga. Kami bertolak dalam jam 5 pagi dari kl. Suasana awal pagi sangat lancar dan kami tiba di broga (semenyih) jam 5.30 pagi. Waktu begini kalau hari cuti memang ramai. Dari jalan raya dah boleh nampak kelip-kelip lampu suluh atas bukit. Mendaki bukit broga tak perlu stamina yang tinggi tapi sangat sesuai dibuat latihan. Ia lebih memerlukan ketekunan, kesabaran dan semangat oleh kerana cabaran yang nampak ringan itu boleh mengubah emosi kita bila bila masa. Tetapi bila sudah sampai diatas nikmat kekuasaan Ilahi sukar digambar dengan kata kata.

Kami sampai di atas lebih kurang 6.40 pagi kira kira sejam pendakian. Kalau tengok kepada jam mahal eddy, broga berada pada paras 300 meter dari aras laut.

Di atas bukit broga tak de apa apa. Baik kedai roti canai, seven eleven mahupun mcdonald. Tapi kepuasan itu boleh melangkaui tahap berjalan jalan di kuala lumpur tanpa arah. So kami ambil masa kira kira sejam setengah di puncak broga. Ambil gambar, tolong ambil gambar orang, cuci mata dan lain lain yang difikirkan boleh mengisi aktiviti atas puncak itu. Oh ya perlu diingatkan bila mula mendaki tandas di broga bersifat terbuka (maknanya x de tandas la tu) so kenalah pandai ambil kesempatan. Sebab tu ramai suka naik waktu gelap. Senang bila membuang pun orang tak nampak. Bila dah terang korek hidung pun sebatu boleh nampak.

Sebenarnya bagi diri aku sendiri bukan sekadar mendaki. Aku juga bawa mesej untuk menyelamatkan sukan berbasikal lebuhraya malaysia yg kini sedang melalui byk kepincangan. Sehelai t.shirt sudah memadai dengan harapan ramai yang membaca, sambil kongsi di laman sosial.

Ok.. Menuruni bukit broga juga memerlukan kekuatan mental. Bukan sahaja curam, tetapi juga berselisih dengan mereka yang nak naik so kene pandai cari ruang. Pastikan kita memaut dan memijak dengan cara betul kalau tidak susah nanti. Ok sampai di bawah dalam 30 minit je kot sebab pace agak laju.

Hasil dari pendakian hari ini masing masing semakin bersemangat untuk mendaki gunung kinabalu dan akan teruskan dengan latihan latihan lain untuk dapatkan stamina yang cukup. Kerana bukan sahaja kinabalu malahan hasrat untuk sampai ke everest base camp telah meniti dibibir masing masing sejak 2 tahun lalu. Jadi kami jadikan ini sebagai loncatan. Tak sampai puncak everest pun tak pe sbb aku sendiri pun takut. Base camp dah memadai.

Rentetan pendakian hari ini juga telah menyebabkan bermulanya pengaliran matawang demi persediaan. Dan hari ini aku dan junaidi tak sengaja memukat sepasang kasut mendaki columbia di sogo. T.kasih juga junaidi kerana ayat power dia membolehkan diskaun yang banyak. Nampak gaya lepas ni banyak lagi keperluan nak kene beli. Tempoh pendakian sebenar pun semakin menghampiri. Excited pulak rasanya.. ok see ya..


Monday, January 13, 2014

ALL GEARED UP FOR MYANMAR PARA GAMES


7th ASEAN PARA GAMES, Naypyitaw,  Myanmar • 14-20 January 2014

NAYPYITAW (Myanmar), 12 Jan – It’s all systems go as flags of all 11 competing nations were raised in a brief ceremony at the Athletes Village at Wunna Theikdi Sports Complex here today.

Ahead of the Games official opening ceremony at the Wunna Theikdi Stadium on Tuesday (14 January), contingents converged in true spirit of Asean solidarity at the Games Village to witness the official flag-raising ceremony.

APSF President Dato Zainal Abu Zarin and the Federation’s Board members attended the brief ceremony which saw the hosting of flags of Brunei, Cambodia, Thailand, Malaysia, Laos, Indonesia, Singapore, Philippines, Vietnam, Timor Leste and Myanmar. 

The Asean Para Games is held every two years after the SEA Games. 

“Despite all the shortcomings and challenges, I’m quite sure that Naypyitaw will be a great host of the Para Games. Various aspects such as in the area of sports, classification, facilities and accessibility has been looked into.. I foresee that it’d be a great Games,” said APSF President Datuk Zainal Abu Zarin.

Myanmar is hosting the Asean Para Games for the first time. The previous editions were held in Kuala Lumpur in 2001 and 2009, Hanoi (2003), Manila, (2005) and Nakhonratchasima,Thailand in 2007 and Solo in Indonesia in 2011.

Asean sports powerhouse Thailand are seeking their 6th consecutive overall crown in in the Games while host Myanmar, will be looking to improve their standings to help boost the profile of para sports in the country.

In the 2011 Solo Games, Thailand reigned supreme amassing 116 gold followed by Indonesia and Malaysia in the overall second and third spots respectively.

Some 1,800 athletes are competing in the Myanmar Games from 14 to 20 January, which will have 12 sports being contested. Sports listed in the six-day Games are archery, athletic, boccia, and chess, Football 5-a-side, Football 7-a-side, Goalball, Powerlifting, Swimming, Table Tennis, Volleyball-Sitting and Wheelchair Basketball.


** sumber: majlis paralimpik malaysia

ZULFAHMI JANJI BANGKIT

**sumber foto: internet

Selepas suram pada musim 2013 apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke 12 keseluruhan berbanding kedudukan ke 7 pada 2012, pelumba moto3 negara zulfahmi khairuddin berazam untuk melupakan kecederaan dtangan yang dialami dan bangkit menebus pada musim ini.

Walaupun jentera belum siap sepenuhnya, dia yang akan berlumba bersama pasukan baru, Ongetta Airasia Honda dengan jentera baru, honda yakin dapat memberi persembahan terbaik seterusnya mencari kedudukan terbaik musim 2014 nanti.

Bercakap mengenai kemungkinan mengubah angin kepada moto2, zulfahmi tampak belum bersedia sehingga benar-benar memperoleh kejayaan dalam moto3. Katanya dia tidak menolak kemungkinan untuk berubah ke cc lebih besar musim 2015 sekiranya musim ini memihak kepadanya.


DERUMAN WSBK BAKAL GEGAR SEPANG

**sumber foto: internet

Ok.. Istimewa buat peminat-peminat sukan permotoran negara.

Malaysia akan mempunyai satu lagi perlumbaan motorsikal bertaraf dunia apabila perlumbaan superbike dunia wsbk bakal menjadikan sepang sebagai salah satu pusingan perlumbaan pada bulan jun nanti.

Menurut ceo SIC datuk razlan razali, persekutuan permotoran dunia FIM pada dasarnya telah bersetuju  menjadikan litar sepang salah satu daripada litar perlumbaan dalam wsbk malahan telah pun memasukkan sepang dalam 'provisional calendar' atau kalendar sementara jadual perlumbaan yang dijangka diadakan pada 8 jun nanti.

Katanya ianya akan sehingga sic mendapat persetujuan terakhir pihak kerajaan kerana melibatkan soal kewangan. Datuk razlan menjangkakan keputusan persetujuan kerajaan mengenai perlumbaan itu diperolehi selewatnya penghujung januari.

Wsbk mempunyai keunikan tersendiri iaitu kuasa jentera sehingga 1000cc. Wsbk juga menggunakan sistem mata seperti motogp. Bermakna ia juga bertaraf antarabangsa.

Menurut datuk razlan lagi wsbk akan menjadi medan peluang kepada pelumba tempatan untuk turut menyertai perlumbaan dunia itu dan menunjukkan bakat berlumba melalui banyak tiket wild card.



Thursday, January 9, 2014

MSN AKAN MINTA PKBM 'DISIASAT'



selepas persatuan kebangsaan berbasikal malaysia PKBM masih mempertahankan tindakan kegagalan mereka atas kegagalan projek berbasikal lebuhraya di temasya sukan sea, mereka nampaknya terus angkuh dengan tidak akan bekerjasama dengan MSN untuk melaksanakan pembangunan basikal lebuhraya. baca link-link di bawah:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PKBMbentukbarisanpelumbasendiri/Article/index_html


mengulas mengenai perkara tersebut, ketua pengarah MSN datuk seri zolkples embong jelas tidak senang dengan tindakan tersebut walaupun akur dengan keputusan PKBM itu. namun beliau dengan nada agak tegas ketika ditemui selepas mesyuarat bersama persatuan sepaktakraw malaysia PSM akan melakukan beberapa langkah drastik yang akan diambil terhadap persatuan itu.

"menteri ada menyebut kita tak ada kuasa untuk paksa kerjasama, but bantuan itu masih daripada kementerian. peruntukan yang itu mungkin boleh kita tengok"

"saya cadang kepada menteri sebelum kita release bantuan ni, mintak dia submit the detail, apa dia dah buat dengan duit yang dibagi dahulu", katanya tegas.

katanya ini membayangkan peruntukan besar yang disalur sebelum ini yang disifatkan tidak mengikut perancangan yang betul.

ini tentunya bakal memberi tamparan hebat kepada PKBM sekiranya ia berlaku. sama-sama kita tunggu episod seterusnya nanti.

PSM, MSN, ISN BERGABUNG, KEMELUT MUNGKIN BERAKHIR






nampaknya kemungkinan besar kita akan dapat melihat semula kebangkitan prestasi sepaktakraw dalam pentas antarabangsa.

Ini kerana selepas begitu banyak alasan berhubung kemerosotan pencapaian skuad sepaktakraw negara dalam arena antarabangsa, persatuan sepaktakraw malaysia PSM akhirnya akur untuk bekerjasama bersama Majlis sukan negara MSN dan institut sukan negara ISN. menandakan MUNGKIN bakal menemui titik penyelesaian. ketiga-tiga badan sukan itu bersetuju untuk bekerjasama menyegarkan kembali program pembangunan sepaktakraw negara hasil persetujuan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pertama untuk tahun 2014 yang diadakan di MSN.

Ketua Pengarah MSN datuk seri zolkples embong berkata melalui kerjasama itu, satu program pembangunan akan dilaksanakan dengan lebih teratur dan tersusun secara tidak langsung dapat melahirkan pemain-pemain yang berkualiti dari semua aspek termasuk sains sukan.

sebagai permulaan, satu pemilihan baru akan diadakan bersempena kejohanan piala presiden 17 hingga 19 januari ini untuk memilih pasukan terbaik yang akan berada dalam program pembangunan tersusun ini. bermakna semua pemain tidak kira pemain elit, kebangsaan mahupun negeri perlu bertanding dan menjadi yang terbaik jika ingin disenarai dalam skuad kebangsaan.

"satu jawatankuasa pemilihan akan dibentuk untuk memilih pemain-pemain yang jumlahnya akan ditentukan kemudian. saya sendiri bersama datuk dr ramlan akan berjumpa dengan panel selepas ini untuk meletakkan kriteria tertentu. maknanya performance sahaja di pertandingan itu belum tentu dapat menjamin pemilihan dalam pasukan. pihak ISN akan beri input yang perlu berdasarkan sains sukan untuk pastikan kita dapat pilih yang terbaik", katanya selepas mesyuarat yang turut dihadiri ketua pengarah ISN, datuk dr ramlan abd aziz selain presiden PSM datuk ahmad ismail.

namun persediaan tersebut lebih tertumpu kepada sasaran sukan sea 2017 setelah perancangan sebelum ini tercacat oleh kerenah dalam PSM sendiri bukannya sukan asia 2014 atau pun sukan sea 2015.

"kita juga bersetuju pasukan elit akan dipindahkan ke bukit jalil. selain daripada suasana penginapan lebih kondusif, makanan lebih baik yang dikawal pakar pemakanan, pada masa sama mudah menerima khidmat sokongan sains dan perubatan sukan di ISN", tambah datuk zol.

sementara itu presiden PSM datuk ahmad ismail menyambut baik pendekatan baru itu. 

"saya rasa kalau semua ini dapat dilaksana, PSM sudah tidak boleh mengeluh lagi. kalau segala yang terbaik diberikan, segala sokongan diberi, tidak ada sebab lagi kenapa PSM tidak boleh sama-sama dengan MSN dan ISN to produce good players dan bring back the result", kata datuk ahmad ismail.

menyebut mengenai peruntukan sebanyak 1 juta setahun, datuk zol berkata semuanya bukanlah untuk persatuan  sebaliknya untuk sukan sepaktakraw keseluruhan. antaranya kos pengurusan pemain dan pasukan termasuk pembayaran elaun, penginapan, makan minum termasuk kos sains sukan. bermakna hanya sebahagian atau nilai-nilai tertentu daripada peruntukan itu disalur kepada persatuan.

menyebut mengenai barisan panel yang akan menganggotai jawatankuasa pemilihan itu nanti, datuk zol berkata ia akan dipilih seberapa segera sebelum kejohanan piala presiden bermula.

"panel selectors ini mestilah somebody yang betul-betul boleh buat penilaian, bukan setakat tengok servis laju, orang tak boleh angkat terus pilih. mungkin ada orang yang servis tak laju tapi berdasarkan kepada penilaian sains sukan dan sebagainya servis can be faster with the right technic. so we need that pakar" katanya.

mesyuarat itu membayangkan keseriusan ketiga-tiga pihak dalam memartabatkan kembali sukan warisan negara itu yang melalui zaman suram dan turun naik lebih-lebih lagi ketika temasya sukan sea di myanmar baru-baru ini.


Tuesday, January 7, 2014

FAM MULA GEMPUR RASUAH BOLASEPAK





nampaknya FAM sudah mula nak gempur besar-besaran rasuah dalam perlawanan bolasepak negara.

hari ini 2 lagi pemain bolasepak kuala lumpur dipanggil mengadap jawatankuasa disiplin, melengkapkan 7 orang yang dipanggil memberi keterangan kesalahan mengatur perlawanan pada saingan liga tahun lalu.

namun, sehingga tamat prosiding selama kira-kira 4 jam itu, jawatankuasa akhirnya menangguhkan keputusan sehingga kesemua baki pasukan dipanggil memberi keterangan.

menurut pengerusinya, datuk taufek razak, ia bagi memberi keadilan kepada semua agar prosiding dapat berlaku lebih adil kepada semua.

"jawatankuasa berpendapat adalah tidak adil untuk buat keputusan terhadap 7 orang tertuduh memandangkan ada kes yang masih belum selesai"

"jawatankuasa tidak mahu dituduh. saya tidak mahu dianggap sebagai tidak adil. soal dulu tu bukan masalah tak adil tapi dia tak menjawab. kita treated everybody fair, ikut prosedur. ikut peraturan dan jawatankuasa akan beri pertimbangan seadil-adilnya", beliau mengulas tindakan j/k disiplin menjatuhkan hukuman gantung seumur hidup terhadap 8 tertuduh sebelum ini yang terdiri daripada 3 pegawai dan 5 pemain sebelum ini.

beliau juga telah mengarahkan jabatan undang-undang mengeluarkan surat pertuduhan terhadap 10 lagi tertuduh terdiri dari 6 pemain dan 4 pegawai.

tindakan terkini FAM membayangkan akan ada lebih banyak lagi siasatan terhadap pasukan lain yang berkait rapat dengan pasukan kuala lumpur atau pun yang mempunyai unsur-unsur kesalahan rasuah dalam permainan.

"kalau nak kaji dari segi fairness, kita terpaksa buat. kita dibawah j/k tatatertib akan bertindak demi kemajuan bolasepak negara".

"kita akan bermula dari sini", katanya mengulas keseriusan FAM membanteras rasuah dalam bolasepak negara.

sehingga keputusan belum dibuat, kesemua tertuduh yang belum dihukum masih layak beraksi dalam saingan bola sepak negara. namun begitu menurut beliau sedikit sebanyak moral tertuduh akan tercalar kerana masih dalam perbicaraan.

beliau juga nyata kesal kerana secara tidak langsung pemain-pemain yang masih muda menempah jalan gelap dalam karier bola sepak.

7 nama yang disiasat ialah azizon abd kadir, benedict martin, syazwan rani, j.mugilan, azwan jatin, s.sivaraj dan amirul ashraf.

SUDAH BERAPA LAMA DIA TERBALIK?






Hahaha... Agaknya memang nak ditakdirkan ada je cerita nak ditulis..

Hari ni aku ke fam... Mesyuarat jawatankuasa tatatertib.. Sedang boring menunggu lepak le kat restoran luar tu... Dalam sedar x sedar ada rakan menegur.. "Eh bendera pahang terbalik"... Baru kami sedar yang dalam banyak bendera di gantung di luar bangunan, bendera pahang dipasang terbalik. Maksudnya atas dibawah, bawah di atas.

Mesti ada yang marah dengan aku lepas ni. Aku minta maaf. Aku rasa aku nak balancekan prinsip dan tindakbalas. Supaya aku tidak leka terbuai oleh keenakan.

Mungkin ada yang menganggap ini sekadar cerita mengarut. Nampak remeh tapi boleh beri kesan mendalam. kalau korang boleh julang bendera malaysia sama juga korang julang dan hormati bendera negeri. So aku harap ada pembetulan lepas ni dan aku rasa memang akan ada pembetulan semula bendera ni.

**Takkanlah bendera pahang dipasang terbalik... tau la baru menang piala malaysia.. kikiki

PSM - ALASAN DEMI ALASAN



selepas alasan demi alasan, terbaru isu makanan di tempat latihan. lepas ni tak tau pula apa alasan yang keluar. aku bukan berniat nak mengacau. tetapi sekadar persoalan yang sering bersarang dalam benak fikiran dari pembacaan-pembacaan berita di dada akhbar. apa sebenarnya yang dimahukan.

sempat berjumpa ketua pengarah majlis sukan negara, datuk seri zolkples embong di pejabatnya, aku lontarkan persoalan ini. ternyata datuk zol pun dah naik muak dengan alasan dan malas nak melayan karenah yang wujud dalam persatuan yang penuh kontroversi ini. bukannya pihak msn tak buat apa-apa. tapi dah bermacam-macam bantuan disalur demi kebaikan sukan sepaktakraw negara. tetapi tetap kesalahan diletakkan atas orang lain dari kegagalan sendiri.

menurut datuk zol mana mungkin sukan warisan negara kita gagal meraih pingat emas. dan logiknya mana mungkin rakyat boleh terima sukan yang menjadi penguasaan kita dahulu sekadar mensasarkan pingat perak atau gangsa. betul juga kata datuk zol kalau begini baik tak payah adakan program latihan sepenuh masa. part time dah cukup. tak payah buang duit. even zaman kegemilangan adnan saidin dulu pun mana ada latihan sepenuh masa, tetapi masih mampu menghadiahkan emas buat malaysia.

bukan itu sahaja, format pertandingan juga beberapa kali diubah mengikut kesesuaian agar ianya tidak menjadi dominasi thailand tetapi juga memberi kelebihan kepada negara lain termasuk malaysia, pun masih juga skuad sepaktakraw negara gagal menuai emas. sepatutnya peluang itu digunakan skuad sepaktakraw negara mencari apa kelebihan yang boleh diperolehi bagi menumpaskan lawan. tetapi masih juga beraksi ibarat menjalani latihan.  

paling memalukan, pingat gangsa berpasukan adalah ibarat atas ihsan apabila tempat ke 4 turut mendapat pingat. bermakna malaysia di kedudukan terakhir dari hanya 4 pasukan bertanding. pun dapat gangsa. kalah dengan thailand, indonesia dan juga tuan rumah myanmar.

jika peruntukan yang menjadi pokok cerita, datuk zol berkata bukan hanya persatuan sepaktakraw yang perlu dijaga, tetapi juga MSN perlu menjaga hampir 50 persatuan sukan melalui peruntukan terhad yang diberi oleh kerajaan. tetapi tidak lah msn mengambil pendekatan sambil lewa apabila msn tetap membayar elaun pemain elit sepaktakraw mengikut kadar sama seperti atlet sukan lain, bukanlah seperti didakwa didalam akhbar apabila pemain sekadar mendapat elaun RM500 untuk cover makan di luar kompleks. 

"latihan pasukan sepaktakraw di keramat itu persatuan sendiri yang mahu. dulu latihan mereka di bukit jalil. bukit jalil tak ada masalah tempat tinggal lebih baik, makan lebih baik kerana di sediakan di kafe yang dimasak oleh pegawai kita. tapi mereka memohon untuk dipindahkan ke keramat dan mereka tahu situasi yang ada di sana, kemudahan yang tidak sama yang terdapat di bukit jalil.

"sebelum ni tidak pernah timbul apa-apa masalah. tapi apabila timbul isu, apabila ramai yang memperkatakan tentang kegagalan dan sebagainya, mereka seolah-olah cuba untuk alih perhatian peminat sukan, rakyat dan sebagainya dengan menimbulkan isu-isu yang lain," katanya.

walaupun kecewa dengan prestasi skuad sepaktakraw, namun ketua pengarah msn itu tetap mengambil pendekatan untuk maju ke hadapan. katanya pertemuan segera akan dilakukan bersama pimpinan PSM bagi mencari jalan penyelesaian terbaik termasuk penambahbaikan yang boleh dilakukan demi kemajuan sepaktakraw negara. tetapi baginya ia perlu dalam bentuk yang ikhlas tanpa agenda-agenda yang lain yang tentu akan menyukarkan perbincangan itu nanti.

datuk zol juga bersedia untuk melaksanakan program mengikut acuan msn sekiranya diminta oleh persatuan dan percaya msn boleh lakukan program yang lebih baik jika diberi peluang. yang ini aku tak boleh nafikan kerana sememangnya program-program pembangunan yang dilakukan oleh msn selama ini banyak memberikan kesan positif kepada sukan negara.

akhir soalan datuk zol sempat menyelitkan bebrapa janji-janji politik sebelum ini yang tidak ditunaikan kerana baginya adalah lebih baik memastikan pembangunan sukan berkesan daripada menabur pelbagai janji yang belum tentu ditunaikan.

keratan akhbar alasan terbaru PSM

alasan dari astro awani
(meluat pulak bila aku tonton sandiwara politik ni, ada ke wartawan yang dipersalahkan)

akhirnya... aku bukanlah atlet... aku bukanlah pemain sepaktakraw... dan aku bukan orang politik.. tapi ini tugas percuma aku untuk menyampaikan agar akan ada perubahan berlaku satu hari nanti tak kira la dari bentuk apa sekali pun. rakyat berhak dapat yang terbaik dari sokongan yang tidak berbelah bagi yang diberikan.

Monday, January 6, 2014

GILIRAN PARA ASEAN MENCIPTA NAMA DI MYANMAR



setelah tamat temasya sukan sea di myanmar bulan lalu, kini giliran atlet kurang upaya untuk mengharumkan nama Malaysia dalam temasya Sukan Para ASEAN di tempat yang sama.

bakal berlangsung dari 14 hingga 20 januari, kontinjen malaysia seramai kira-kira 220 orang termasuk pegawai, akan mengambil bahagian lebih 200 acara dari 326 acara dipertandingkan.

Ketua pengarah MSN, datuk seri zolkples embong berkata kejayaan kontinjen sukan sea mencapai lebih sasaran pingat diharap akan menjadi pendorong dan pembakar semangat buat atlet para asean untuk menempa kejayaan di myanmar.

tambahan ia merupakan platform terbaik untuk pegawai dan jurulatih memilih atlet terbaik di kalangan yang terbaik dalam persediaan menghadapi temasya lebih besar selepas itu iaitu Para ASIA dan Sukan Komanwel EAD.

untuk edisi ke-7 para asean kali ini, MSN mensasarkan pungutan 50 pingat emas dengan lebih 30 daripada dijangka hadir dari acara olahraga.

menurut chef de mission datuk zakaria musa, sasaran itu dianggap realistik dengan track record cemerlang atlet bertanding selain pernah beraksi di temasya lebih besar.

kontinjen para asean kali ini turut dibakar semangat dengan kehadiran 2 jagoan paralimpik iaitu pemenang pingat perak memanah paralimpik london 2012, hasihin sanawi dan juga pemenang pingat gangsa acara lontar peluru di paralimpik london, mohd ziyad zolkefli. ziyad juga masih segar dengan gelaran juara dunia yang diperolehinya tahun lalu di Perancis.

 

bukan itu sahaja, kajian semula hadiah shakam buat atlet para dijangka membakar lagi semangat atlet untuk mencipta kejayaan.

sebanyak rm20,000 bakal diberi kepada atlet yang menggondol emas, hampir serupa dengan nilai yang ditawarkan kepada atlet normal.

kepada atlt-atlet para, selamat maju jaya!

** sukan para ni terlalu dekat dengan jiwaku walaupun aku normal. so touching so inspiring...





Sunday, January 5, 2014

SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT


atas dasar semangat setiakawan, aku paste kan surat terbuka dari seorang sahabat wartawan sukan untuk paparan semua. sekadar mengajak kita menyelami, berfikir, mengkaji, dan mencari solusi...

DISKRIMINASI DAN PENGANIAYAAN BERTERUSAN KE ATAS PELUMBA DALAM ARENA BERBASIKAL MALAYSIA
oleh: Arnaz M.Khairul

Saudara-saudara,

Akhir-akhir ini arena berbasikal negara bergolak lagi di bawah kepimpinan presiden PErsekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Ybhg. Dato' Abu Samah Wahab, memuncak dengan kontroversi malam sebelum acara lebuhraya lepas beramai-ramai lelaki di Sukan Sea Myanmar di mana skuad berbasikal negara mengambil keputusan drastik untuk tidak turun beraksi dalam perlumbaan keesokan harinya kerana perasaan tidak puas hati terhadap pihak pengurusan di bawah En. Amrun Misnoh.
Hanya campurtangan oleh salah seorang dari panel kejurulatihan MSN Terengganu yang bersama rombongan dari negeri itu yang pergi ke Myanmar untuk menyaksikan perlumbaan tersebut dapat memujuk para pelumba untuk berubah fikiran. Perasaan marah begitu membuak hinggakan mereka hanya mahu berlumba jika Amrun tidak berada menguruskan mereka dalam perlumbaan.

Saya tidak mahu berlengah dan menceritakan semula insiden tersebut tetapi yang penting dan harus ditegaskan di sini adalah kes ini umpama sebuah bom jangka yang hanya menunggu masa untuk meletop akibat diskriminasi yang berterusan yang diamalkan oleh pihak PKBM dalam menjaga hal ehwal para pelumba baik dari akar umbi hingga keperingkat elit.

Insiden dari perspektif tindakan PKBM bukanlah suatu insiden yang isolated, tetapi permainan segelintir pemegang jawatan itu telah berlaku banyak kali. Segalanya bermula dari peringkat akar umbi dan bukan saja melibatkan kemarahan 6 orang pelumba kebangsaan di Myanmar itu. PKBM, samada mereka sedar, mahu sedar atau langsung tidak peduli, sudahpun lama mengundang perasaan marah di kalangan majoriti pelumba-pelumba di seluruh negara baik dalam acara lebuhraya, trek atau muntain bike.

Yang nyata juga, para pelumba tidak pernah ada ruang untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, malah sering disenyapkan dengan berbagai helah seperti ugutan penggantungan lesen, tidak terpilih mewakili negara atau program dan sebagainya.

KEHANCURAN DI MYANMAR

Berbalik ke insiden di Myanmar juga, PKBM tidak ada alasan untuk berdalih dan mengatakan mereka perihatin tentang kebajikan pelumba mereka di sana kerana mereka terang-terang telah menunjukkan bahawa itu bukanlah suatu prioriti. Bayangkanlah pelumba-pelumba tiba di Myanmar dan tinggal di kawasan yang berjauhan daripada perkampungan sukan. 

Dalam mana-mana perlumbaan peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi seperti di Sukan Sea di mana Malaysia telah gagal untuk mendapatkan pingat emas dalam acara lebuhraya sejak tahun 2007 sedangkan acara tersebut telah didominasi oleh kita sebelum itu, memang wajiblah kalau pelumba-pelumba disediakan dengan sekurang-kurangnya seorang physio ataupun tukang urut. Tetapi apabila pelumba tiba di sana 5 hari sebelum perlumbaan mereka mendapati khidmat physio tidak disediakan oleh pengurusan di bawah Amrun. Selepas latihan, terpaksa pula mereka mecari teksi dan mengeluarkan belanja sendiri untuk ke perkampungan sukan bagi mendapatkan khidmat urutan dari physio ISN dan kembali ke hotel mereka selepas itu.

Yang lebih menghampakan pelumba ialah apabila dilihat PKBM lebih mementingkan membawa pegawai-pegawai mereka yang tidak perlu tetapi tidak physio untuk membantu proses recovery dan persediaan athlet menghadapi perlumbaan. Wang yang banyak dihabiskan membeli peralatan dan basikal serta untuk membayar gaji pegawai yang meguruskan program pembangunan lebuhraya, akan tetapi apabila tiba ke perlumbaan yang disasarkan, perkara yang mudah dan tidak memakan kos yang tinggi ini diabaikan begitu sahaja. Pelumba nyata hampa dengan attitude yang kurang professional ini.

Beberapa insiden lain berlaku di gelanggang mtb dan sebagainya, berlarutan kepada pemberitahuan kepada pelumba wanita Caroline ak George malam sebelum perlumbaan lepas beramai-ramai wanita yang dia tidak akan berkayuh nyata membuat pelumba kelahiran Sarawak itu menitiskan airmata, akan tetapi tidak ada ruang untuknya bersuara. 

Dan akhirnya malam sebelum perlumbaan lepas beramai-ramai lelaki di mana tercetusnya kontroversi apabila Zamri Saleh diberitahu bahawa dia telah digugurkan untuk digantikan dengan Mohd Rauf Nor Misbah. Zamri adalah pemenang pingat gangsa acara lepas beramai-ramai di Sukan Sea 2009 di Laos, di mana juga tercetus kontroversi yang sama apabila Loh Sea Keong diberitahu yang dia telah digugurkan hanya setelah tiba di Vientiane.

Alasan diberikan oleh wakil pengurusan kepada media adalah Zamri dan juga Adiq Husainie Othman demam dan laporan media yang keluar pada keesokan harinya dibantah dengan keras oleh kedua-dua pelumba itu.
Yang peliknya siasatan pelumba sendiri mendapati pendaftaran untuk acara lebuhraya itu telah awal-awal diubah oleh salah seorang dalam pihak pengurusan apabila pendaftaran dihantar kepada penganjur. Akan tetapi Zamri hanya diberitahu 12 jam sebelum perlumbaan. Ini menimbulkan rasa marah di kalangan pelumba-pelumba, yang rata-ratanya merupakan pelumba professional dan mereka nyata tidak dapat menerima permainan pihak pengurusan ini. Dan ini adalah perkara yang biasa, bukan sekali-dua, malah berkali-kali dilakukan oleh pihak pengurusan yang sama yang telah bertahun-tahun diberi kepercayaan oleh exco PKBM untuk mengendalikan skuad lebuhraya. Pelumba-pelumba nyata sudah fed-up dengan cara kepimpinan begini dan terus bersatu dalam pendirian tidak mahu berlumba.

Kenapa perlu ada permainan sebegini sedangkan keputusan untuk menyenaraikan pelumba-pelumba ini telah diputuskan oleh jawatankuasa pemilihan PKBM atas syor jurulatih Aminudin Sulaiman? Kenapa penggantian ini disorok dari pelumba-pelumba hingga saat akhir dan kenapa perlu ada wayang di mana pelumba tidak diberitahu bahawa dia telah digantikan lebih awal? Bagaimanakah keputusan sebuah jawatankuasa yang membabitkan keseluruhan exco PKBM boleh diubah dengan sesuka-hati oleh pengurusan?

Pengurusan hanya perlu ikhlas dalam menjalankan tugas dan melakukannya demi pelumba-pelumba mereka sendiri. Kalau soal wang menjadi ukuran, pelumba-pelumba professional ini sudah sering dituduh hanya menang perlumbaan yang menawarkan ganjaran besar. Tanggapan itu nyata salah, kerana walaupun PKBM sendiri menawarkan habuan RM20,000 untuk setiap pingat emas dan mereka berpeluang memenangi kedua-dua pingat emas individu dan berpasukan dalam acara road race sejauh 168km itu untuk membawa pulang RM40,000 hanya untuk perlumbaan sehari sahaja, mereka telah menolak peluang itu kerana berpendirian tegas bahawa cara PKBM menguruskan pasukan dan menjaga kebajikan pelumba harus diubah. Akhirnya mereka berlumba juga setelah berjaya dipujuk oleh seorang insan dari Terengganu, berjaya memenangi pingat perak acara berpasukan, tetapi anda sendiri boleh bayangkan tahap mental dan emosi mereka dalam menghadapi perlumbaan tersebut.

BUKAN HANYA DI MYANMAR

Seperti saya katakan tadi, insiden di Myanmar bukanlah insiden yang isolated dan pertama kali dilakukan oleh pegurusan dan kepimpinan PKBM. Cuma di Myanmar itulah bom jangka yang hanya menunggu masa telah meletop.

Perkara yang sama, seperti saya katakan tadi, berlaku di Laos 2009 mengakibatkan seorang pelumba berkaliber seperti Loh sea Keong telah tawar hati untuk mewakili negara selama 4 tahun sehinggalah dipanggil semula untuk Sukan Sea di Myanmar ini. 

Ia berulang di Kejohanan Asia 2012 di mana Anuar Manan digugurkan pada saat akhir, kononnya digantikan oleh Harrif Saleh kerana prestasi. Akan tetapi di kalangan pelumba-pelumba sendiri timbul cerita mengenai seorang anak pegawai atasan PKBM yang diselitkan dalam pasukan didakwa mereka kerana perlu mewakili negara sekurang-kurangnya sekali pada tahun itu untuk mencukupkan syarat bagi mengekalkan biasiswanya. Jika dibandingkan dengan Anuar, memang prestasi pelumba ini jauh sekali malah dalam perlumbaan tempatan pun langsung tidak menyerlah. Timbullah kenyataan dari pihak pengurusan bahawa Anuar digugurkan kerana tidak menyertai kem latihan dan prestasi pelumba anak pegawai itu sebenarnya menyerlah ketika latihan. Insiden ini telah menimbulkan rasa marah yang mendalam di kalangan segelintir penyokong dan peminat hingga timbul pergerakan menyokong Anuar dan membantah ketegaran berpolitik di kalangan pegawai PKBM. Keputusan perlumbaan juga tidak memihak kepada PKBM apabila pelumba pilihan mereka itu gagal menamatkan perlumbaan, manakala Zamri Saleh yang kemudiannya menjadi mangsa mereka pula menghabiskan perlumbaan di tempat ke empat.

Setahun kemudian, di Kejohanan Asia juga, kali ini di New Delhi, PKBM berjaya menggandakan kontroversi mereka dan kembali dengan pakej cerita komedi yang menjadi bualan hangat di kalangan peminat-peminat lumba basikal negara selama berbulan-bulan. 

Siapa boleh lupa insiden lawatan ke Taj Mahal yang mewarnai kunjungan PKBM ke New Delhi. Dunia maya dikecohkan dengan sebuah sisipan twitter oleh bintang trek negara Azizulhasni Awang yang nyata hampa dengan kehilangan pengurus pasukan trek Hj Ibrahim Mustapha dari velodrom pada waktu penyampaian hadiah di mana pelumba remaja Irwandie Lakasek telah berjaya memenangi pingat emas acara scratch race.

Sememangnya timbul kekecohan apabila pihak penganjur tidak menjumpai rakaman lagu Negaraku dan juga Jalur Gemilang ketika waktu penyampaian hadiah. Dan luahan Azizulhasni itu adalah benar kerana Ibrahim tidak ada di situ untuk menyelesaikan masalah. Akhirnya lagu Negaraku dimainkan setelah disambungkan ke PA system di velodrom melalui youtube yang dimainkan dari talipon bimbit salah seorang pegawai MSN. Jalur Gemilang pula dapat dikibarkan kerana dibawa oleh salah seorang jurulatih. Alasan Ibrahim adalah, beliau juga adalah pengurus pasukan para cycling yang mengajaknya pergi melawat Taj Mahal setelah tamat pertandingan mereka.

Sekembali ke Malaysia, Azizulhasni diberi teguran oleh exco PKBM untuk menjaga kesahihan berita yang disebarkannya melalui twitter kerana Negaraku sebenarnya telah dimainkan dan Jalur Gemilang juga dikibarkan. Ibrahim kononnya telah dihadapkan ke lembaga disiplin, akan tetapi tiada keyantaan susulan mengenai tindakan tatatertib, dan kenyataan daripada beberapa exco PKBM pula menampakkan alasannya diterima dan PKBM pula bertegas menyatakan bahawa lagu Negaraku telah dmainkan dan JalurGemilang dikibarkan. Perkara ini telah nyata mewarnai perbualan di kalangan peminat-peminat lumba basikal di seluruh negara yang sudah lali dengan berbagai komedi dan permainan politik yang dihidangkan oleh badan induk itu.
Jika Ibrahim gagah dengan komedinya bersama skuad trek, gandingan Omar Saad dan Amrun Misnoh pula tidak mahu ketinggalan dengan edisi kontroversi mereka sendiri bermula dengan komedi yang memalukan apabila mereka hanya mendapat tahu bahawa Ahmad Fakhrullah Alias dan Nik Mohd Azwan Zulkifle telah melebihi had umur untuk bertanding dalam acara lebuhraya lepas beramai-ramai bawah-23. Para peminat sudah mula bosan dan curahan bukan sahaja kritikan bahkan kutukan melimpah melalui facebook dan twitter. Perihal pendaftaran ini adalah tanggungjawab pengurusan dan takkanlah peraturan untuk kejohanan besar seperti Kejohanan Asia ini tidak diambil berat oleh mereka sampaikan bukan sahaja kedua-dua pelumba ini telah didaftarkan oleh pengurusan, tetapi berlatih dalam kem pusat dan telah dibawa ke New Delhi untuk berlumba. Dalam sukan lain, Malaysia sering menuduh negara lain menurunkan pemain yang kelihatan terlebih umur tetapi di New Delhi Malaysia sendiri telah terkantol cuba memasukkan pelumba terlebih umur dalam perlumbaan bawah-23. Untuk rekod, Adiq Husainie Othman, salah seorang pelumba di Sukan Sea Myanmar, terpaksa berlumba dengan kekurangan dua rakan sepasukan dalam acara bawah-23 itu. Tidak hairanlah kenapa dia turut memainkan peranan dalam bom jangka yang meletop di Myanmar.
Kontroversi di New Delhi tidak berakhir di situ. Oh tidak, takkanlah tak ada pertukaran saat akhir. Pasti ada. Pada waktu itu pelumba remaja wanita Aimi Iwasaki Mohd Moritishi yang menjadi mangsa permainan. Modus operandi yang sama seperti di Myanmar. Jawatankasa pemilihan menetapkan bahawa dia akan berlumba dalam acara ujian masa inidvidu lebuhraya 3 bulan lebih awal. Dan dia pun menjalani latihan pusat yang fokus ke arah Kejohanan Asia. Juga turut terkantol adalah apabila salinan borang pendaftaran telah disebarkan menunjukkan pihak pengurusan telah awal-awal lagi mendaftarkan seorang pelumba lain, tetapi Aimi tidak diberitahu sehinggalah saat akhir dia digantikan dengan seorang pelumba lain. Dia juga telah disuruh jangan mengecohkan perkara tersebut oleh salah seorang pegawai yang mungkin anda boleh agak siapa, yang turut memberitahunya supaya jangan berkata apa-apa jika ada media bertanya.

Malangnya, pihak pengurusan tetap membuat wayang apabila memberikan alasan mereka telah melakukan kesilapan. Pelumba-pelumba dan peminat tidak menerima alasan ini walaupun barisan exco PKBM memanglah menerimanya. Ini adalah kerana di kalangan jurulatih-jurulatih remaja dan pelapis telah lama timbul rasa sangsi terhadap pengurusan lebuhraya PKBM. 

Pasukan trek di Kejohanan Asia itu telah benar-benar atas faktor kecederaan dan sebagainya melakukan pertukaran pelumba pada saat akhir di New Delhi dan ini diterima oleh penganjur apabila pertukaran dipohon waktu mesyuarat pengurus pasukan sebelum kejohanan. Jika pengurusan skuad lebuhraya benar-benar ikhlas telah melakukan kesilapan, ia dapat diubah dalam mesyuarat pengurus pasukan. Peminat-peminat dan pelumba-pelumba lain yang mengikuti perkembangan Kejohanan Asia di New Delhi itu lebih terkejut apabila tiada tindakan ke atas pengurusan yang bertanggungjawab ke atas kesilapan bodoh di New Delhi itu, malah mereka terus diberi kepercayaan untuk membawa skuad ke Myanmar. Jadi adakah insiden di Myanmar itu hanya menanti masa untuk terjadi?

DI MANA PULA BERLAKU DISKRIMINASI?

Para pelumba dan peminat di kala ini sering berjumpa, malah berkayuh dan bersembang bersama dalam ratusan acara-acara berbasikal, baik basikal road atau mtb, mahupun acara-acara kayuhan besar-besaran. Jadi dengan itu maka hubungan dan komunikasi antara mereka adalah rapat, lebih-lebih lagi melalui saluran-saluran sosial seperti Facebook. 

Dengan itu juga komuniti berbasikal memanglah sedia mengetahui segala perkembangan di dalam PKBM. Apabila mereka telah arif tentang apa yang berlaku di dalam PKBM, baik insiden-insiden kontroversi mahupun cerita-cerita megenai pengamalan nepotisme di mana ada cerita bahawa sesetengah anak pegwai atasan PKBM turut mengaut untuk dari persatuan dalam menerima kontrak pembelian supplement dan makanan tambahan, ada pula anaknya yang lain dibayar untuk penyediaan makan sewaktu kem latihan, sewa rumah, kehilangan wang elaun pelumba dan sebagainya, maka cerita-cerita ini cepat tersebar di kalangan komuniti berbasikal. PKBM tidak lagi boleh bersembunyi dengan cara bersenyap dan mengongkong sukan berbasikal di kalangan mereka sahaja. Peminat dan pelumba-pelumba di seluruh negara mulalah mahukan perubahan. Perubahan hanya dapat dilakukan jika peminat atau pelumba itu melibatkan diri dalam persatuan negeri, dari mana perwakilan menentukan pucuk pimpinan PKBM itu sendiri.

Di sini tersebarlah pula cerita-cerita mengenai sekatan keahlian di kalangan persatuan negeri, apabila peminat dan banyak juga insiden di mana bekas-bekas pelumba sendiri tidak diberi keahlian dalam persatuan negeri. Ini bukan cerita yang diada-adakan, tetapi adalah kenyataan. Ramai yang sudah mula bising kerana pegawai-pegawai di peringkat negeri mengongkong persatuan di kalangan kuncu-kuncu mereka sahaja. Maka tidak hairanlah mengapa kebanyakan persatuan negeri dan PKBM sendiri terdiri dari majoriti pegawai-pegawai yang telah bertahun-tahun, malah berdekad-dekad memegang jawatan, contohnya presiden PKBM itu sendiri yang mula menyejukkan kerusi panas itu sejak tahun 1990. Sudah masuk 24 tahun.

Bermacam-macam alasan didengari ataupun kebiasaannya persatuan negeri tidak melayan permintaan untuk borang permohonan keahlian. Memanglah bila ditanya, pegawai-pegawai di peringkat negeri itu sama-sekali menolak dakwaan ini. Akan tetapi bukan satu, dua ataupun 20, mahupun 30 sahaja di seluruh negara yang menyuarakan perkara yang sama. Sudah masuk beratus insiden seperti ini. 

Dalam persatuan negeri pula, ada pula kerenah lain yang menyekat suara pelumba dari didengari.
Modus operandi paling popular di kalangan persatuan negeri ialah meminda perlembagaan supaya pelumba-pelumba tidak mengundi dalam pemilihan jawatankuasa mahupun pucuk pimpinan persatuan. Ini berleluasa. Ada pula kedengaran ahli yang banyak bersuara akhirnya tidak dimaklumkan tentang mesyuarat. Berbagai-bagai cara di mana sukan berbasikal ini dikongkong daripada berkembang.

Diskriminasi terhadap pelumba-pelumba lebih terserlah di peringkat negeri sebenarnya. Di mana ada persatuan negeri yang dahulunya membenarkan para pelumba mungundi untuk menentukan pucuk pimpinan, sudah mula tidak senang dengan suara pelumba-pelumba yang semakin kuat melaungkan perlunya perubahan. Mereka sudah mula meminda perlembagaan persatuan negeri untuk menghalang pelumba dari mendapat hak untuk menentukan hala tuju persatuan mereka. 

Maka dengan itu suara ataupun kemahuan mereka yang sebenarnya aktif menggiatkan sukan ini tidak sama kekuasaannya seperti mereka yang pada penilaian saya ini nampak seperti tidak mahu jawatan mereka (yang sepatutnya atas dasar sukarela ini) tergugat dengar kebanjiran keahlian baru. Jika suara pelumba tidak kedengaran di peringkat negeri, begitu juga suara jurulatih yang melahirkan athlet juga kurang kedengaran. Ini adalah kerana merekalah biasanya orang pertama yang akan bersuara mahukan perubahan apabila kebajikan athlet tidak terjaga ataupun terjamin. Inilah suara-suara yang biasanya akan cepat ditutup oleh pegawai-pegawai yang berkuasa. Malah suara jurulatih yang menyoal kenapa walau sedikitpun bajet tahunan untuk pembangunan lebuhraya PKBM langsung tidak sampai kepada athlet di bawah jagaan mereka juga tidak kedengaran. 

Di sinilah bermula kepincangan dalam pembangunan apabila ada sesetengah persatuan negeri sampaikan tidak peduli jika mereka tiada pelumba sekali pun. Malah ada persatuan yang wujud dengan lebih ramai pemegang jawatan daripada pelumba. Cuba anda lihat sendiri di kalangan persatuan negeri, kebanyakkannya tidak mempunyai barisan pelumba-pelumba senior yang kukuh dan mereka berasa tidak perlu mencari dana untuk memantapkan skuad senior selepas Sukma kerana dana dari kerajaan negeri biasanya hanya setakat sukan dwi tahunan itu. Lagipun, kalau yang dewasa ni mesti dah pandai dan pasti banyak soal. Kan??
Kenapa tiada sedangkan beribu-ribu penggemar berbasikal yang dewasa di seluruh negara begitu aktif menubuhkan kelab-kelab mereka sendiri dan bergiat dalam perlumbaan kecil-kecilan di seluruh negara. Sebabnya saya rasa telahpun dijelaskan di atas. Kebanyakkannya juga sudah arif tentang permainan politik yang berleluasa di kalangan kelompok kecil PKBM serta ahli gabungan mereka. Mereka ini lebih gemar aktif dalam sukan tanpa terlibat dengan permainan politik.

Di sinilah terjawab konspirasi besar yang berleluasa tanpa kita sedari. Jika golongan yang aktif dalam sukan ini dan yang paling penting, athlet itu sendiri tidak berkuasa untuk memilih siapa yang akan memimpin mereka, bukankah itu satu penindasan oleh golongan minoriti ke atas majoriti?

JALAN KELUAR

Di peringkat PKBM sudah tidak ada cara lain melainkan mereka yang terlibat dalam permasalahan dan setelah berjuta-juta ringgit dana saluran kerajaan untuk pembangunan lebuhraya entah ke mana dan hanya membawa kegagalan. Ya, mereka memang berkuasa dan mungkin dapat memutarkan sokongan dari perwakilan negeri untuk terus kekal di jawatan masing-masing buat selamanya. Tetapi tidakkah mereka malu untuk terus duduk di situ setelah memainkan watak-watak utama dalam siri komedi yang tertera di atas?

INI RUMUSAN APA YANG DISUARAKAN MAJORITI PEMINAT DAN PELUMBA: 

Presiden harus undur diri dulu kerana semua ini berlaku di bawah telunjuknya dan dia tidak boleh berkata yang dia tidak tahu apa-apa, malah dia telah melibatkan anaknya sendiri dalam program ini untuk membantunya. Program Pembangunan Lebuhraya PKBM yang diberi dana jutaan ringgit terus dari kerajaan tidak melibatkan keseluruhan majlis PKBM, tetapi hanya menjadi bahan mainan nama-nama yang disebut di atas. Jadi soal pokoknya, mereka telah diberi masa sejak 2007 di mana bermula tajaan kerajaan untuk program lebuhraya dan kebebasan tanpa campurtangan sesiapa untuk membawa kejayaan.Namun mereka tetap gagal.

EXCO PKBM juga harus memandang serius gesaan jurulatih-jurulatih negeri dan pelumba-pelumba senior dan bekas pelumba untuk mengadakan satu forum di mana mereka dapat meluahkan isi hati mereka kepada PKBM dan mereka dapat meluahkan kenapa mereka mahu para pemegang jawatan ini mengundur diri. Ini adalah suara keramat yang harus PKBM dengar sendiri.

Kita tidak perlu takut untuk melakukan perubahan ini kerana anda hanya perlu lihat apa yang terjadi di Sukan Sea Myanmar dan Kejohanan Asia New Delhi tahun 2013 untuk menyedari bahawa segala usaha pembangunan di bawah PKBM berada di tahap kritikal dan memalukan. Jangan babitkan program trek, kerana ia tidak akan terjejas oleh kerana program trek adalah di bawah kelolaan pihak MSN.

Dengan perubahan dalam PKBM, maka di peringkat negeri-negeri perlulah bermula dengan pengamalan konsep yang lebih telus dan terbuka. Sesiapa yang dihalang atau merasakan kemahuannya untuk melibatkan diri dalam persatuan negeri tidak diendahkan, harus menyuarakannya kepada saluran-saluran seperti Bahagian Aduan Pejabat Pesuruhjaya Sukan, media dan sebagainya. Mesti ada usaha dari ramai dan semua mesti berani untuk membawa perubahan ini.

Persatuan-persatuan negeri harus menggandakan usaha untuk menambah keahlian, bukan menyekat. Biarlah sukan berbasikal ini mempunyai lebih ramai ahli-ahli yang aktif bukan dikongkong oleh segelintir dan disimpan untuk dikongsi di kalangan kelompok kecil sahaja. Biarlah kalau kesemua 28 juta rakyat Malaysia ini semuanya ada memegang keahlian dalam persatuan berbasikal negeri. Pemimpin yang dipilih oleh suara ramai, bukankah lebih terserlah kualitinya daripada pemimpin yang dipilih di kalangan kroni-kroninya sendiri sahaja? Tidakkah itu lebih bagus?

Sekian, terima kasih kerana membaca.

LET'S KICK POLITICS OUT OF MALAYSIAN CYCLING.

**arnaz ialah seorang wartawan sukan senior NST dan bergelumang lebih 15 tahun dalam arena sukan negara dengan mempunyai kecintaan sangat mendalam dalam sukan berbasikal dan permotoran.

BUKAN SAHAJA PEMAIN BOLA SEPAK BERTUKAR PASUKAN



**imej di atas sekadar contoh


ok... hari ni aku nak santai je...

seperti mana kita tau kancah bola sepak Liga Malaysia semakin hampir ke permulaan musim baru. sementara musim baru bermula tentunya tingkap perpindahan pemain telah dibuka. of course la kalau pemain pindah randah demi mencari yang lebih baik buat mereka betul tak?

tapi ini korang sedar tak dalam pada itu bukan pemain bola sepak je pindah, pemain-pemain media sukan juga ada bertukar-tukar pasukan (bertukar majikan la tu). jika tahun lepas berlaku perpindahan pemain-pemain media sukan baik media cetak mahupun media elektronik, kabarnya tahun ini juga akan berlaku perpindahan pemain media sukan... hehehe...

dengarnya ada antara nama tersebut memang besar dalam arena sukan negara. ada yang di kenali dan ada juga kurang dikenali. yang pasti semuanya cukup berpengalaman cukup pakar.

aku tak tahu sejauh mana kesahihan sumber ini tapi yang pasti salah satu sumber itu memang sahih. katanya dari tahun lepas lagi urusan perbincangan telah dilakukan. katanya sudah 'close deal'. tunggu masa je nak berlepas.

jika benar itu berlaku aku ucapkan tahniah kepada semua. semoga terus sukses di tempat baru. aku salute sebab berani sahut cabaran. kesimpulan bagi aku ialah industri ini memang kecik je. pusingan dia kat situ juga. inilah istimewanya media sukan negara. sebab tu perlunya kerjasama erat antara mereka. dan setakat ni memang yang aku paham ada satu hati antara semua, hanya segelintir sahaja berlaku sedikit gelinciran. tapi tak pe aku percaya sikit pun tak menjadi kudis jika berlaku.

aku pula? aku rasa setakat ni aku dah selesa dengan keadaan aku sekarang insyaAllah.. akan datang aku tak tahulah.. sbb aku rasa apa yang aku buat sekarang cukup menenangkan aku.. alhamdulillah.. semoga rezeki ku akan bertambah lagi selepas ini demi sebuah survival untuk keluarga dan mereka yang memerlukan..

ok.. sukses semuanya... ciao!

Saturday, January 4, 2014

SIAPA PENGGANTI K.RAJAGOBAL?


selepas kontrak datuk k. rajagobal sebagai ketua jurulatih bola sepak kebangsaan tidak disambung, teka-teki siapa penggantinya bakal terjawab sedikit masa lagi.

aku yang berkesempatan berjumpa naib presiden FAM datuk seri subahan kamal petang tadi dalam majlis menyambut ketibaan piala dunia di subang, sempat bertanya soalan tersebut.

menurut datuk subahan keputusan muktamad siapa yang bakal mengisi posisi jurulatih kebangsaan bakal diketahui dalam seminggu dua lagi sebaik tamat mesyuarat exco FAM.

datuk subahan yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan jurulatih berkata dalam lebih 40 permohonan (ramai juga minat jawatan yang selalu dicaci maki ni), 5 telah disenarai pendek, dalam 5 shortlisted tu 3 daripadanya ialah jurulatih luar negara. even kebanyakan dari lebih 40 permohonan itu adalah dari luar negara.

wow! diorg ni agaknya dah tebal kene maki hamun dengan peminat bola sepak sbb tu diorg tak kisah pun. yang ni aku rasa profesional. yang pasti diorg boleh berkhidmat sebaiknya untuk bola sepak.

ok maknanya 2 daripadanya ialah jurulatih tempatan. siapa ye agaknya? bila ditanya datuk subahan tak mau dedahkan. dia kata keputusan itu hanya akan keluar sebaik mesyuarat exco FAM yang diadakan secepat mungkin. paling lewat sebelum akhir januari. tapi aku boleh agak kemungkinan salah seorang daripadanya ialah jurulatih skuad harimau muda, datuk ong kim swee.

 

kenapa aku agak-agak dia? sbb datuk subahan bercakap buat masa ni kim swee bertindak sebagai caretaker, so sementara keputusan rasmi dibuat dia yang akan melatih, dan menjelajah bagi mencari pemain-pemain terbaik yang akan mengisi slot pemain kebangsaan. datuk subahan pun ada cakap sama ada kim swee akan terus mengendali pasukan semua terjawab selepas mesyuarat itu nanti. so maknanya salah satu senarai pendek tentunya dia. lagi sorang aku tak boleh agak. sukar nak menilai semua jurulatih tempatan malaysia ni. semuanya bagus belaka.

tapi yang pasti salah seorg senarai pendek jurulatih luar dia sebut (sbb hafiz ahmad wartawan utusan ada hint perkara tu dalam temuramah bersama) ialah jurulatih dari perancis, phillippe trousier. yang ni dia terang2 sebut. ini info pencapaian terbaik trousier dari pakcik wikipedia semenjak mengurus pasukan bolasepak dari 1983 -

Troussier coached Japanese national team from 1998 to 2002, winning the 2000 Asian Cup, placing second at the 2001 Confederations Cup and made the round of 16 at the 2002 World Cup. He also coached the Japanese team at the 2000 Summer Olympics in Sydney to a fifth-place finish and 1999 FIFA World Youth Championship runner-up.

 

so no wonder dia boleh shortlist... aku pun agak suprise juga bila tgk info wiki trousier pada 2014 manage malaysia.. hahaha kelakar betul la. ada yang terlalu obses walhal keputusan belum dibuat. cuma kebarangkalian itu mungkin lebih tinggi memandangkan pencapaian terbaik dia selama menjadi pengurus dan jurulatih. semuanya boleh terjadi. sama ada jurulatih tempatan atau luar kita tgk sahaja asalkan sesuatu boleh dilakukan untuk menaikkan kembali pencapaian skuad bola sepak tempatan.
tapi aku percaya, kalau ikut situasi semasa, majoriti peminat bola sepak mahukan jurulatih luar. sbb dah lama kan pasukan dikendalikan jurulatih tempatan so tentunya nak kembali rasa bagaimana sentuhan jurulatih luar.

apapun kita tidak boleh nafikan sumbangan yang datuk k. rajagobal dah bagi sepanjang hampir 10 tahun bersama FAM, 5 dengan skuad junior 5 dengan skuad senior. jangan cepat sangat lupa kerana dia turut berjasa. jika tidak kerana dia belum tentu jenama malaysia kembali meniti di bibir peminat, jika tidak kerana dia belum tentu jersi-jersi malaysia di kaki-kaki lima laris macam pisang goreng sampai jersi tu boleh jadi baju jalan-jalan lagi. jika bukan kerana dia belum tentu stadium bukit jalil dan shah alam penuh walau tak penuh sepenuhnya, at least tak le rongak sangat. dan jika bukan kerana dia belum tentu nilai pemain-pemain ternama malaysia melambong tinggi. so? kita boleh fikir sendiri.

sekarang ni kita tunggu dan lihat sejauh mana keberkesanan bakal pengendali yang akan mengemudi skuad senior nanti. harap2 biarlah menjadi. kalau tak perabih boreh je... ciao!

Langkawi - 1001 macam

 
antara suasana di pantai cenang


Salam... Dah start kembali persekolahan... Maknanya dah sakan lah semua bercuti... Kalo ikut cuti budak sekolah lebih sebulan. Maknanya macam2 tempat dah pergi.. Aku pun x mau lah cerita budak sekolah sebab baru hari pertama. Tapi aku nak cerita perihal cuti sekolah baru2 ni.. Sementelah aku pun baru jugak la seminggu lalu berkesempatan ke pulau lagenda mahsuri so nak cerita la sedikit pemahaman aku pasal pulau bebas cukai ni..

Aku ni nak cerita pasal langkawi ni bukanlah apa, sbb bagi aku langkawi ni dah ibarat rumah kedua aku walaupun aku x de rumah pun disana. Tapi dek kerana kekerapan ke sana sejak lebih 10 tahun lalu (dah kene sumpahan mahsuri kot) jadi sedikit sebanyak aku nak simpulkan tempat yang menjadi pilihan semua golongan rakyat malaysia tanpa sempadan termasuk pilihan warga asing sama ada yg berstatus pelancong asing, pendatang asing mahupun pelajar asing.

Jadi setelah lebih 10 tahun mengkaji tempat ni aku boleh simpulkan beberapa perkara mengikut pemahaman dan kajian serta pengalaman aku:

Kategori pelancong yg melancong
* pengembara, santai atau backpackers
* pelancong berkeluarga
* rombongan / agensi pelancongan
* bekerja sambil melancong (kursus, urusan rasmi etc)
* melancong sambil bekerja
* pelancong bulan madu
* pelancong pelabur

Daripada kategori di atas ada pula pecahan2 kecil yg boleh diandaikan.

* pengembara, santai atau backpackers
Kategori ni adalah kebiasaannya golongan yg datang untuk melepak. Biasanya kalau dari luar malaysia mereka akan tinggal dalam tempoh agak lama melebihi 7 hari / seminggu. Lokasi pilihan biasanya di kawasan pantai lah. Kalo boleh diorg ni nak bilik betul2 tepi pantai. Mereka ni juga adalah dalam kategori budget traveller. Maknanya kalau dari segi penginapan pun paling murah yg boleh dapat contoh dormitory. Tapi kalo ada budget lebih skit (tukaran dollar lebih mahal dari malaysia) mereka akan cari chalet. Sbb biasanya yg dtg dari kategori ni adalah org eropah. Aku tak nampak orang2 asia dalam kategori ni. Kalau ada pun terlalu kecil peratusannya.. Tambahan pak arab diorg mana main stail2 ni.. Dan diorg pun dtg malaysia tak main bawak backpack 40liter 60liter tu. Diorg datang malaysia bawak beg tarik berkilo kilo 3 4 beg. Maklumlah kategori kaya gila.. Tinggal pun hotel mewah. Semua nak selesa.

Ok sambung geng2 mat salleh ni... So sistem perbelanjaan diorg pun sgt minima.. Kalo di langkawi port paling baik ialah di pantai cenang. Lagipun situ je yg paling membangun di langkawi. Jadinya bila diorg kat pantai cenang keje diorg berjemur, baca buku. Malam melepak minum dll.. Biasanya mmg diorg dtg utk melepak dan berhibur itu je. Toksah harap la nak tgk diorg bbelanja sakan. Sbb diorg pun malas nak memberatkan beg diorg. Paling2 pun diorg sewa moto ronda pulau.


* pelancong berkeluarga
Haa yg ni lagi byk kategori.. Ada yg dtg semata-mata nak rasa pergi langkawi, ada yg dtg nak melepak bersama keluarga di pantai, ada yg dtg semata-mata nak bershopping dan ada yg dtg sbb nakkan percutian 'all in'.. Mksudnya semua ada. Dari pantai, makan, lepak, shopping, kompleks dll. Kategori ni biasanya tahap perbelanjaan diorg susah dikawal walaupun diorg cuba mengawalnya.. Nanti aku cerita bab lain pasal perbelanjaan dilangkawi. Sbb kalo dtg keluarga sah sah kene sewa kereta, bilik pun kene lebih, belanja makan minum kene lebih, itu belum termasuk kalo dah terjebak dalam port periuk kuali dan coklat. Biasanya kalo famili yg datang memang nak melepak dan berjalan diorg akan duduk lama skit contoh 3 atau 4 malam. Tapi kalo yg jenis dalam fikiran kuali dan coklat biasanya diorg akan tinggal 2 malam je sbb peruntukan banyak pergi ke shopping hehehe.. Aku? Biasanya suka lepak dan jalan2 je.. Tapi balik tak banyak skit coklat mesti bawak balik. Periuk kuali? Selama aku berkeluarga belum lagi aku beli bawak balik kl. Tak minat...

* Rombongan / agensi pelancongan
Ok yg ni simple je... Biasanya mind set yg datang rombongan ni ialah periuk kuali dgn coklat je. So diorg x kisah pun tinggal kat mana dalam langkawi ni... Yg jauh dari pekan kuah pun ada. So biasanya jadual perjalanan bas rombongan ni paling basic ialah tempat2 lagenda atau bersejarah. Tapi tempat2 ni kejap je pun. Biasa tempat2 yg lama ialah tempat2 tumpuan ramai. Kalo kat langkawi setakat pengamatan aku 2 tempat je pun. Underwater world dan cable car. Tempat2 yg bas rombongan biasa tinggalkan lama skit ialah tempat2 beli belah. Contoh coklat, periuk kuali, minyak gamat. Minyak gamat pun dah kurang sbb pengilang dah eksport keluar.. Agensi pelancong ni pun bijak gak. Diorg tgk ahli rombongan, dari mana, tahap sosial dll.. Kalau kata rombongan tu dari luar malaysia, haa ni diorg akan ada tambahan tempat mcm pusat2 kraf, batik2, hasil seni dll.. Selain boleh perkenalkan hasil seni org malaysia, pemandu pelancong pun ada la extra income skit.. Ok aku bocor rahsia... Setiap tempat driver bas / coach bawak, ada percentage untuk diorg hasil dari sales keseluruhan rombongan itu. Ini perkara biasa dalam sistem marketing dan business. Sistem sama digunakan untuk pemandu teksi pulau yg bawak pelancong harian ke tempat2 tertentu yg ada bual beli.


*bekerja sambil melancong
mereka ni biasanya dari kumpulan yang ada urusan di langkawi. tetapi majoriti ialah peserta kursus. lebih2 lagi jabatan kerajaan suka sangat buat kursus di langkawi selain sabah sarawak. so yang pergi kursus akan ambil kesempatan terutama bila di akhir kursus untuk beli belah sebelum balik. biasanya coklat la. kategori ni x berjalan sangat pun. kursus dan akhirnya ada renggang sehari diorg akan shopping. kadang2 abis waktu sblh petang pun sempat la jalan sekejap2 di pekan kuah. sbb biasanya kursus memang akan diadakan di hotel2 di sekitar kuah. ada juga diantara peserta kursus ni mengular masa kursus. jalan jauh2 skit. biasa la ambil kesempatan. cuma apa aku tgk org yg pergi kursus ni jarang bawa duit yg banyak so belanja mereka pun ala kadar je. 

*melancong sambil bekerja
haa yg ni pun kategori sambil menyelam minum air.. ada yg nak lepak lama skit di langkawi, so diorg cari la keje sampingan buat isi poket.. biasanya duit tempat tinggal memang cukup2 so nak extra la katakan.. ada yg terlebih bijak cari kawan di langkawi, so boleh la share duit tempat tinggal... ada yg lagi bijak (yg ni aku maksudkan org luar malaysia) cari pasangan sementara di langkawi. tolong itu ini.. biasa pasangan tempatan itu orang2 beniaga kecil-kecilan atau sederhana sehingga besar-besaran. jadi pelancong luar ni dah save banyak... korang jgn marah atau fikir lain... tak percaya? sila buat kajian mendalam hehehe... sbb tu ada rakyat tempatan yg berbinikan orang jepun, orang eropah dll... yang berlakikan org luar pun ada tapi aku rasa terlalu sedikit... byknya yang berbinikan org luar...


*pelancong bulan madu
yang ni biasalah... honeymoon... datang nak bercintan cintun... jalan sana sini ikut budget, shopping pun ala kadar... yang penting honeymoon... jenis ni suka privacy skit... biasanya yg honeymoon datang langkawi sangat jarang... so diorg akan pilih privacy dan ada la skit2 yang mendatangkan kasih sayang macam jalan pulau, jalan2 naik kereta dan macam2 lah... yang ni kurang skit shopping sbb hadiah kawin pun dah banyak. so sekadar beli coklat, ole-ole buat ibu bapa adik beradik...

*pelancong pelabur
yang ni biasa bukan datang sekali, memang datang byk kali lah. terutama bila ada buat pelaburan di langkawi. datang tgk market, kot ada yg boleh ditambah atau dikurang. sambil2 mengukuhkan kedudukan sebagai salah seorang warga langkawi secara tidak langsung. ada juga yg belum jadi pelabur, tapi sering datang utk tengok potensi pelaburan menarik.. aku mungkin boleh dalam kategori ni kot... sbb setiap kali aku dtg terutama 5 tahun kebelakang aku sentiasa fikir apa yang aku boleh sumbang yang beri keuntungan kepada aku. insyaAllah aku dah nampak... dan aku akan pastikan ia jadi kenyataan sedikit masa lagi.. cuma nak cari masa dan kedudukan yang sesuai... sbb biasalah bila dalam jarak jauh banyak kene fikir dan rancang. tak boleh langgar semacam...


 



jadi inilah sedikit sebanyak pemahaman aku pasal langkawi ni... kesimpulannya kalo ikut dulu dan kini la kan, aku berani bet org datang langkawi kini terutama pelancong domestik ialah atas tujuan periuk kuali dan paling utama coklat. dan kalo ikut tempat lawatan, tempat bersejarah dan lagenda bukan lagi satu keutamaan. paling utama ialah nak pergi cable car dan under waterworld. dari keseluruhan pulau langkawi hanya 2 kawasan pilihan utama iaitu KUAH dan PANTAI CENANG. kuah biasanya pelancong domestik sbb byk tempat shopping. disini mereka biasa akan menginap. manakala pantai cenang ramai pelancong asing. sbb lebih ke arah hiburan, lepak, santai. kalau korang pernah pergi langkawi korang akan tahu mana tempat masuk harga mahal, mana tempat murah, mana tempat ramai orang mana tempat x de orang datang. so itu sahaja dah boleh menceritakan langkawi itu sendiri.


sebenarnya ada lagi satu kategori iaitu pelancong kaya raya... yg ni tak payah cerita lah sebab memang dah kaya kan. so diorg boleh pegi mana diorg suka... hehehe

ok nanti aku sambung lagi pasal langkawi... ciao!