Monday, December 14, 2009

2010 yang bakal sibuk

salam...

agak lama juga saya tidak mengupdate blog saya ini. bukannya apa... kesibukan menjalankan tugas2 harian dan tugas2 bukan harian agak menghalang saya daripada mengupdate blog ni. sementelah di hujung2 tahun ni banyak pula duit yang memanggil. tu belum kira aktiviti2 lain yang mendatangkan manfaat seperti ... kayuh beskal.

sebenarnya bukan saya tidak menyentuh lap top saya atau bukak internet. tetapi dek kerana sibuk menyiapkan kerja2 disamping membuang masa di FB sehingga terlupa @ tiada masa nak bukak blog untuk mereka-reka cerita.

tapi takpe... sebelum 2009 melabuhkan tirai saya akan paparkan koleksi gambar2 saya buat tatapan pelawat.

apapun terkini arahan tugas baru yang bakal memberi saya lebih masa untuk sibuk pada 2010. saya bakal bertapa di stadium bila mulanya kick off liga2 bolasepak terbesar yang ada di malaysia. bukan itu sahaja, saya juga perlu mengejar pemain2 bolasepak di malaysia, pengurus2, jurulatih2, kelab2, persatuan2 negeri dan macam2 lagi yang berkaitan. tidak terhenti setakat itu, saya juga perlu mencari & mengesan kedudukan lagenda2 bolasepak negara kita untuk dimuatkan dalam sebahagian dari kesibukan itu. secara tidak langsung nama2 mereka akan sentiasa meniti dibibir rakyat malaysia terutamanya generasi2 baru yang dahagakan sejarah bolasepak negara.

tidak terhenti di situ, saya juga perlu mencari isu, mencipta isu agar perkara2 berbangkit dapat diselesaikan dengan seberapa segera yang mungkin. bukanlah saya ni penyelesai masalah tetapi setidak2nya mereka2 yang terlibat dengan masalah ni dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin bagi mengelakkan dicari oleh saya dan pasukan saya...

dan saya berharap agar tugas ini dapat dilaksanakan dengan secemerlang mungkin. bukan laksana je tetapi laksana dengan secemerlang boleh supaya ia bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti tugas saya tetapi setidak2nya apa yang saya buat ini meniti di bibir mereka selain meningkatkan lagi jumlah penonton di malaysia. dan saya berazam untuk menjadikan musim baru 2010 ini terbaik dari musim2 terdahulu... dan ini akan menjadi sebahagian daripada azam tahun baru muharam 1431H saya serta tahun baru 2010M yang bakal tiba.

apapun nantikan siaran pertama 'SEKILAS LIGA M 2010' pada awal januari ini, khamis 12.30 tgh malam di TV1.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..