Tuesday, August 7, 2012

ADAKAH PENGAKHIRAN SAMA


semalam datuk lee chong wei sekali lagi membawa pingat untuk negara. Warna yang sama diperolehi 4 tahun lalu. Walaupun dia hampir-hampir mencatat sejarah negara yang pasti akan disimpan didalam arkib negara. Namun semuanya tidak kesampaian apabila dia sekali lagi terpaksa berpuasnhati dengan pingat perak. Pun begitu chong wei telah menunjukkan semangat juang tinggi. Kalah dibezakan 2 mata di game penentuan. Dan secara tidak langsung menjadi benchmark kepada pengukuhan perpaduan kaum di negara kita.

Namun setelah kempen atlit-atlit negara hampir tamat, adakah kita mampu mengubah pungutan angka pingat diperolehi 4 tahun lalu di beijing atau pun pengakhirannya akan sama?

 saya sempat mendapatkan aura chong wei beberapa minggu sebelum olimpik. sebelah tu kereta bentley chong wei

Bagi saya kita tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam soal ini. Ini kerana atlet-atlet negara saya kira sudah memberikan lebih dari yang mereka mampu. Bermakna mereka telah berusaha bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik demi menunaikan hasrat negara. Namun apabila beraksi di pentas olimpik sememangnya kita tidak mampu menjangkau kemampuan lawan. Yang biasa pun oleh jadi luar biasa handalnya.  saya x rasa kita gagal. kerana kita berjaya mengekalkan pencapaian 4 tahun lalu. Cuma mungkin sedikit tergelincir dari sasaran awal.

Pun begitu berbaki beberapa hari lagi temasya berlangsung dengan baki atlet yang tinggal, saya kira mereka ini semua berkualiti. Dan tidak mustahil mereka mampu mengubah pencapaian di beijing menjadi lebih baik. tentunya prospek utama yang tinggal kini dari acara berbasikal trek dan juga terjun. Saya harap mereka yang tinggal ini mampu mencipta kejutan pada kali ini. Setidak-tidaknya menghadiahkan lagi pingat buat rakyat malaysia tak kira warna apa.

Tetapi jika pengakhirannya tetap sama seperti dulu, tidak mengapa. Kerana anda telah mencuba yang terbaik. dan yang penting... kita tidak gagal...

kita layan lagu semangat ini untuk atlet yang tinggal

Friday, August 3, 2012

SINAR UNTUK KLFA



Mungkin ianya rezeki ramadhan, atau mungkin tuah, tetapi saat-saat kecoh dialami persatuan bola sepak kuala lumpur klfa mengenai isu pemain dan pegawai tidak dibayar gaji selama 3 bulan baru-baru ini tampak ada sinar tidak lama lagi.

Ini kerana mengikut sumber terdekat saya, pengurusan klfa akan mengadakan pertemuan dengan datuk bandar kuala lumpur yang baru, datuk ahmad phesal talib awal minggu depan bagi menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi mereka. Dan dengarnya dbkl bersetuju untuk menampung tunggakan gaji pegawai dan pemain yang terlibat yang dikatakan dari mei hingga julai itu. Cuma menurut sumber tersebut perbincangan lanjut akan diadakan bagi memikirkan cara mana dbkl boleh membantu untuk menampung kos bagi musim akan datang.

Ini merupakan petanda positif. Setidak-tidaknya dapatlah mereka yang terlibat ini merasai syawal yang bakal tiba tidak lama lagi dengan lebih ceria. Selain itu klfa dapat mengelak dari disingkirkan terus menyertai liga malaysia musim depan apabila gaji pegawai dan pemain dibayar.

Dan saya cukup yakin klfa mungkin dapat mengelak dari masalah kewangan akan datang. Ini kerana selain mempunyai penaung yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar, datuk bandar kl juga kabarnya cukup berminat dengan bola sepak. Dan sekiranya semuanya berjalan lancar kabarnya datuk bandar kl akan dilantik menjadi penasihat. Setidak-tidaknya banyaklah pengaruh untuk membawa dana masuk bagi melancarkan perjalanan persatuan terutama bagi mendapatkan pemain-pemain terbaik.

Agak malang rasanya apabila ibukota yang kaya dengan pembangunan pesat tetapi tiada dana untuk menampung pasukan bola sepak yang kita maklum mempunyai pengaruh besar dalam pemasaran. Jadi bila sudah terbentang peluang sebegini, pihak pengurusan rasanya perlu fikir bagaimana untuk menarik lebih banyak dana masuk dengan menggunakan sepenuhnya pengaruh seorang menteri wilayah dan seorang datuk bandar yang berkuasa penuh atas ibu kota ini.

Apapun kita nantikan keputusan itu minggu depan, disamping merisik-risik presiden klfa situasi semasa ini. Jika benar saya sebagai anak jati ibu kota sedikit sebanyak akan rasa lega dengan perkembangan positif ini.

OLIMPIK : BADMINTON HAMPIRI PINGAT


Masih terlalu awal rasanya untuk ucapkan tahniah kepada 2 wakil badminton di acara single dan double kerana telah pun memasuki peringkat separuh akhir. Tetapi tidak salah rasanya untuk ucapkan tahniah kerana berjaya melepasi halangan untuk terus memburu pingat emas pertama yang disandarkan penuh kepada mereka.

Acara beregu yang terlebih dulu mengesahkan tiket ke separuh akhir apabila gandingan koo kien keat / tan boon heong  menewaskan beregu thailand isara bodin / Jongjit maneepong 21-16, 21-18.

Sebelah malam pula penyandang pingat perak edisi 2008, datuk lee chong wei menewaskan wakil india, kashyap parupalli 21-19, 21-11. Cuma pada set pertama datuk lee chong wei mendebarkan penonton di malaysia apabila dikerah sehingga mata ke 19 sebelum dapat mengatasi lawannya seterusnya menang set pertama. Set kedua tampak mudah apabila dia jauh meninggalkan lawan untuk menang seterusnya mara ke separuh akhir.

Separuh akhir nanti beregu koo / tan akan bertemu musuh tradisi dari china cai yun / fu haifeng manakala datuk lee chong wei akan berhadapan juga wakil china, chen long. Kita hanya mampu berdoa dari jauh agar kedua dua wakil badminton ini dapat membuat kejutan dalam edisi olimpik kali ini. Tahniah!

Sehingga ke akhir garisan!

Wednesday, August 1, 2012

MALAYSIA MELAWAN

 gol tunggal azamuddin akil pada minit ke 87

Kemenangan juara liga perdana inggeris manchester city ke atas harimau malaya isnin lalu memang sudah dijangka, tambahan dengan corak permainan pantas, dibantu saiz tubuh badan yang jauh berbeza pemain negara, tampak membezakan corak permainan lawan yang banyak menguasai padang. Namun pujian harus diberikan kepada skuad negara kerana melawan habis-habisan dan tidak membenarkan man city untuk terus berpesta gol, sebaliknya menghadiahkan satu gol untuk penyokong-penyokong yang memenuhi stadium bukit jalil. Selain itu skuad negara hanya membenarkan satu gol pada separuh masa pertama, walaupun diasak dengan permainan pantas lawan dari eropah itu. Jila tidak kerana sedikit kealpaan, mungkin skuad negara boleh menafikan satu daripada 2 gol pada separuh masa kedua, tetapi ia merupakan pengajaran terbaik untuk sentiasa peka berdepan musuh pada perlawanan-perlawanan akan datang, terutama menjelang sepak mula piala aff suzuki november nanti.

Gol-gol manchester city dijaringkan oleh sergio aguero pada minit ke 17, sebelum carlos tevez menggandakan jaringan 2 minit sebaik separuh masa kedua bermula, manakala adam johnson menjaringkan gol ketiga 5 minit selepas itu. Yang penting pujian harus diberi kepada azamuddin akil yang bijak mencuri peluang untuk memahat nama selaku penjaring negara pada minit ke 87 hasil permainan pantasnya bersama mahali jasuli.

Keputusan perlawanan itu termasuk bertemu arsenal seminggu sebelum itu membuktikan pasukan negara kini bukan lagi skuad belasahan seperti dulu-dulu kerana tentunya mereka telah banyak mempelajari selain mendapat pengajaran agar terus memberikan yang terbaik buat penyokong-penyokong tercinta.

Syabas harimau malaya!

OLIMPIK : NURUL SYAFIQAH JUGA TIDAK BERJAYA


Nurul syafiqah hashim, satu-satunya pemanah wanita yang membawa cabaran olimpik bagi acara recurve wanita tidak berjaya melepasi pusingan pertama apabila ditundukkan lawan dari taiwan, lin chia-en 6-2.

Walaupun bermula baik dengan menang pada set pertama dengan mata 28-23, syafiqah Membuat kesilapan pada set kedua apabila memasukkan anak panah pertama di mata 2, jauh dari sasaran sepatutnya dilakukan pemanah di pentas besar iaitu mata 8, 9, 10. Akibatnya dia tewas set kedua dengan 19-26. Begitu juga set ketiga apabila dia memasukkan anak panah kedua dan ketiga pada mata 5 mengakibatkan dia tewas 18-24. Dia cuba bangkit set keempat tetapi masih tidak berjaya apabila hanya mampu mengumpul 24 mata berbanding lawannya 27 mata.

Namun ia merupakan pengalaman berharga bagi penampilan pemanah yang baru berusia 18 tahun ini dan mempunyai peluang memperbaiki lagi pencapaian bagi menjadi pemanah terbaik negara. Gelaran olimpian sudah dimilikinya, apa yang perlu dilakukannya hanyalah membuat peningkatan demi peningkatan dan juga kejutan demi kejutan masa hadapan.

Tahniah syafiqah!

Tuesday, July 31, 2012

OLIMPIK : PANDA / MUN YEE TIDAK BERJAYA


Segalanya tidak menjadi sebaik terjunan ketiga...

Mungkin itu yang boleh disimpulkan pada acara 10 meter platform seirama wanita gandingan pandalela rinong dan leong mun yee yang hanya mampu mengakhiri saingan di tempat ke tujuh keseluruhan. Walaupun mereka bermula kurang baik pada terjunan pertama, tetapi mereka berjaya menduduki tangga ketiga pada terjunan kedua, sesuatu keputusan yang cukup boleh rakyat malaysia terbayang pingat pertama negara. Tetapi bermulanya terjunan ketiga hingga lima mereka seolah-olah hilang tumpuan. Mempamerkan rentak yang sama namun mungkin entry yang kurang sempurna mengakibatkan mata diberikan juri tidak memberangsangkan.

Apapun padalela dan mun yee telah menunjukkan persaingan yang baik dan berjaya membuatkan penonton-penonton di malaysia berdebar menyaksikan aksi-aksi seterusnya dari atlet terjun ini. Tahniah keduanya... Tidak mengapa anda berdua telah memberikan yang terbaik.. Kecuali leong mun yee yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pusat akuatik, olympic park, pandalela mungkin boleh menebusnya pada aksi 10 meter platform individu nanti...

OLIMPIK : LEGA DALAM KECEWA


Kem memanah negara mungkin boleh menarik nafas lega kerana khairul anuar mohd melepasi saat-saat getir pada pusingan pertama dan kedua untuk beraksi di pusingan ke 3 pada 3 ogos nanti. Namun dalam masa yang sama kem negara mungkin sedikit kecewa apabila pemanah senior cheng chu sian hampa sekali lagi di pentas olimpik keduanya apabila tewas di pusingan pertama acara recurve individu - ditewaskan oleh khairul anuar sendiri. Itulah mungkin hakikat perlu diterima apabila diundi beraksi sesama sendiri di pusingan pertama. Tetapi khairul anuar yang diletakkan sebagai pilihan ke 5 mempunyai harapan cerah ke suku akhir apabila dijadual bertemu pemanah tuan rumah di pusingan ke 3, larry godfrey yang diletakkan sebagai pilihan ke 10 pada Jumaat nanti. Cuma mungkin khairul anuar perlu menghadapi tekanan sebaik mungkin apabila beraksi di hadapan ramai penyokong tuan rumah. Jika dia berjaya, satu lagi halangan di suku akhir yang mungkin tidak banyak memberi halangan kepadanya kerana lawannya merupakan pemanah yang mempunyai ranking lebih jauh darinya. Cuma sekali lagi dalam aksi memanah, permainan psikologi amat penting untuk menjamin kejayaan.

Dalam badminton, seperti dijangka perseorangan lelaki datuk lee chong wei melangkah ke pusingan kedua apabila menewaskan lang ville dari finland walaupun lawannya memaksa dia bekerja keras sehingga ke set penentuan. Tee jing yi pula tampak sukar untuk mara ke pusingan kedua walaupun mencatat kemenangan pada perlawanan kedua kumpulan. Manakala beregu campuran chan peng soon / goh liu ying terpaksa akur dengan kehebatan lawan apabila kalah di perlawanan ketiga kumpulan, menutup terus peluang mereka. Jadi harapan badminton kini hanya tinggal cabaran datuk lee chong wei dan beregu lelaki koo kien keat / tan boon heong.

Seperti biasa harapan kepada atlet-atlet yang tinggal yang masih meneruskan cabaran mahupun yang bakal memulakan cabaran agar terus berjuang sehingga ke titik akhir garisan. Semoga ada sinar harapan buat rakyat malaysia untuk melihat kejutan berlaku di london edisi kali ini.

Monday, July 30, 2012

OLIMPIK : HAZIQ TURUT GAGAL


Haziq kamaruddin tidak berjaya dalam usaha mara pusingan kedua acara memanah apabila ditunjukkan jalan pulang oleh lawannya  denis gankin dari kazakhstan. Walaupun haziq bermula baik dengan menang set pertama tetapi dikejar semula lawannya untuk 2 set berikutnya menjadikan dia ketinggalan 2-4 sebaik tamat set ke 3. Haziq yang jelas kelihatan gugup beraksi pertama kali di pentas olimpik selain di kelilingi ramai penonton cukup bertuah kerana gankin memasukkan 2 anak panah ke mata 8 pada set ke 4 membolehkan pemanah berusia 19 tahun itu mendahului dan mengikat kedudukan 4-4. Namun semuanya sudah terlambat untuk haziq apabila dia yang nampak kurang yakin memasukkan anak panah pertama ke mata 8 pada set terakhir membolehkan gankin mendahului kedudukan sehingga tamat anak panah ke 3 dengan keputusan tipis 26-25. Keputusan penuh gankin menang dengan 6-4. Namun ia pengalaman sangat berharga buat haziq yang mampu layak ke pentas olimpik pada usia muda dan masih berpeluang mencuri seberapa banyak pengalaman untuk dibekalkan ke brazil sekiranya dia layak sekali lagi 4 tahun akan datang.

Harapan memanah kini tinggal hanya seorang apabila cheng chu sian dan khairul anuar mohd bakal beraksi sesama sendiri petang esok untuk menempah tempat ke pusingan ke 2.

OLIMPIK : Manager's Diary Men Road Race



Malaysia qualified two riders for the Men Road Race event.
The two cyclists that had been selected to represent Malaysia:
       1 Muhamad Adiq Husainie Othman
2 Amir Mustafa Rusli 

Adiq was allotted the body number 92 and Amir 93

Malaysia had to share a TEAM CAR with Japan and South Korea.
Our team car order is number 19.

At the start we have to share the TEAM BOX with New Zealand
At Box Hill we have to share the TEAM BOX with Japan and South Korea

The team (Naim, John, Harnizam, Adiq and Amir) leaves the Games Village
at 7-45 am in two cars. Arrive at the Mall at 8-30 am and was joined by Izham and Lee Ming (to do feeding at Box Hill).

At 8-50 am,Adiq and Amir was called for the signing in ceremony.
At 9-45 am The Malaysian riders was presented and called to the start.

The race starts at 10-00 am and finished about 4-00 pm
144 riders started the race with 110 riders completing the course.
5 riders was over the time limit and 29 riders did not complete (DNF)

MuhamadAdiqHusainie Othman and Amir Mustafa Rusli rode a good race to arrive at the Box Hill in 1 hour 51 minutes and 42 seconds. At box hill there were ranked  104th and 105th.

The technically difficult Box Hill circuit did the damage to about 29 riders where out of the 9 laps around the hill circuit,  Adiq and Amir was two of the casualties. Amir managed to cover only 6 laps whilst Adiq managed 7 laps before they retired.

Overall ranking for the Men Road Race:
MuhamadAdiqHusainieOthman  -  122
Amir Mustafa Rusli-  129

source: Datuk Naim Mohd, Team Manager (Deputy President MNCF)

OLIMPIK: MASIH BELUM ADA KEAJAIBAN


Sudah hari kedua temasya olimpik berlangsung... seorang lagi atlet malaysia gugur di pertengahan medan perjuangan. atlet fencing atau lawan pedang, yu peng kian kandas dalam acara individu sabre setelah ditundukkan dengan mudah oleh Aaron szilagyi dari hungary pada pusingan kedua. Namun apa yang membanggakan pada pusingan pertama dia mengalahkan atlet Mesir zeid mannad. Ia merupakan satu pencapaian membanggakan bagi atlet lawan pedang ini yang secara tiba-tiba muncul sebagai atlet yang layak ke olimpik secara merit. Tidak perlu dirisaukan kerana acara fencing langsung tidak diletakkan sebagai harapan pingat.

Dalam acara terjun, harapan bagi acara 3 meter papan anjal seirama wanita menerusi gandingan Cheong jun hoong / pandalela rinong turut berkubur setelah berada di kedudukan terakhir dari 8 negara. Sukar untuk menjangkakan acara subjektif ini walaupun kesemua atlet mempamerkan terjunan terbaik. Pun begitu kedua-duanya mempunyai peluang kerana bakal beraksi dalam acara individu. Jun hoong akan beraksi dalam acara 3 meter papan anjal individu manakala pandalela dalam acara 10 meter platform individu serta 10 meter platform seirama bergandingan dengan Leong mun yee.

Acara badminton terus memberi sinar buat kem negara apabila beregu lelaki harapan koo kien keat / tan boon heong berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir setelah menewaskan beregu amerika syarikat howard bach / Tony gunawan 21-12, 21-14 di peringkat kumpulan. Mereka akan menentang beregu handalan korea chung jae sung / lee yong dae dalam perlawanan terakhir kumpulan 1 ogos awal pagi waktu malaysia nanti. Manakala bagi acara beregu campuran chan peng soon / goh liu ying serta single wanita tee jing yi, masih terdapat sisa perjuangan untuk memberikan keajaiban buat mereka. Sementara satu-satunya single lelaki yang juga prospek emas negara, datuk lee chong wei hanya akan memulakan aksi kumpulan pada 31 haribulan awal pagi waktu malaysia.

Kesimpulannya dari 30 atlet malaysia ke london, kini tinggal 26 yang masih meneruskan perjuangan..

P/s sumber sahih boleh diperolehi di http://www.london2012.com/