dengan 12 pengayuh, separuh sangat berpengalaman dan sebahagian lagi termasuk saya wajah2 baru meneroka secret trail di kemensah pada waktu malam. pertama kali saya off road dgn mountain bike dan pertama kali itu waktu malam... pengalaman manis dan sukar di lupa.
bukit curam dah x boleh nak kira dah. lebih 5 agaknya. itupun menurut bro-bro penganjur itu baru light. kalau nak lagi extreme kat lubuk tedung katanya. tapi yang semalam pun dah cukup membuatkan masing2 tercungap2 dan saya sendiri setiap kali naik bukit lebih 45 darjah terpaksa menolak basikal. basikal dan penunggangnya belum cukup bersedia agaknya mengayuh di ketinggian macam tu. lebih2 lagi waktu malam. walaupun berbekalkan lampu yang cukup tapi keadaan muka jalan yang berubah2 itu menyukarkan lagi kayuhan. gaung di kiri kanan cukup menggerunkan.
sampai di puncak paling tinggi, yang menurut mereka dinamakan bukit pow, rakan pengayuh memberitahu yang average climbing yang dibuat adalah sekitar 250 meter dari aras laut. rasanya dah cukup tinggi tu.
dan macam2 perkara berlaku. yang jatuh basikal x boleh dikira lagi. saya sendiri jatuh lebih 3 kali. terutama ketika downhill. dan yang paling teruk adalah ketika mengambil selekoh tajam ketika downhill. akibatnya bengkak sebesar penumbuk hadir di keting kanan saya. nak kata retak pun tak la cuma mungkin tisu dalam koyak atau apa2 je la sebab masih boleh jalan lagi. selain itu seorang brader terputus kabel RD nya atau kabel nak shifting gearnya (rasanya istilah ni la kot) . tapi dah settle sebab diorang terer. saya pulak kabel FD terkeluar dari landasan bila dah sampai bawah. ingatkan putus. check punya check lari sendi rupanya. betulkan balik selesai masalah.
apapun terima kasih kepada bro2 genggerek yang mempelawa saya selain memberi tunjuk ajar teknik2 off road. dan terima kasih juga kepada rakan2 lain yang sedikit sebanyak dapat saya memperolehi ilmu walau sedikit.
bukit pertama
wajah2 kepenatan
man behind the team
peace di puncak
member dari kelana jaya
pose ala2 org seberang dari org gombak
sempat bakar bunga api sempena menyambut hari raya
rawatan kecemasan kepada basikal bro shah
hadiah hari raya.. wakakakaka
lagi banyak gambar - DISINI
man behind the team
peace di puncak
member dari kelana jaya
pose ala2 org seberang dari org gombak
sempat bakar bunga api sempena menyambut hari raya
rawatan kecemasan kepada basikal bro shah
hadiah hari raya.. wakakakaka
lagi banyak gambar - DISINI
VIVA RIDERS!!!
nice to know real MTB zone, check the name spell..
ReplyDeleteyea Raya gift too huh
wahahaha....adventure sungguh!!! bestnye...tp cam ngeri je nak kayuh tmpt camtuh...smpi bengkak-bengkik dah kaki tuh!!!
ReplyDeletethanks for comment.
ReplyDelete