Tuesday, February 17, 2015

JIMAT KE KLIA / KLIA2



Tah macam mana aku boleh terfikir nak coret benda ni. Kadang fikir tak logik dek akal, tapi kalau kau boleh olah info merepek macam ni betapa ia mampu membahagiakan dan menyenangkan orang lain. Bukan apa, cuba kau fikir setiap hari berapa ramai menuju ke arah airport? Ramai bukan? Tapi tak semuanya pergi ke airport dengan senang lenang. Ramai juga kene sukat perbelanjaan ke airport sahaja. Tau je lah airport tu bukan dekat pusat bandar. Tambahan bila bergerak dalam bilangan ramai atau berkeluarga.

Ok tanpa banyak mukadimah, aku senaraikan beberapa cara untuk ke airport. Dan aku ambik contoh dari pusat bandar Kuala Lumpur. Tempat lain bergantung kepada akses akses yang ada.

1. Naik bas
2. Naik teksi
3. Naik erl
4. Naik motor
5. Naik kereta sendiri
6. Ada tukang hantar

1. Naik bas (anggaran)
Untuk ke airport kalau naik bas dari kl adalah melalui KL sentral. RM9.00

2. Naik ERL
ERL ada dua jenis perjalanan. sama ada KLIA Express atau KLIA transit. Stesen bermula di KL Sentral dan berakhir di KLIA2.

KLIA Express adalah tren laju satu perjalanan terus dari KL Sentral ke lapangan terbang KLIA / KLIA2
KL Sentral > KLIA / KLIA2 = RM35.00

KLIA Transit pula ialah tren henti-henti di beberapa hentian yang ditetapkan. perjalanan ke airport yang paling popular selain dari KL Sentral ialah dari Bandar Tasik Selatan dan juga Putrajaya.
Bandar Tasik Selatan > KLIA / KLIA2 = RM26.50
Putrajaya / Cyberjaya > KLIA / KLIA2 = RM6.20

3. Naik teksi
Teksi bajet.
KL > KLIA / KLIA2= ave RM80.00
Teksi Eksekutif (mpv biru)
KL > KLIA / KLIA2 = ave RM140.00

4. Naik motor
Isi petrol 5 ringgit. Dan terus ride dari kl ke klia / klia2. Masuk paking dan chow.
( yg ni aku tak mau ulas banyak, aku tak sarankan. korang paham sendiri je. Nak keluar dari kl kan? Atau oversea kan?)
Melainkan jiwa korg kental. Tapi gerenti korang akan bertaubat lepas tu. Dan ride moto hanya terpakai untuk sorang sahaja. dengan perjalanan yang agak jauh dan keselamatan menjadi tanya tanya.

5. Kereta Sendiri
Memandu menggunakan kereta sendiri juga adalah antara pilihan baik terutama bagi mereka yang bergerak secara berkeluarga / ramai. Cuma anda perlu bersedia untuk membayar harga parkir kereta yang mahal terutama jika anda keluar melebihi 4 hari. sebab rasanya berbaloi lagi naik teksi. tak penat memandu. just relax.

Bagaimanapun terdapat parkir murah yang agak jauh dari lapangan terbang utama KLIA. apatah lagi kalau KLIA2, lagilah jauh. lokasinya sebelum sampai ke KLIA akan ada simpang menghala ke concord hotel sepang. ada parkir awam terbuka. memang agak murah. tetapi dari sudut keselamatan menjadi tanda tanya. shuttle bus juga disediakan. cumanya sekiranya ketika anda kembali semula ke Malaysia, dan tiba selepas waktu jadual shuttle bus, ia akan menyusahkan kerana anda terpaksa mengambil teksi untuk ke kenderaan anda. mengikut kiraan kasar aku lebih kurang begini:
petrol : RM50 (pergi balik)
tol : RM10
parkir : bergantung kepada jumlah hari dan kawasan parkir.

6. Ada Tukang Hantar
Ha yang ni paling best kot. kau tak payah buat apa. duduk je. tau-tau dah sampai. ini biasanya menggunakan khidmat ahli-ahli keluarga mahupun rakan. tapi tak boleh amalkan selalu. sebab kadang-kadang orang meluat sebab kene jadi drebar. kalau nak buat selalu pun biar orang yang berbeza. tapi adat menumpang, kene la isi minyak dan bayar tol. pastu sikit duit makan tukang hantar.
jadinya aku congak lebih kurang begini:
pertol kebiasaan : RM50
tol : RM10
makan minum : RM20
jumlah: RM80 (menarik tak?)

So kesimpulannya mana yang korang pilih? ok aku buat kiraan contoh. contoh dari Kuala Lumpur (yang lain bergantung kepada kedudukan korang dari mana)

3 orang backpackers. (anggaran)
- naik teksi ke KL Sentral : RM 15
- Bas dari KL Sentral ke KLIA / KLIA2 : RM27
total : RM42 (sehala)

atau sekiranya mereka memilih untuk menaiki ERL.
- teksi ke KL Sentral : RM15
- KLIA Express > KLIA /KLIA2 : RM105 (3 orang)
total : RM120 (sehala)

atau mereka memilih terus menaiki teksi ke KLIA /KLIA2
Teksi budget > KLIA / KLIA2
total: RM80 (sehala)

atau mereka mahu memandu ke putrajaya dan menaiki ERL di putrajaya
petrol kereta : RM40 pergi balik
KLIA transit > KLIA / KLIA2 : 18.60 (3 orang)
parking kenderaan di putrajaya sentral (kiraan 5 malam) : lebih kurang RM30
total: RM88.60 (sehala) + 18.60 perjalanan KLIA transit balik semula = 107.20 (pergi dan balik)

jadi... mana yang korang pilih? kadang-kadang kita nampak mudah tetapi ianya tanpa sedar menyusahkan. kadang-kadang ianya nampak susah tapi menyenangkan. tepuk dada tanya selera, pilih mana yang rasa sesuai dengan kehendak kita semasa nak bergerak x kira la ketika itu kita travel berseorangan, berdua atau lebih. jika perjalanan kita berkeluarga faktor keluarga juga perlu diambil kira, asalkan tidak membebankan ahli keluarga. terus memandu dan simpan kenderaan di airport mungkin?

yang penting buat kiraan dahulu sebelum bertolak. kira baik-baik mana sesuai. lihat juga berapa banyak barang yang kita bawa. adakah sesuai jika kita menaiki bas? atau konon kita nak berjimat naik bas tetapi kita telah susahkan diri dan keluarga kita? ambil saja contoh jika ke kl sentral kos teksi berapa? kira juga berapa ramai naik bas. yang penting semua selesa.

aku? sedikit sebanyak belajar dari pengalaman ke airport sebelum ni... pendek kata setiap tahun aku akan melakukan perjalanan ke airport. makanya kesimpulannya setelah melalui situasi begitu tak kira dari segi travel seorang ataupun lebih, termasuk apabila bergerak berkeluarga, makanya aku lebih selesa untuk memilih menaiki teksi sahaja, melainkan jika aku berseorangan, aku akan menaiki KLIA express. yang penting perjalanan menjadi mudah dan tidak memenatkan.

aku bagi contoh mudah lagi... kau dapat berjimat sehingga keseluruhan hanya RM65 menaiki kenderaan selain teksi, tetapi terpaksa melalui pembuangan masa dan tenaga, jadi apa lah salahnya tambah RM15, naik teksi, sit n relax. dan sampai ke airport dengan pantas.

TETAPI... sekiranya kau sedang kesuntukan masa, mungkin terlewat, cadangan aku tak kira la berapa ramai sekalipun, naik lah KLIA Express. kau tak payah fikir jalan jem dan sebagainya...

Bagaimana pula perjalanan balik Airport ke rumah? yang ni bergantung kepada situasi. sebab biasanya bila dah sampai airport balik dari luar tu korang dah malas nak fikir apa lagi, tau nak balik je. betul tak? jadinya buat keputusan yang tepat dan tak menyusahkan.

baru-baru ni aku cuba buat kelainan, perjalanan keluarga, naik kereta, parkir di putrajaya sentral dan naik KLIA transit ke KLIA2. mengikut kiraan asal semuanya nampak ok. dengan total kira-kira RM110 untuk 5 orang pergi dan balik. kira rendah kos ni. TETAPI... waktu perjalanan pulang kapal terbang mengalami masalah, flight delay 3 jam, dan kami sampai di KLIA2 kira-kira jam 2 pagi. ERL dah tido. nak tunggu airport sampai pagi, masih terlalu awal. jadi kami mengambil keputusan naik teksi dari airport ke putrajaya sentral untuk mengambil kereta. dengan bilangan 5 orang, airport takkan kasi korang naik teksi bajet, maka mau tak mau, dengan penat dan nak cepat balik, kami naik teksi biru eksekutif. walaupun guna meter, korang tau je la berapa laju meter dia gerak + cas lepas tengah malam. KLIA2 ke putrajaya sentral je dah kene RM120 tambang. belum kira petrol, tol dan penat kau drive lagi nak balik rumah. maka kiraan tu menjadi meleset, disebabkan faktor-faktor yang tidak disangka-sangka itu.

oleh itu buat pilihan tepat, dan kau pun dapat holiday dengan aman.

SELAMAT MEMILIH!

1 comment:

your comments is valuable..