Saturday, September 26, 2009

Catatan Hari Raya di Sabah 5 syawal 1430 / 24 sep 09)

jalan tenom-sipitang waktu senja (laluan gunung ganang)

hari raya ke 5, juga saya kira hari akhir saya beraya sakan kerana selepas hari itu sehingga hari ini biasa2 je aktiviti. raya gitu2 je. lawat pun gitu2 je.

tapi untuk posting ini saya ingin menceritakan perjalanan yang menarik sekali. kerana hari raya ke 5 hari tu saya pergi keningau. berhari raya dirumah rakan jurufoto yang juga guru sekolah, mazlan.

perjalanan ke keningau yang berada di kedudukan tengah sabah, melalui jalan yang bergunung ganang dan berbukit bukau, mengambil masa 4 jam jika melalui kota kinabalu, penampang, tambunan dan keningau walaupun jarak perjalanan tidaklah sampai 100km. seperti post saya sebelum ini yang mana ada jalan pintas dari kimanis tetapi amat berbahaya kepada yang tidak mahir. maka saya melalui jln jauh demi untuk sampai ke keningau.

untuk sampai ke tambunan dari penampang juga perlu melalui kawasan berbukit dan banjaran crocker. dan puncak paling tinggi ialah di gunung mas. walaupun bukit2 sepanjang laluan juga tinggi tetapi ia tidaklah setakut jalan kimanis-keningau. lagipun jalan penampang-tambunan-keningau banyak selekoh dan berular jadi sedikit sebanyak jalan disitu tidaklah curam.

orang sabah kata jika dah berjaya sampai keningau bermakna tiada masalah untuk pergi ke lain2 tempat di sabah kerana jalan ke keningau lah yang paling tinggi sekali. so, lepas ni saya tak kisah la ke mana2 pun sebab yang paling tinggi pun dah saya tawan.

pandangan dari atas bukit/gunung, 15km dari tambunan. waktu ini saya berhenti merehatkan brek kereta yang telah mengeluarkan asap panas dan kembang. waktu ini brek saya kejap berfungsi kejap tidak. maka kena rehat kejap.

Tiba di tambunan saya mengambil kesempatan singgah di tugu peringatan mat salleh. sambil beraya sambil berjalan2.

tugu peringatan mat salleh di tambunan

selesai melawat kami meneruskan perjalanan. kebanyakan jalan2 di negeri sabah kini dalam proses penambahbaikan dan pemulihan. dan tidak mustahil 5 atau 10 tahun lagi semua jalan2 ke pedalaman akan diturap. tetapi kenderaan 4x4 masih diperlukan di negeri sabah oleh kerana keadaan muka buminya yang bergunung ganang dan berbukit bukau.

jalan tambunan-keningau yang sedang di naiktaraf dan dibaiki

antara jalanraya tambunan-keningau

setibanya kami di keningau mazlan membawa kami ke rumahnya di taman jutaya, berdekatan dengan hospital keningau. dapat hadir ke rumah mazlan disamping berjaya melepasi banjaran crocker menaiki proton megavalve tahun 1989 dengan enjin mitsubishi 4g91 adalah satu kejayaan besar buat saya.

hospital keningau, landmark pertama yang saya jumpa sebaik tiba dari tambunan

ciikgu mazlan datang menjemput

gambar2 di dinding rumah mazlan. terserlah jiwa seorang jurufoto

ruang tamu rumah mazlan. cantik. pandai dia dan isteri menghias. rumah pun sangat luas dan memanjang ke belakang. rumah ni rumah beli.

bergambar bersama cikgu mazlan. mazlan org kubang kerian, kelantan. dah 8 tahun mengajar di sabah dan kahwin pun dengan org sabah. tapi tiap2 tahun tetap akan balik kelantan. nampak gaya mazlan akan menghabiskan sisa hidup di sabah. ekekek.

gambar keluarga saya dan mazlan. isteri mazlan bangsa brunei. orang bongawan jugak asalnya. borak punya borak rupa2nya dia dan isteri saya bersaudara. keciknya dunia ini.

agak lama juga kami di rumah mazlan. siap dijamu nasi lagi. terima kasih mazlan atas layanan istimewa ni. lain kali kalau berkesempatan saya datang lagi. saya amat menghargai mazlan sebagai seorang kawan. sementelah lagi dia orang semenanjung. pendek kata saya tabik dia.

kami bertolak pulang pada pukul 4.30petang dan perjalanan pulang kami tidak melalui tambunan tetapi kami terus ke hadapan melalui tenom-sipitang-beaufort-bongawan. untuk sampai ke destinasi kami melalui laluan ini juga mengambil masa kira2 4 jam. itu pun agak laju.

antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan. agak unik kerana orang disini menghalau burung di sawah padi mereka dengan menyidai banyak plastik dan pakaian.

pusat kebudayaan murut. tenom ramai orang murut. saya pun tak berapa mengenali bangsa ini.

pekan tenom. nampak seperti biasa sahaja

antara jalan mendaki dan menurun dari tenom ke sipitang.

kami juga turut melalui jalan berkabus

walaupun terbit rasa takut dan kurang yakin memandangkan pertama kali kami melalui jalan tenom-sipitang, selain hari semakin gelap, namun dalam pada itu rasa terpaku juga kejadian ilahi di mana dapat melihat matahari senja terbenam dengan amat cantik sekali. warna langit kemerah-merahan dan ia tidak langsung mengurangkan rasa penat kami.


untuk keluar dari banjaran ini atau keluar dari gunung ganang dari tenom ke sipitang memakan masa kira2 1 jam 30 minit. kami berehat seketika apabila tiba di sipitang. 10 minit selepas itu meneruskan perjalanan dan tiba di rumah pukul 8.30 malam. inilah antara pengalaman yang sukar kami lupakan.

1 comment:

  1. very nice picture n story... hope to hear more soon about sabah.

    ReplyDelete

your comments is valuable..