Wednesday, June 29, 2016

RINJANI - SEBUAH CATATAN DARI PERJALANAN YANG LENGKAP, PART 7 - PENAMAT YANG MENYEKSAKAN

assalamualaikum... sedar tak sedar kita hampir di penghujung ramadhan.. begitu lama aku nak ambik masa siapkan catatan mudah ini. tapi takpe.. sabar itu nikmat kekeke...

di tasik / segara anak. berlatar belakang gunung barujari / anak rinjani yang aktif

19 MEI - last day untuk menahan azab... seperti dirancang, kami bangun awal, seawal 6 pagi gitu. itu pun dah terang benderang di tasik rinjani. awal pagi bangun, dan waktu ini lah kami menikmati ciptaan Ilahi di sekitar tasik. dengan keliling kawah, dapat lagi melihat gunung barujari / anak rinjani. sambil-sambil kami memasak tubuh kamera, melaras tetapan terbaik (setting kamera daa..).. dan mula menekan trigger mengambil gambar di sana sini sekitar tasik. walaupun x lari jauh pun. waktu ini kesempatan terbaik, sebab kami tak punya masa yang banyak. kami perlu keluar pagi supaya kami tak sampai checkpoint terakhir waktu gelap. checkpoint kami terakhir ialah Desa Senaru. dikabarkan untuk sampai ke sana kira-kira 8 jam normal. aku ingat zainal main-main. tapi nampak gaya dia serius. hhmmm... kami terpaksa menerima apa mendatang. sebab pilihan dah takde. itu je jalannya...





oleh kerana pagi tu merupakan pagi yg last kami berkhemah, maka kami disajikan nasi goreng yg enak oleh porter2 kami iaitu marhan, anis dan ijan.. kira kalau kategori hutan tu enak la.. sebaik selesai makan, tanpa membuang masa kami bersiap, dan perlu bertolak cepat... aku rasa dlm jam 8 gitu kami bertolak.

memulakan perjalanan, kami meniti tepi tasik untuk ke laluan mendaki ke plawangan senaru. route mcm biasa, tepi tasik, sambil2 berhenti ambik gambar. tetapi memulakan pendakian bersemak, di situ lah bermulanya. ibarat ada tahap pendakiannya, dari mudah ke susah, melalui lereng-lereng bukit. ada mendaki, ada memanjat, ada lurus.. tetapi kebanyakannya memanjat mendaki lah. penat usah cerita. perjalanan pun aku sukar bayangkan. sebab tahap yg extreme. tinggal lagi tak panjat batu mcm rock climbing tu je. cuma yg aku respek, bagaimana porter memikul barang untuk mendaki. itu yang tak tercapai dek akal. tapi kerana mencari rezeki, semuanya disudahkan tanpa masalah. itulah kelebihan mereka.




awal pendakian

port rehat pertama.. kami kluar sama dengan geng kental ni... ada ramai orang lama berusia dlm grup ni. respect!

route ke plawangan senaru

dipendekkan cerita, kami sampai plawangan senaru dalam jam 12 lebih kalau tak silap. plawangan senaru mcm plawangan sembalun jugak. puncak bibir kawah rinjani, untuk melintasi sebelah sana sebelum turun ke bawah. cumanya plawangan senaru tak berapa besar, tempatnya pun kurang orang dan boring. kami tak mengambil masa rehat di plawangan senaru, pass by sahaja, dan terus ke tujuan untuk berehat. aku tak ingat post apa. tapi memang port rehat utk makan tengahari. untuk pengetahuan, sebaik melepasi plawangan senaru, routenya adalah downhill sahaja. waktu inilah kekuatan kaki teruji, kerana untuk tempoh lagi beberapa jam perlu menahan betis dan peha.

atas sana plawangan senaru

turun dari plawangan senaru

tiba di post (tak ingat) untuk berehat, dan waktu itu tukang masak kami sudah sedia untuk memasak makan tengahari. waktu ini tak bole la masak sedap2, bukan pacak khemah pun. so kami makan nasi berkuahkan meggi sahaja. itu pun dah memadai. cumanya selera tu x sampai mungkin sebab penat. kami rehat dalam sejam, dan jam 2 kami menyambung perjalanan. 

makan dan rest dulu bos...



tidak lama dari turun selepas berehat tu, tak de lagi laluan berbukit dan gunung, kami mula memasuki hutan pulak. waktu ni aku rasa lain. thats why la baik jalan di bukit daripada hutan. masuk hutan ni macam2 boleh dengar, walaupun sekadar bunyi mergastua. aku masa tu malas dah sorang. aku tunggu zainal follow aku belakang. dan kebetulan eddy pun dah tak berapa laju, maka ada la jugak aku peneman. junaidi dan md dah jauh kedepan.


aku rasa masa dlm hutan tu agak laju aku berjalan dan menuruni bukit. sakit semua hilang dan diketepikan. mungkin sebab hutan kot. hahaha... redah punya redah, penat takyah cakap la, memang penat, tapi buang dulu penat tu. janji sampai bawah. dari satu pos ke satu post, sambil mata meliar mencari batu penanda jarak. bila berkurang kilometer tu, hati semakin gembira. 

sedar tak sedar akhirnya sampai di pintu gerbang masuk ke trek senaru. aku rasa dalam jam 5 lebih skit. so total perjalanan dari segara anak ke desa senaru dalam 9 jam atau 9 jam lebih. waktu tiba rasa baru lepas dari latihan ketenteraan pulak, hahaha... waktu ni yg terfikir ialah nak mandi, nak cari katil, nak rest secukupnya... seketika sudah ada motosikal menanti di pintu masuk trek tu untuk bawa kami ke kawasan lapang bawah, dimana tempat menunggunya kenderaan. agak jauh juga ke bawah. dan kene bayar motor. bayar pun bayar lah,, dah x lalu nak berjalan lagi.

yeay.. berjaya melengkapkan trip rinjani... happy tak terkata


tak lama menanti, sampai mini pickup. dan kami bergerak ke homestay, tempat menginap. tak berapa jauh. sesampainya, kemas bawak turun barang, dan disinilah penamatnya hubungan pendakian dengan 4 pembantu kami iaitu zainal, marhan, anis dan ijan. kami amat-amat berterima kasih kepada mereka atas segala panduan sepanjang trip pendakian. waktu tu sedikit touching la kot. maklumlah tak tentu jumpa lagi. ok selesai salam peluk bagai, kenderaan pun gerak kembali ke sembalun membawa pulang keempat2 wira ini.. kekeke.. manakala kami terus ke bilik, berehat, makan, dsbnya...

kami tidur agak lewat, bercerita, berborak, cerita pengalaman. aku rasa itu pengalaman paling thrill setakat ini... tapi aku percaya, ada lagi yang akan thrill menanti kami akan datang. sebab rancangan mendaki untuk kami tak terhenti setakat ini. selagi ada kesihatan, selagi ada tenaga, selagi ada kudrat, selagi ada kemampuan, selagi tu lah kami akan cuba buat bende-bende pelik yang mencabar diri ni... paling mustahak.. kami boleh berbangga.. kerana perjalanan kami ke rinjani lengkap. meliputi semua route yang ada. dari sembalun ke senaru, walaupun macam siput... bak kata Juan, agen kami, lengkap dari sembalun ke senaru, tu kira complete... rasa macam tak percaya... tapi itu lah kami .. GENG SIPOOT...

TAMAT ....  (entry penutup selepas ni - REWARD)

pemandangan rinjani yg sangat indah dari jalur senaru..

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..