Saturday, October 23, 2010

RUSA BERTEMU KIJANG DI FINAL

setelah lama timbul persoalan akhirnya sekali lagi negeri sembilan dan kelantan sekali lagi akan bertemu di pentas final piala malaysia apabila menundukkan lawan masing-masing.

negeri sembilan yang tampak goyah dari awal musim menewaskan johor fc 2-0 dalam perlawanan timbal balas di tempat lawan untuk mereka mengakhiri perlawanan dengan agregat 2-1. di laman sendiri sebelum itu mereka tewas 1-0. walaupun satu ketika pernah timbul kerisauan daripada pengendali wan jamak wan hassan mengenai barisan pemainnya, tetapi akhirnya mereka berjaya membuktikan keampuhan untuk melangkah ke final bagi mempertahankan piala yang dikecapi tahun lepas.

kelantan pula yang bermain di laman sendiri nyaris berakhir dengan kedudukan seri tetapi tendangan sudut swinger daripada penyerang shahrul idlan ketika saingan hampir sampai ke penamat waktu mengubah keputusan yang memihak kepada mereka. penjaga gol kedah helmi eliza elias sekali lagi melakukan tindakan 'kurang bijak' apabila menampan masuk ke dalam gawang sendiri. satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain profesional sepertinya. satu ketika dulu helmi pernah mencetuskan gelak ketawa peminat bolasepak apabila melepaskan gol mudah dari celah kangkang. jelas penjaga gol utama skuad kenari ini gagal mengawal tekanan apabila bermain didalam perlawanan penting.

perlawanan final nanti pastinya memberikan aksi yang begitu penting dari kedua-dua pasukan. bertemu buat kali kedua berturut-turut di final begitu bermakna buat mereka. sathianathan yang mungkin terpaksa menonton dari kerusi penonton ataupun tv rumahnya setelah digantung 6 bulan oleh FAM pasti ingin melihat perubahan keputusan akhir nanti untuk memihak kepada mereka. red warriors tak mahu gagal kali kedua.

sementara negeri sembilan pula kini harus mencari ramuan terbaik agar piala malaysia kekal milik mereka dan tidak bertukar tangan. penting buat wan jamak menjelang perlawanan akhir nanti ialah mencari gandingan terbaik membina tembok pertahanan kukuh agar tidak dibolosi skuad kijang yang mempunyai barisan penyerang yang cukup hebat dengan semua gandingan dilakukan pasti membuahkan hasil.

tahniah buat kedua-duanya... anda memang layak ke final!

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..