berkayuh beramai2 dalam satu kumpulan pastinya menarik dan enjoy. selain dari boleh membantu dan dibantu sekiranya berlaku apa2 kesusahan, ia juga boleh memastikan keselamatan setiap pengayuh sentiasa terjamin. tetapi bertemu 2 kumpulan dan kemudian bergabung adalah sesuatu yang lebih mengujakan kerana selain menjadi perhatian awam di setiap lokasi kayuhan, boleh juga berkongsi pendapat antara satu sama lain sementelah masing2 datang dari latar yang berbeza.
malam sabtu lalu 2 kumpulan sempat bertemu dan bergabung seketika, menjadikan keseronokan itu bertambah. rasa penat juga hilang. yang ada semangat kayuhan. tetapi ianya hanya bersifat sementara apabila ketika sedang asyik menikmati minuman di belakang Lot 10 disamping bertukar2 pendapat, angin mulai bertiup agak kencang dan tidak lama selepas itu hujan mulai turun dengan sederhana lebat, tetapi sudah cukup membuatkan pengayuh2 ini basah kuyup. rancangan kumpulan yang bergabung ini untuk menawan highway duke dari setapak ke ulu kelang selepas itu terpaksa dikuburkan dan akhirnya 2 kumpulan ini berpisah di bukit bintang.
kelainan itu juga turut terasa oleh saya sejak dari awal bermula kayuhan di desa pandan bersama grup desa pandan apabila mula2 terpaksa menunggu 1 jam salah seorang rakan, kemudian berhenti di bukit bintang apabila sebuah basikal kekurangan angin tayar dan terpaksa mengambil masa mengepam tayar menggunakan pam kecik sebelum singgah di stesen terdekat untuk pam, dan yang paling tragis ialah apabila salah seorang rakan melanggar pokok depan shangri la hotel akibat dari keberanian menunjukkan aksi yang tidaklah ekstrim cuma teknik yang salah menyebabkan cubaan loncat atas pembahagi jalan berakhir dengan kehilangan kawalan basikal dan akhirnya melanggar pokok. nasib baik ok. cuma cedera di jari manakala handle tepi tu patah. tapi masih boleh meneruskan kayuhan. dan yang akhir ialah hujan lebat. agaknya memang malam itu menyuruh kami pulang ke rumah ...
ENJOY!!!
well narrated
ReplyDelete