Saturday, October 9, 2010

MALAYSIA HAMPIRI SASARAN

ketika kem malaysia malap di hari keempat sukan komanwel apabila sekadar meraih satu pingat perak menerusi menembak double 25meter rapid fire pistol, kegembiraan kembali hadir pada hari kelima kejohanan apabila mengutip 2 emas selain dua perak dan dua gangsa.

seperti yang dijanjikan ratu squash negara nicol david, emas squash miliknya, melengkapkan lagi koleksi gelaran acara yang dipertandingkan dalam temasya besar seperti ini. nicol akhirnya membalas dendam selepas gagal melakukannya di edisi sebelum ini. ini juga emas pertamanya di komanwel. cuma apa yang agak mengecewakan dia masih menanti saat squash dipertandingkan di peringkat olimpik.

selain itu menepati sasaran ialah dalam acara badminton berpasukan campuran apabila mudah menewaskan india di perlawanan akhir.
seperti tiada tentangan sengit daripada pemain india, skuad negara hanya tewas sekali menerusi perseorangan wanita wong mew choo untuk meraih kemenangan dengan 3-1.

turut mengiringi dua pingat emas negara ialah kutipan 2 perak serta 2 gangsa.

perak diperolehi menerusi hasli izwan dalam acara menembak dan trio memanah recurve lelaki.

hasli izwan mengotakan janjinya apabila berjaya menukar warna pingat gangsa yang diperolehi 4 tahun lalu meneru 25 meter rapid fire lelaki. perak baginya sudah memadai apabila melihat kepada penguasaan penembak india yang jauh memungut mata tinggi daripadanya.

trio recurve lelaki pula akhirnya melakar sejarah memungut pingat pertama komanwel walaupun terpaksa akur dengan kekalahan kepada australia dalam persaingan penentuan emas.

selain itu dua gangsa diperolehi menerusi acara berbasikal pecut berpasukan yang dibarisi azizulhasni awang, josiah ng dan mohd rizal tisin. sekaligus mengubat kekecewaan azizul yang dibatalkan perlumbaan walaupun menang acara keirin selain gagal dalam pecut individu. sementara josiah dan rizal menambah koleksi dua pingat peribadi apabila merangkul pingat dalam acara masing-masing sebelum ini.

ping pong berpasukan wanita pula nyaris berputih mata menentang pilihan ke tiga iaitu england. mempunyai keazaman tinggi mereka menang tipis 3-2 menerusi pemain terakhir.

dari segi purata 5 emas dalam 5 hari merupakan pencapaian membanggakan buat kem negara dengan masih ada beberapa emas yang disasarkan menanti sebelum berakhir temasya 14 oktober nanti. tidak mustahil sasaran 10 berjaya diatasi berdasarkan kesungguhan atlet yang ditunjukkan setakat ini.

syabas atlet negara! anda kebanggaan kami!

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..