Wednesday, September 2, 2015

ZULFAHMI BERALIH KE MOTO2



Pelumba moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin memberi bayangan jelas bahawa dia bakal beralih ke saingan moto2 dalam kempen motogp musim depan, apatah lagi setelah bos SIC, Datuk Razlan Razali mengulangi pendirian bahawa kontrak zulfahmi bersama pasukan Drive M7 SIC Racing hanya sehingga tahun ini sahaja.

Menurut Zulfahmi dia telah pun mengadakan beberapa pertemuan dengan pasukan yang bersaing dalam moto2 dan menjangkakan bakal beraksi bersama pasukan tempatan.

Setakat ini terdapat 3 pasukan Malaysia beraksi dalam perlumbaan moto2 iaitu JP Moto Racing, Petronas Raceline Malaysia dan Petronas AHM Malaysia.

Zulfahmi ketika ditemui pada pelancaran Shell Malaysia MotoGP semalam berkata sangat kecewa dengan persembahan tak menentu pada musim moto3 kali ini.

"saya akui KTM pada tahun ini agak struggle sikit terutama di trek yang mempunyai corner high speed so dengan saya yang agak sensitif dengan set up motorsikal memang sangat susah untuk pergi laju di corner laju,"

Sehingga pusingan ke 12 dari 18 pusingan musim ini, dia baru memungut 4 mata dari dua perlumbaan, kedua-duanya berkedudukan ke 14.

Berbanding rakan sepasukan, Jakub Kornfeil, telah pun memungut 46 mata dan mendapat kedudukan podium tempat kedua dalam perlumbaan di Great Britain minggu lalu.

Datuk Razlan selepas majlis pelancaran perlumbaan pusingan ke 17 berharap Zulfahmi dapat memperbaiki persembahannya untuk meyakinkan pasukan lain untuk mengambilnya musim depan.

"saya berharap jika dia mengekalkan prestasi dia pada baki 6 perlumbaan, mungkin dapat offer dari team lain walaupun dari team moto3 atau moto2. saya harap dia boleh perform," katanya.

Zulfahmi pula tidak berkecil hati dengan majikannya itu yang telah menjaga dia sejak awal kariernya dalam motogp kira-kira 6 tahun lalu.

"saya bekerjasama dengan SIC selama karier saya so turun naik saya masih lagi bersama SIC so saya rasa SCI adalah company yang sangat penting dalam karier saya," katanya.

Sepanjang karier dalam motogp selama kira-kira 6 tahun, pencapaian terbaik Zulfahmi adalah pada tahun 2012 apabila berkedudukan ke 7 keseluruhan dengan memungut 128 mata.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..