Thursday, September 24, 2015

PETAKA BASIKAL BUKIT



sebenarnya kes kes penganjur gagal ni bukan sekali, tetapi dah byk kali sejak aku kira bila suksesnya mtb jamboree malam di melaka 2009 lalu.. masa tu mtb baru nak naik balik.. ramai rider, semua bedal jalan.. aku tak terkecuali.. masa tu duke highway aku masuk, mex highway aku pernah masuk skali jugak malam, malahan mrr2 tu jugak aku pernah try.. (route pagi mex bulatan pandan turun ke bukit jalil sambung mrr2 sampai kg pandan).. ko bayangkan betapa bahayanya especially mrr2, dah le kayuh sorang, angin kereta lori moto suma sapu selamba sampai bergoyang badan..

bila komuniti berbasikal ni bertambah, penganjuran pun mcm cendawan tumbuh, sana sini org nak menganjur perlumbaan.. ok tu memang ok, rider pun syiok ada jadual event, tapi bila sampai satu tahap lebih fikir untung dan glamer dari passion, maka bermulalah episod kegagalan.. ibarat buat syok sendiri, banyak kekurangan dan lain lain.. paling nampak failed bila kata takde sponsor atau sponsor x cukup, then kau anggap bende tu macam saja saja buat je.. padahal patutnya dari awal la tak payah gebang gebang.. jadi rider pun x letak harapan tinggi kan... ni tak, mau rider x mengamuk, kau janji macam2 belakang kau x tunaikan, pastu aku dengar ada pulak yg kene jadi kambing hitam..


lagi satu hal konon lah.. pengalaman terlalu baby, event dah digelar acara international, tapi management x berapa cantik.. baru sukses sekali kau dah letak keyakinan terlalu tinggi konon sukses lah selamanya.. tapi tang ni aku x boleh cakap byk, untung nasib sesuatu acara tu pun bukan tentu cerah.. tengok la dulu ironman langkawi, bukan main gah.. belakang lepas 3 / 4 tahun stop.. sbb budget dah tak dpt.. gila kau tiap2 tahun bajet besar.. mana larat beb.. tapi oleh kerana lesen tu lesen ironman dunia, dan memandangkan ianya event dinanti, ironman dunia handle 100 persen tahun lalu lepas di berhentikan lama.. ok lah tu.. cuma masalah basikal ni bukan ada international support, sendiri punya kan.. so aku rasa mungkin lepas ni rider pun macam tawar hati nak join.. cuma bila dah jadi camni, yang lain lain tu ambik iktibar, buat lah berapa plan pun, janji rider tak mengamuk belakang hari.. bab complete race memang la kalo dah jadi akan complete jugak cuma bab welfare rider tu yang bikin hangin..


ni lagi satu coming International mtb kat langkawi bulan depan.. memang dah prestij, but at last pull out jugak.. suma gara gara x cukup bajet aku rasa (alasan paling logik).. masalahnya ramai rider dah bayar fee, dah beli teket kapal terbang, dah booking hotel dan pelbagai belanja lagi.. kalau boleh refund pun setakat fee je la.. yang lain burn je gitu.. maka berputih la mata lagi..

susah nak agak zaman ekonomi tawar abis ni.. sekelip mata keputusan berubah. cumanya aku harap kes kes membatal event atau event macam haram tak merosakkan passion rider rider beskal kat malaysia ni.. sbb memang aku akui layan cross country memang syiokk beb..



nah layan pakej berita baeekk punya oleh member aku yg pergi batu kurau itu hari.. harapan dia yg berbunga bunga hari pertama terus jadi pahit sehingga penutup.. event tak habis pun dia blah.. mau tak.. semuanya serba tak ada.. nak maklumat pun payah.. tak pe layan dulu..

sambil sambil tu mentari belia dan sukan aku fikir sudah mula kan langkah awal memastikan jelajah le tour de langkawi berlangsung juga tahun depan memandangkan penganjur yang sama dengan limbc dikata menarik diri juga.. hhmmm sebelum-sebelum ni ok je.. mcm ada masalah ke organiser ni..


No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..