Monday, February 10, 2014

SEPAGI AHAD DI BUKIT BESI


assalamualaikum salam sihat semua...

macam biasa... menjelang pendakian ke gunung kinabalu penghujung mac nanti, latihan harus dilakukan secara berkala agar aku sentiasa bersedia untuk menempuhi ketinggian gunung paling tinggi di asia tenggara itu.

so hari ni aku berkesempatan untuk join cousin aku dan beberapa rakan tamannya untuk mendaki bukit besi. letaknya bukit besi ni di alam damai, kemungkinan namanya diambil dari nama sungai besi, sebab laluannya pun boleh dikatakan dalam kawasan sungai besi.

actually aku dah berhajat lama nak try bukit ni, tapi barulah hari ni berkesempatan. bukit ni tak le tinggi mana, tapi sangat baik untuk latihan, tambahan cabaran pendakian dan penurunan bukit yang curam, ia cukup menduga kesabaran.

untuk hari ini kami naik berenam. hanya 2 termasuk aku masih dikategorikan muda. 4 lagi veteran lah senang kata. tapi semangat mereka tinggi. malu aku..


1. memulakan pendakian ke bukit besi.. ia terletak sangat hampir dengan shoplot baru alam damai. landmark paling senang iaitu restoran al-mashoor dan ocbc bank. parking je kereta di kawasan sana, seberang jalan ke lereng semak bukit. di situ ada kondominium sedang dalam pembinaan, dan jalan permulaan pendakian disebelahnya, dilaluan ke tangki air.




2. sesampai di penghujung jalan raya, akan bermula jalan masuk offroad. di sini cabaran bermula, dari jalan tangga laluan air, ke jalan tangga buatan manusia, sehingga lutut hampir bertemu dagu untuk memanjat. dan ada sedikit memerlukan kita menggunakan tali yang telah disediakan. tetapi laluan ini aku kategorikan laluan terbuka bukan laluan hutan. laluan berbatu di lereng bukit. perlu sentiasa awasi pergerakan, kerana bukan sahaja curam tetapi juga gaung di kiri kanan. tidak nampak bahaya jika kita tidak menghampiri gaung yang berpunca hakisan air itu.









2. kira-kira 20 minit pendakian santai, kita akan tiba di R&R pertama, masih di kawasan terbuka atas bukit ni. di sini kami ambil masa kira-kira 5-10 minit rehat sambil-sambil ambil gambar. dari atas ni kita boleh nampak kuala lumpur ataupun kawasan cheras. kawasan dataran atas ini juga berhampiran dengan gaung dan curam bukit. awas jangan terlalu ghairah. kedalaman melebihi 20 kaki.




3. selepas berehat, di sini bermula pendakian dalam hutan pula. tetapi agak baik, kerana masuk je, tak sampai 5 minit, downhill pula, turun bukit. pun begitu tetap menguji kesabaran, kerana penurunan yang curam dan perlu berhati-hati. selain licin dari pasir atau tanah yang kering, tidak kurang juga akar-akar pokok sepanjang laluan. perlu berhati-hati supaya tidak tersadung. downhill ini juga mengambil masa kira-kira 20 minit. so korang bayangkanlah berapa jauh dia punya turun.






4. selepas kira-kira 20 minit downhill, kita akan jumpa R&R kedua. iaitu sumber air. aku tak pasti sama ada sumber air ini asli dari atas bukit atau pun kesan kebocoran tangki air kekekeke... tapi air dia memang bersih. so kita ada pilihan sama ada nak mandi atau membasuh apa yang nak di basuh. dari sini kita akan dengar bunyi kenderaan yang agak kuat. aku yakin ada jalan keluar tapi perlu turun lagi ke bawah dan mungkin agak sukar. lagipun tiada trek dibawah tu. so abaikan je.. kalo nak nikmati sekadar menikmati bunyi kenderaan di bawah sana...





5. puas berehat, kita akan kembali mendaki. cabaran kali ini berbeza dari kawasan terbuka, kerana mendaki dalam hutan. curam tetap curam. tapi agak kurang bahaya kerana banyak pokok yang boleh berpaut. gaung pun takde. yang ada cuma curam bukit sahaja. nak naik atas mengambil masa lebih 20 minit.







6. dalam perjalanan tu, ada kami jumpa pokok jering, antara makanan hutan yang susah didapati sekarang ni. so lepas ni kalo korang pergi, rasa-rasa nak kutip panjat la pokok jering yang tinggi tu buat ulam.

bukan itu sahaja, kami juga dapat melihat banyak kesan gemburan tanah di kiri kanan. jadi macam biasalah itu merupakan kesan kubang babi hutan. tapi aku rasa kalau ikut laluan kami tadi kemungkinan babi takkan ada lagi di situ kerana kawasan tersebut dah kering. tapi aku percaya dia berada di sekitar dan mungkin sedang menonton manusia berpeloh yang melalui trek bukit besi ini.




7. ok.. sampai sudah diatas.. pada ketinggian kira-kira 295 meter dari aras laut kalau ikut jam aku.. aku rasa ni paling atas la kot... dalam perjalanan itu agak terperanjat bila terjumpa 'batu nesan'. bila diperhati rupa-rupanya busut anai-anai... pandai betul anai-anai ni bentukkan busut dia macam batu nesan. bikin goyang orang je hehehehe... 

 



8. jalan depan turun skit, pada ketinggian 280 meter aras laut jam aku, dengan keseluruhan masa tolak campor 1 jam 20 minit lebih, kami sampai R&R ketiga dan terakhir aku kira. sini lebih nyaman, redup, banyak kerusi, termasuklah ada 2 hammock kot-kot ada yang nak tidur sambil terbuai oleh angin sepoi sepoi bahasa. 

disini kami terjumpa seorang rakan pendaki berbangsa cina sedang berehat. selamba jalan sorang. rupa-rupanya masa kami jumpa tu dia dah round ketiga. dari awal pagi panjat. karipap betol.. aku ni nak sampai tercungap-cungap dia selamba 3 pusingan?






ambik dulu gambar buat kenangan (gambar diorang je la)


9. dah selesai... masa untuk berjalan turun balik. untuk pengetahuan jalan turun adalah mengikut laluan lain. walaupun begitu bahaya tetap bahaya. keluar dari hutan, melalui jalan terbuka, tepi gaung dan curam bukit, jalan kering agak licin. jadi kene berhati hatilah.
 






10. setelah kira-kira 1 jam 40 minit tempo pergerakan kami, sampai juga dibawah. kembali ke jalan raya. alhamdulillah...



so kesimpulannya, bukit ni bagus untuk latihan. mungkin lepas ni kalau berkesempatan naik lagi aku akan cepatkan sedikit 'pace'.. mungkin boleh try supaya bulan depan di gunung kinabalu masa pendakian ke laban rata dari timpohon boleh la sampai cepat skit. ada la masa lebih untuk rehat atau mengambil gambar di laban rata yang sangat jarang diperolehi.

pendakian pagi minggu ni juga aku turut membawa bersama dslr beserta lens 24-70. tujuannya sebagai latihan pendakian ke kinabalu nanti. bagi menyesuaikan kamera tu dengan pergerakan. so di akhir tadi walaupun rasa kurang selesa dengan berat kamera dan remeh bila kamera tu bergerak-gerak, tapi masih boleh dibawa bersama untuk mendaki. kira tak le menyusahkan.

sebenarnya sepatutnya hari minggu tadi aku marathon 2 bukit. satu sebelah pagi satu sebelah petang. petang sepatutnya ke bukit kembara di taman bukit indah yang boleh tembus sehingga taman TAR. tapi terpaksa dibatalkan oleh kerana rakan-rakan pendaki yang sepatutnya bersama mendaki agak keletihan. maklumlah masing-masing banyak komitmen. tapi takpe insyaAllah latihan akan diteruskan. sama ada latihan ringan, berat, mendaki, berjalan, berkayuh atau apa sahaja. tujuan aku agar lebih fit dan kaki dapat membiasakan bila pendakian ke kinabalu nanti.

ok jumpa lagi......

1 comment:

  1. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete

your comments is valuable..