Monday, June 6, 2016

RINJANI - SEBUAH CATATAN DARI PERJALANAN YANG LENGKAP, PART 3 - MUKADDIMAH

assalamualaikum.. sebelum aku memulakan sambungan cerita rinjani kami, aku ucapkan salam ramadhan buat semua umat Islam islam di Malaysia dan seluruh dunia semoga amal ibadat kita diterimanya.. sesambil kita semangat  ramadhan ni, meh sambung cerita...


rinjani, awal pagi dari homestay kami

16 mei Isnin – pagi-pagi aku dah bangun, selesai siap, guide kami, zainal sampai. Selepas bincang serba sedikit aku dan eddy gerak ke pekan cari barang.. junaidi dan m.d tinggal jadi orang kampong. Aku rasa tang ni difahamkan kene bayar extra kat supir sbb dia kene kerja lebih skit untuk cari barang. Tak pe la janji dapat barang. Jadi aku dan eddy meneruskan usaha cari sedikit barang buat bekalan, sambil waktu bertolak tu aku hubungi ground person airasia (tah apa nama dah lupa) untuk mengetahui status beg aku. Aku ingat macam dah takde harapan, tapi syukur dia berikan jawapan yang positif, rupanya beg aku tersasar ke Denpasar, bermakna haluan ke Bali, dan katanya beg tu dalam perjalanan kembali ke KLIA2 sebelum terus ke Lombok. Jadi aku andaikan harapan tu tipis untuk aku bawak beg tu naik rinjani, mungkin selepas turun baru dapat. Jadi aku dan eddy teruskan rancangan di pekan, cari mana patut dgn cepat, dan dapat mulakan pendakian dengan segera supaya banyak masa rehat. Sementara junaidi dan m.d kalo dilihat dari koleksi gambar dan video, bukan main bahagia jadi orang kampong, bermotor sana sini, melepak dan lain-lain sambil aku pula berpayahan di pekan cari barang.. hawau.. bayangkan dengan masa ke pekan tu, dengan kelam kabut nak dapatkan barang dengan cepat, termasuklah nak pergi cari air contact lens eddy (barang dalam beg hilang tu), dan aku tentunya dengan baju bagai, termasuk nak pergi farmasi.. 


video
bukan main seronok diorg ni jadi org kampung





dah macam wakil rakyat aku tgk diorg ni.. sempat juga bjumpa agen otai yang sgt sempoi dan mudah dibawa bincang, juan de matteo (tangan patah)


kami? sempat juga menikmati pemandangan dari look point melihat lembah desa sembalun hahaha

selesai urusan dipekan, kami kembali semula ke sembalun (dengan perjalanan 2 / 3 jam itu). Tetapi dalam perjalanan tu aku dapat panggilan yang mungkin ada sedikit menggembirakan, apabila beg aku sudah dalam perjalanan dan dijangka sampai petang.. (padahal duit aku dah keluar seratus lebih buat beli barang.. cis..) tapi takpelah at least lengkap barang aku. selepas tiba di sembalun, berbincang, muzakarah bersama sama kami dan guide kami zainal, maka kami putuskan untuk tunggu beg tu juga dan mulakan pendakian lewat, kerana difahamkan walaupun dah cukup keperluan ringkas yang dibeli, tapi masih ada barang-barang penting yang di letak bersama beg tu termasuk barang-barang junaidi, eddy dan m.d. antaranya termasuklah hiking stick.


gelabah gelabah juga, tapi x bole stress sgt.. pekena bakso dulu sblm balik

homestay kami dan pakaian aku - sluar tu la sehelai + baju bundle dapat beli kat pekan kekeke

sambil tunggu beg, santai kat kebun dpn bilik

Tunggu punya tunggu punya tunggu, sempat la lelap mata, nikmati pemandangan pertanian depan homestay, jam 5 petang lebih baru beg tu sampai ke sembalun, dihantar oleh agen airasia (salah diorang, maka diorang tanggung). Tanpa membuang masa, kami terus bergegas dengan barang2 yang dah siap, ke permulaan pendakian di desa sembalun tu. Difahamkan tempat tu digelar based camp Juan. Rumah yang merupakan pusat pengumpulan pendaki, guide dan porter untuk mengumpul barang-barang dan bahan bahan mentah masakan. Kami hanya selesai mempersiapkan diri dalam jam 6 lebih, dan waktu tu dah pun gelap.

yehhoo beg suda mariii ....

based camp juan. starting point. gambar diambil pagi. masa kami dtg ptg ramai pendaki lain dari kumpulan berbeza. tapi masih bawah kendalian juan. x sempat bergambar sbb kelam kabut.

Dengan lafaz bismillah dan sedikit doa memohon keselamatan perjalanan, kami mulakan pendakian kira-kira jam 6.30 malam (dah gelap pun).. aku tak boleh jangka ketika pendakian awal itu, tapi aku agak tidak lah berapa sukar, dan masih kelihatan lapang di kiri kanan, sambil banyak tahi lembu dalam perjalanan. Jadi aku fikir pendakian mukaddimah tu agak menenangkan, walau dalam suasana malam. Jika mengikut rujukan gambar2 di internet, ia seakan savannah, atau padang berbukit, sebab tu guide berani bawak jalan malam. 

Tujuan kami ialah terus ke post 2 untuk berkhemah, kerana di sana lebih lapang dan pemandangan indah. kata zainal post satu terlalu dekat manakala post 3 agak jauh ke depan, tak sesuai untuk pendakian malam selain tiada apa-apa pandangan yang menarik. Jangkaan 3 jam ke post 2, tetapi kami sampai 30 minit lebih awal. Bermakna malam tu kami berjalan kira-kira 2 jam 30 minit. Zainal kata itu kira ok, sebab kami dah jimat tempoh tersebut untuk medaki tujuan seterusnya ke plawangan sembalun pada keesokan paginya. Kerana menurut zainal ia lebih sukar. Memang sukar, terutama untuk aku, kalau lagi 3 sahabat aku ni aku tak rasa sukar, sbb diorg banyak angin, x macam aku. Dan aku perasan sejak di kinabalu, aku ada masalah untuk adaptasi cuaca sejuk, sebab dia akan mencacatkan pergerakan aku akibat dari semput yang aku akan hadapi. 





pemandangan khemah dan juga gunung rinjani pada waktu malam dari post 2


sebenarnya bukan hanya kami di post 2, byk khemah dah didirikan lebih awal, bermakna ramai pendaki. terasa macam meriah pun ada. tapi masing-masing aku kira penat, jadi semuanya perlukan ketenangan.

Malam itu selepas makan, curi masa ambik gambar sikit buat simpanan, dan lepas tu kami tidur, dengan apa yang kami pakai masa mendaki tu. Dengan cuaca yang sejuk, aku rasa boleh la lupakan air untuk cuci ke mandi ke (air pun tak de).


BERSAMBUNG LAGI LA NAKKK ....


No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..