malam tadi berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran bersama Persatuan Penulis-penulis sukan malaysia SAM dan juga kementerian belia dan sukan. lebih 100 rakan2 media2 sukan hadir pada majlis tersebut yang memaksa penganjur untuk menyediakan meja tambahan diluar dewan makan yang dibuat di salah sebuah hotel terkemuka di kuala lumpur. mereka yang hadir terdiri daripada penulis2 sukan, wartawan sukan, editor-editor, penerbit2 sukan, jurugambar dan jurufoto serta tidak ketinggalan blogger2 sukan. Tetamu kehormat tidak lain dan tidak bukan menteri belia dan sukan datuk ahmad shabery cheek. turut hadir timbalannya YB wee jeck seng dan pegawai-pegawai tertinggi KBS. dalam ucapannya kbs berharap dalam menjalinkan ikatan lebih kukuh selepas ini dengan SAM membantu kementerian ke arah mencapai matlamat menjadikan sukan terus dihormati dan disegani. beliau juga mengumumkan mulai tahun depan KBS akan memberikan geran sebanyak RM100 ribu setahun bagi membolehkan SAM menjalankan aktiviti-aktiviti mereka. tambahan sebanyak lebih kurang 40 ribu dari nilai yang dipohon SAM. selain itu kementerian juga akan bekerjasama dengan SAM dalam mewujudkan anugerah media sukan, satu-satunya anugerah yang dilaksana dan dikendalikan sepenuhnya oleh SAM dengan dibantu oleh kementerian. ia bagi mengiktikraf hasil kerja ahli2 media sukan dalam memartabatkan lagi sukan tanahair. sebelum ini anugerah kewartawanan sukan pernah diwujudkan sebagai sebahagian dari anugerah dalam penganjuran oleh kelab wartawan malaysia MPC tetapi kini anugerah itu tiada lagi. antara anugerah2 yang bakal ada ialah penulis sukan terbaik, rancangan sukan dan jurufoto sukan terbaik. menurut presiden SAM ahmad khawari isa yang juga wartawan berita harian, penganjuran anugerah sulung tersebut dijangka diadakan pada februari atau mac tahun depan. tidak lama selepas anugerah sukan negara. penganjuran tertinggi SAM setakat ini ialah anugerah sukan SAM-100 plus yang mengiktikraf ahli2 sukan negara. menurut khawari lagi pada waktu ini katanya barisan exco yang dilantik akan memastikan peningkatan keahlian bagi memastikan SAM yang telah mencapai usia 40 tahun pada tahun ini menjadi platform terbaik ahli2 media sukan bagi memperkembangkan bakat mereka. beliau juga mengumumkan kbs akan memberikan 6 slot untuk SAM bagi menghantar ahli2 mereka ke seminar pengurusan sukan yang dijangka diadakan pada 21 dan 22 oktober ini. langkah pertama yang dilihat boleh menjadikan SAM ini terus disegani pada masa hadapan. kepada mereka2 yang berminat menyertai anugerah media sukan SAM-KBS bolehlah melayari blog sam
sammalaysia.blogspot.combekas presiden shauki kahar (silversport) dan presiden baru ahmad khawari isa
Pegawai-pegawai tinggi kementerian belia dan sukan
wakil dari astro
razak ahmad (radio rtm) dan timb ketua pengarah jab belia dan sukan encik mazrib
wakil bernama
exco tertinggi sam dari kiri jalil mat dom (rtm), abd rahim lajis (utusan malaysia), ibrahim bakar (rtm/bebas), ahmad khawari (berita harian) dan eric samuel (the star)
eric samuel dan shauki kahar berbual sesuatu
jurufoto rasmi majlis
dari kiri ahmad fazrie (berita harian), rizal hashim (blogger dan bekas wartawan sukan tersohor) dan ismadi (ketua meja sukan berita rtm)
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..