Friday, September 25, 2009

Catatan Hari Raya di Sabah 3 syawal 1430 / 22 sep 09)

Salam... bersambung untuk hari raya ketiga... sebenarnya bukan saya suka menceceh banyak2... tapi disebabkan pengalaman ini agak menarik untuk dikongsi maka saya luangkan la jugak menaip dan mengepost. lagipun ramai yang tidak tahu keadaan di sabah, jadi apa salahnya berkongsi pengalaman kan?.

jadi untuk hari raya ke 3 kami sekeluarga serta rombongan cik minah dari beaufort yang diketuai oleh adik mama pak cik hasan dan pak cik aris menuju lagi jauh ke dalam kawasan pantai barat sabah. dan boleh saya katakan pantai barat sabah saya dah khatam dah. lokasi kami untuk raya ke3 ialah ke arah sipitang dan sindumin. tapi sebelum tu kami menuju dahulu ke mesapol. kira2 30 minit dari beaufort.

ramai bangsa melayu brunei tinggal di kawasan pantai barat sabah. bermula dari kinarut yang berhampiran lok kawi menyusur ke papar, kimanis, bongawan, membakut, kuala penyu, beaufort, sipitang dan sindumin. sindumin ialah daerah paling akhir disebelah pantai barat sabah. disebelahnya ialah daerah lawas, sarawak. ramai juga bangsa brunei di lawas. sebab kenapa ramai bangsa brunei di pantai barat ialah kerana ia merupakan satu2nya penghubung ke negara brunei darussalam. Dan ramai masyarakat brunei dahulu berhijrah ke sabah mencari rezeki dan membuat harta. jika ingin masuk ke negara brunei perlu melalui lawas.

baik. sambung cerita raya.

rumah pertama untuk hari raya ke3, terletak di pekan mesapol

pakcik aris(berbaju batik) adik mama, yang bertanggungjawab menghubungkan kembali tali persaudaraan antara saudara mara yang lama hilang.

mama tua melepaskan rindu kepada saudara-maranya

masjid jamek pekan mesapol

seterusnya melalui sipitang kami terus ke sindumin, salah sebuah keluarga yang mempunyai pertalian saudara dengan mama tua. pergerakan dari mesapol ke sindumin melalui sipitang juga mengambil masa kira2 40 minit.

rumah seterusnya

tuan rumah (duduk bersama mama tua)

rumah ini terletak betul2 di tepi jalan besar berhampiran bulatan pekan sindumin

rumah berikutnya. terletak di kg berhampiran pekan sindumin. jarak 5 minit berkereta dari rumah sebelumnya

tuan rumah yang bersepupu dgn mama tua, pengiran haji yusof haji ahmad

babu bibi, isteri pakcik danan, adik ipar mama

keluarga pengiran haji yusof

rumah terakhir kami di sindumin ialah di rumah OKK sindumin, nama x ingat, saya tertanya2 juga apa itu OKK. bapak cakap org kaya kaya, lantikan politik. bila saya lihat di dinding rumahnya dia tulis OKK Ketua daerah sindumin. lebih kurang mcm tu la. tapi dah pencen.

OKK sindumin, bersepupu juga dengan mama tua


setelah selesai kami di sindumin, kami menuju ke rumah seorang kawan kepada pak cik aris di kg pelakat, sipitang, 20 minit dari sindumin. memandangkan ia tiada tali persaudaraan maka tiada lah gambar. selepas itu kami berpecah dengan saya sekeluarga mengambil risiko masuk ke sempadan sindumin melalui imigresen untuk ke LAWAS, daerah paling utara di SARAWAK. kenapa saya kata ambik risiko. sebab pertamanya soal jawab banyak di pintu masuk, kemudian kena bagi ic untuk rekod, depan pagar ada sekatan polis. macam2 boleh jadi. tapi sebenarnya tidak lah berisiko sangat. cuma kadang2 tu agak membuang masa. yang ini saya cerita next post.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..