Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53!!!

saya sebagai rakyat malaysia yang berbangga menjadi warga di sebuah negara yang berdaulat ini ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53 kepada semua pengunjung2 blog dan semua rakyat malaysia tidak kira dimana jua anda berada hatta di kutub utara sekali pun... (kecuali yang dah tak de laaa...)

semoga kita dapat menghayati sepenuhnya erti kemerdekaan sedalam-dalamnya. janganlah biarkan negara kita tercinta ini di hina, di kutuk, di caci oleh anasir-anasir yang bencikannya dan yang penting janganlah biarkan negara kita tergadai oleh perbuatan-perbuatan rakyat yang terlalu mementingkan diri dan mempunyai agenda tersembunyi....

tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada adik perempuan saya yang lahir pada tarikh keramat ini...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sunday, August 29, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA SAM


persatuan penulis-penulis sukan malaysia SAM dengan kerjasama kementerian belia dan sukan KBS akan menganjurkan majlis berbuka puasa pada 1 september ini (rabu) bertempat di Hotel Hilton KL Sentral.

sehubungan itu semua editor / pengarang / wartawan sukan terutamanya ahli-ahli SAM dijemput hadir memeriahkan majlis itu yang turut dihadiri menteri belia dan sukan datuk ahmad shabery cheek yang banyak membantu melancarkan lagi perjalanan SAM selama ini.

majlis bermula pada pukul 6 petang.

AL-FATIHAH ISA BAKAR

pemain yang boleh dianggap hebat di zaman 70an terutamanya... saya tidak lah berapa kenal dengan lagenda ini kerana pemain ini agak kurang popularitinya walaupun nama dia juga sering disebut2 pemain seangkatan dengannya.

cerita mengenai lagenda ini boleh di baca sini

Allahyarham isa bakar, menghembuskan nafas terakhir apabila mengalami batuk berdarah yang teruk.

pernah dulu saya membuat cerita mengenai pemain-pemain lagenda negara tetapi percubaan saya untuk menjejak pemain ini tidak berjaya walaupun saya sudah sampai ke pulau pinang akibat tiada nombor hubungan dan kekangan masa.

saya hanya berjaya menjejak mohd bakar dan shukor salleh yang sedia dikenali kerana masih bergiat aktif dalam bolasepak manakala v.krishnasamy pula saya perolehi menerusi bantuan yakeb dan beberapa pemain lagenda lain.

Al-fatihah untuk Allahyarham dan takziah buat keluarganya atas pemergian pemain hebat ini.

nota mudah dari saya: "kepada mereka-mereka yang berkaitan".... sentiasalah mengambil tahu hal-hal pemain yang pernah berjasa kepada negara kita satu ketika dahulu walau sebesar kuman jasa mereka kerana mereka lah yang telah mencipta kebangkitan bolasepak buat malaysia.

kerana ada diantara mereka kini terbiar tanpa kebajikan walau pernah satu ketika dahulu menggamatkan stadium dengan kejayaan demi kejayaan sehingga dikenali pada eranya...

tidak salah kalau kita sendiri pergi menghadap mereka ini walaupun mereka bukanlah datuk atau ahli yang berhormat. kerana dengan keadaan kesihatan yang semakin tidak mengizinkan di tambah dengan keadaan kehidupan yang tidak semewah mana, menghadkan pergerakan mereka untuk ke sesuatu tempat atau majlis.

mereka pernah mengeluh ... tetapi siapa yang mendengar... x kan nak jadi sepeti pepatah 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'? kalau boleh biarlah sebelum mati nama mereka sentiasa meniti di bibir rakyat malaysia... anggaplah mereka ini sebahagian dari maksud merdeka kepada malaysia.

kenapa???? KERANA MEREKA SEMUA ADALAH 'LAGENDA' NEGARA... jika kita faham apa maksud LAGENDA dengan sebenar-benarnya, maka kita akan sepenuhnya menghargai mereka...

Thursday, August 26, 2010

ANUGERAH WANITA DAN SUKAN MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA (MOM)

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melalui Jawatankuasa Wanita dan Sukan telah mewujudkan anugerah yang dinamakan “Anugerah Wanita dan Sukan”. Anugerah ini diadakan setiap tahun untuk menghargai dan mengiktiraf individu atau organisasi yang telah banyak membantu membangun, mempromosi serta mempertingkatkan perasan Wanita dalam Sukan di Malaysia.
Pada masa yang sama, MOM juga akan menyampaikan “Anugerah Wanita dan Sukan untuk Media” kepada wartawan yang telah banyak membantu mempromosikan peranan Wanita dalam sukan melalui media.

Oleh yang demikian, MOM telah memohon SAM untuk mencalonkan beberapa nama individu yang layak untuk dipertimbangkan bagi anugerah tersebut mengikut kriteria-kriteria yang ditelah ditetapkan.

Pihak Persatuan amat mengalu-alukan jika sekiranya ada di antara ahli-ahli yang ingin mencadangkan individu-individu yang difikirkan layak untuk anugerah yang tersebut. Sila hubungi pejabat di talian 03-2078 0985 untuk mendapatkan borang pencalonan.


Pencalonan
3.1 Pencalonan hendaklah diisi dalam borang yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Wanita dan Sukan Majlis Olimpik Malaysia, dan boleh dibuat oleh mana-mana berikut dibawah :-

(i) mana-mana sekolah, kolej, universiti atau mana-mana institusi pendidikan awam atau persendirian;

(ii) mana-mana kelab atau organisasi berdaftar; atau

(iii) lain-lain individu atau badan korporat atau organisasi persendirian atau awam

3.2 Pencalonan hendaklah dibuat dengan persetujuan calon, dan hendaklah disertakan bersamap-sama biodata peribadi atau keterangan ringkas calon bagi menyokong pencalonan, bersama dengan sijil dan dokumen tentang pencapaian serta sumbangan yang diberikan oleh calon beserta dengan dua (2) keping gambar calon berukuran 2” x 2”.

3.3 Semua pencalonan hendaklah sampai ke Urusetia MOM selewat-lewatnya sebelum 30 Ogos 2010.


Kriteria Pemilihan

4.1. (i) terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan atau sukan berkaitan untuk sekurang-kurangnya lima (5) tahun berterusan iaitu lima tahun terdahulu sebelum anugerah (2010), semasa dan termasuk tahun penganugerahan tersebut; DAN

4.1. (ii) menunjukkan pencapaian dan sumbangan yang bermakna terhadap kemajuan wanita dalam mana-mana aktiviti sukan atau sukan berkaitan di dalam Negara; ATAU

4.1. (iii) telah memberi sumbangan masa dan tenaga yang sangat bermakna ke arah mempromosi, pembangunan dan kemajuan wanita dalam mana-mana aktiviti sukan atau sukan yang berkaitan di dalam negeri, melalui kepimpinan dan atau pentadbiran.

Friday, August 13, 2010

SALAM RAMADHAN 1431H / 2010H

(klik untuk besarkan)

rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua pelawat dan muslimin muslimat sekelian alam... semoga kita mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

Saturday, August 7, 2010

SAINGAN PIALA MALAYSIA BAKAL BERMULA


undian piala malaysia yang akan mula aksinya pada 14 september depan menyaksikan juara bertahan negeri sembilan bakal melalui persaingan sengit peringkat kumpulan apabila diundi dalam kumpulan a bersama kelantan, kl plus, dan selangor pkns. kelantan pula perlu menguasai kumpulan A jika mahu mengelak bertemu musuh ketat selangor di suku akhir.

selangor mungkin bertuah kerana diundi dalam kumpulan yang agak mudah iaitu t-team, perlis dan felda utd. namun mereka tidak boleh pandang ringan lawan dalam kumpulan terutama felda utd yang juga juara liga premier musim ini.

jika selangor dan kelantan ingin berjumpa dalam final, mereka perlu pastikan tidak bertemu di suku akhir disamping menang perlawanan sehingga separuh akhir.

pasukan yang bertanding dalam piala malaysia mengandungi 12 pasukan teratas dari liga super dan 4 pasukan teratas liga premier.

kumpulan A
kelantan
negeri sembilan
kl plus
selangor pkns

kumpulan B
terengganu
pahang
kuala lumpur
sabah

kumpulan C
johor fc
kedah
perak
atm

kumpulan D
selangor
t-team
perlis
felda united

suku akhir
i. A1 lawan D2
ii. B1 lawan C2
iii. C1 lawan B2
iv. D1 lawan A2

separuh akhir
pemenang (i) lawan pemenang (iii)
pemenang (ii) lawan pemenang (iv)

perlawanan suku akhir dan separuh akhir diadakan secara timbal balik.

APA JADI DENGAN SNUKER?

ini lagi satu hal yang saya baru terima dari sumber-sumber rapat.

difahamkan skuad snuker negara akan bertanding pada sukan asia nanti tapi masalahnya DAH SETAHUN LEBIH TAK TRAINING di msn sampaikan dewan tempat berlatih pun di kunci.

apa dah jadi dengan skuad snuker negara ni? apa yang saya dapat tahu diorang ni pun ibarat dah berpecah. sorang ke sana sorang ke sini... padahal masing-masing mempunyai potensi yang besar untuk negara. pulak tu pemain-pemain muda yang berpotensi ni dah merapu tak tentu hala dah. ada yang dah keje salesgirl dan ada juga yang jadi penunggu kat rumah. elaun pun katanya dah lama diputuskan.

menurut sumber rapat itu ia berlaku selepas sahaja tamat sukan sea laos. masing-masing buat hal sendiri. kot ada yang training tu pun bukannya training, ibarat suka-suka main snuker. logiknya takkan la geng-geng ni nak training kat kedai ah chong atau kedai ah seng... dah tentu kalau ke pusat-pusat snooker ni main pun suka-suka. bukankah cara ni tidak teratur?

macam mana nak berikan saingan di peringkat antarabangsa kalau dalam negara pun dah menunjukkan budaya sebegini rupa? nanti kot pergi sukan asia pun ibarat menghabiskan duit je... kalau x pergi tak pe gak... tapi kalau x pergi pun masih kena berlatih juga sebab setiap kali sukan sea snuker mesti hantar pemain. takkan bila dah dekat hari kejohanan baru nak buat latihan pusat?

persekutuan snuker dan billiard perlu berbuat sesuatu. jangan sekadar lepas tangan dan hanya mencukupkan kuota untuk ke satu-satu kejohanan. walaupun ianya bukanlah antara sukan teras negara tetapi setidak-tidaknya ia juga mampu menyumbangkan pingat untuk negara seperti yang pernah dilakukan satu ketika dulu.

kalau betullah apa yang saya dengar ni, persekutuan snuker dan billiard negara kena fikir balik kalau nak hantar pemain ke sukan asia. masa pun dah terlambat.. jangan buang duit lah...

Thursday, August 5, 2010

MALGA PENTINGKAN DIRI?


kejohanan golf amatur wanita terbuka malaysia baru menutup tirai hari ini dengan empat kedudukan teratas didominasi pemain muda malaysia.

namun dari sumber rapat persatuan golf malaysia MGA, MALGA dikatakan banyak mementingkan diri dengan tidak memaklumkan atau duduk berbincang dengan kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan terutama membabitkan kejohanan besar walaupun ianya dikatakan bernaung dibawah MGA.

ia sedikit sebanyak menyukarkan MGA sebagai payung semua persatuan golf di malaysia. sementelah MGA bernaung di bawah persatuan golf dunia yang turut menjejaskan kredibilitnya sebagai badan yang menguruskan hal ehwal golf dalam negara.

difahamkan MALGA telah dipanggil untuk berbincang mengenai kejohanan golf amatur wanita MLAO tetapi MALGA dikatakan beberapa kali tidak hadir berjumpa MGA.

bukan itu sahaja, diberitakan juga bahawa bekas-bekas ahli MALGA yang keluar dari persatuan itu mendakwa MALGA kurang atau tidak menjaga kebajikan ahli-ahlinya selain kekurangan aktiviti-aktiviti yang melibatkan ahli.

menurut sumber rapat itu lagi setiap persatuan atau penganjur yang ingin menganjurkan sebarang kejohanan golf perlu memaklumkan kepada MGA.

antara perkara yang menjadi persoalan pihak MGA ialah penganjuran kejohanan golf amatur wanita terbuka malaysia. ini kerana MGA turut menganjurkan kejohanan golf terbuka amatur malaysia yang mana turut dipertandingkan kategori wanita.

mungkin MALGA ada sebab tersendiri atas semua masalah-masalah yang terjadi antara mereka. tapi kita cuma berharap agar perjalanan pemain-pemain golf muda dapat diteruskan terutama jika merasakan pemain itu mempunyai potensi besar dibawa ke kejohanan lebih tinggi.

masalahnya bukankah jika pemain itu ingin bertanding ke luar negara atau mewakili negara ke kejohanan besar perlu melalui MGA?

Sunday, August 1, 2010

SELANGOR JUARA LAGI!


selangor berjaya mempertahankan mahkota liga super setelah menewaskan terenggnu 2-0 semalam. gol2 selangor dijaringkan amirulhadi zainal dan juga safiq rahim.

walaupun selangor masih berbaki 1 perlawanan liga, ternyata piala liga milik mereka setelah berkelebihan 5 mata dari pasukan kelantan yang mengekori di tempat kedua.
selepas ini selangor akan bertandang ke alor setar untuk perlawanan terakhir mereka menentang kedah 3 ogos nanti.
tempat kedua dan ketiga kekal milik kelantan dan terengganu yang mempunyai perbezaan mata banyak antara pesaing terdekat.

namun perebutan tempat ke 4 dan ke 5 menjadi perebutan antara negeri sembilan, johor fc dengan johor fc berkelebihan 2 mata.

johor fc akan bertandang ke kuantan bertemu pahang pada 3 ogos manakala negeri sembilan akan bertemu perlis di kangar.

apapun tahniah kepada selangor yang mengekalkan kejuaraan liga super untuk tahun ini.

( gambar ihsan faselangor.com)

SEPERTI YANG TELAH DIJANGKA

pemilihan dua jawatan tertinggi jawatankuasa eksekutif baru FAM selepas presiden seperti dijangka berpihak kepada tengku abdullah sultan ahmad shah dan tan sri annuar musa. dan seperti yang saya jangkakan populariti menjadi pilihan pengundi / wakil badan gabungan. itulah yang dikatakan pukulan orang-orang media. mereka berdua juga bagi saya berjaya melalui fasa yang mana boleh mempengaruhi peminat-peminat bolasepak yang sentiasa dahagakan kejayaan dan kejutan.

saya percaya kebanyakan peminat bolasepak tiada bantahan atas pemilihan ini sementelah mereka berdua mempunyai latar belakang yang berwarna-warni serta agak menarik perhatian ramai.

tengku abdullah bagi saya memang pilihan utama tambahan kapasiti baginda sebagai tengku mahkota pahang iaitu pewaris takhta. mungkin baginda tidak beranggapan begitu tetapi logiknya pengundi akan memilih sebab yang sebegitu. selain itu baginda juga pernah memegang jawatan sama satu ketika dahulu sebelum meletak jawatan pada 2007 sebagai rasa tanggungjawab atas persembahan buruk skuad bolasepak negara pada waktu itu. jadi apabila baginda membuat 'comeback' wakil gabungan tanpa prejudis memilih baginda kerana yakin baginda mungkin boleh membawa perubahan selepas ini seperti mana yang dilakukannya kepada skuad hoki negara.

tan sri annuar musa pula apa yang saya tahu bekas menteri belia dan sukan, ahli politik dan terkini sebagai presiden kafa. mungkin kurang menyerlah ketika berada dalam kabinet dan sebagai ahli politik tetapi apabila beliau berjaya membangkitkan semangat red warriors sehingga digeruni pasukan lain, ia sedikit sebanyak mewujudkan fenomena kepada perwakilan apa ramuan beliau boleh beri untuk menjadikan skuad malaysia seperti pasukan kelantan. mungkin agak sukar kalau nak ikut seperti kelantan kerana penyokong mereka setia, sentiasa ada di mana2, kalau kat kota bharu atau stadium di k.terengganu, memang mereka akan mengisi setiap ruang stadium yang ada. tetapi yang penting idea yang boleh beliau beri untuk pasukan negara, dan juga 'manifesto'nya yang dikatakan tempoh hari.

mungkin keduanya mempunyai idea atau agenda tersendiri untuk bolasepak negara, tetapi rasanya kalau digabung dan dikisar sehingga sebati, mungkin boleh mendapatkan hasil yang lebih baik.

bagi jawatan naib presiden pula dua daripadanya mungkin boleh dijangka. seperti penyandang datuk afandi hamzah. sebab selain beliau dan datuk hamidin, yang lain kurang popular. beliau juga agak merendah diri dan dianggap seperti underdog. publisiti pun kurang. mungkin beliau dah ada track record sebelum ini semasa memegang satu jawatankuasa dalam FAM, 'kempen'nya pun mudah, kerana tidak berada dalam jawatankuasa yang popular, jadi beliau kurang dikenali. lagipun saya tengok beliau kurang dengan gosip dalam media. dikira sebagai calon bersih la ni.

datuk hamidin pula memang tak perlu diperkenalkan lagi. beliau memang dah ada dalam council sebelum ini. cuma kali ini kira upgrade la. selain setiausaha agung FAS, beliau juga sebagai pengerusi jawatankuasa futsal dan pengurus pasukan futsal kebangsaan. kira popular la sebab selalu dapat publisiti. selangor pun memang pasukan hebat dalam liga.

cuma peminat bolasepak mungkin akan tertanya-tanya lagi dua calon yang menang iaitu datuk subahan kamal dan datuk seri abdullah hishan. datuk subahan hanya dikenali menerusi pentas politik. sebagai adun templer dan pengerusi salah satu biro dalam umno / bn. dalam FAS pu sebagai ahli majlis je. manakala datuk abdullah hishan presiden taiping FA. orang lama dalam bolasepak tetapi kalau mengikut zaman sekarang langsung x popular. dikalangan perwakilan dikenali tapi bagi peminat bolasepak mungkin akan bertanya siapa dia.

sapa-sapa pun yang dapat jawatan bagi saya x menjadi masalah asalkan mereka tahu macamana nak meningkatkan lagi mutu bolasepak tanahair. mungkin beberapa tahun kebelakangan ini kita boleh katakan skuad bolasepak negara mula mencipta kejayaan demi kejayaan tetapi diharap dengan adanya 'skuad' baru dalam FAM ini bukan sahaja kejayaan yang dah ada itu dikekalkan, tetapi ditingkatkan lagi untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

tahniah untuk semua...