Showing posts with label motogp. Show all posts
Showing posts with label motogp. Show all posts
Wednesday, September 2, 2015
ZULFAHMI BERALIH KE MOTO2
Pelumba moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin memberi bayangan jelas bahawa dia bakal beralih ke saingan moto2 dalam kempen motogp musim depan, apatah lagi setelah bos SIC, Datuk Razlan Razali mengulangi pendirian bahawa kontrak zulfahmi bersama pasukan Drive M7 SIC Racing hanya sehingga tahun ini sahaja.
Menurut Zulfahmi dia telah pun mengadakan beberapa pertemuan dengan pasukan yang bersaing dalam moto2 dan menjangkakan bakal beraksi bersama pasukan tempatan.
Setakat ini terdapat 3 pasukan Malaysia beraksi dalam perlumbaan moto2 iaitu JP Moto Racing, Petronas Raceline Malaysia dan Petronas AHM Malaysia.
Zulfahmi ketika ditemui pada pelancaran Shell Malaysia MotoGP semalam berkata sangat kecewa dengan persembahan tak menentu pada musim moto3 kali ini.
"saya akui KTM pada tahun ini agak struggle sikit terutama di trek yang mempunyai corner high speed so dengan saya yang agak sensitif dengan set up motorsikal memang sangat susah untuk pergi laju di corner laju,"
Sehingga pusingan ke 12 dari 18 pusingan musim ini, dia baru memungut 4 mata dari dua perlumbaan, kedua-duanya berkedudukan ke 14.
Berbanding rakan sepasukan, Jakub Kornfeil, telah pun memungut 46 mata dan mendapat kedudukan podium tempat kedua dalam perlumbaan di Great Britain minggu lalu.
Datuk Razlan selepas majlis pelancaran perlumbaan pusingan ke 17 berharap Zulfahmi dapat memperbaiki persembahannya untuk meyakinkan pasukan lain untuk mengambilnya musim depan.
"saya berharap jika dia mengekalkan prestasi dia pada baki 6 perlumbaan, mungkin dapat offer dari team lain walaupun dari team moto3 atau moto2. saya harap dia boleh perform," katanya.
Zulfahmi pula tidak berkecil hati dengan majikannya itu yang telah menjaga dia sejak awal kariernya dalam motogp kira-kira 6 tahun lalu.
"saya bekerjasama dengan SIC selama karier saya so turun naik saya masih lagi bersama SIC so saya rasa SCI adalah company yang sangat penting dalam karier saya," katanya.
Sepanjang karier dalam motogp selama kira-kira 6 tahun, pencapaian terbaik Zulfahmi adalah pada tahun 2012 apabila berkedudukan ke 7 keseluruhan dengan memungut 128 mata.
Monday, January 13, 2014
ZULFAHMI JANJI BANGKIT
Selepas suram pada musim 2013 apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke 12 keseluruhan berbanding kedudukan ke 7 pada 2012, pelumba moto3 negara zulfahmi khairuddin berazam untuk melupakan kecederaan dtangan yang dialami dan bangkit menebus pada musim ini.
Walaupun jentera belum siap sepenuhnya, dia yang akan berlumba bersama pasukan baru, Ongetta Airasia Honda dengan jentera baru, honda yakin dapat memberi persembahan terbaik seterusnya mencari kedudukan terbaik musim 2014 nanti.
Bercakap mengenai kemungkinan mengubah angin kepada moto2, zulfahmi tampak belum bersedia sehingga benar-benar memperoleh kejayaan dalam moto3. Katanya dia tidak menolak kemungkinan untuk berubah ke cc lebih besar musim 2015 sekiranya musim ini memihak kepadanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)