Friday, September 25, 2009

Kuala Penyu, Sabah

Kuala Penyu merupakan salah satu daerah di pantai barat Sabah. Baca maklumat mengenai kuala penyu di SINI...


di pekan kuala penyu terdapat jalan penghubung sungai untuk ke seberang. jalan di sebelah sana boleh menghubungkan kenderaan ke MEMBAKUT. seberang sana ialah kg palu-palu.

kebanyakan masyarakat sekitar menggunakan laluan sungi ini kerana jika melalui jalan biasa ke membakut mengambil masa hampir 1 jam melalui beaufort tetapi dengan menggunakan laluan sungai hanya mengambil masa tidak sampai 30 minit. lagipun masyarakat sekitar sudah terbiasa dengan suasana begini dan mungkin bagi mereka perubahan dengan membina jambatan hanya akan menghilangkan nilai2 sentimental pada pekan ini.

kenderaan menunggu giliran untuk ke seberang menaiki kapal

bot2 kecil turut digunakan untuk mengangkut penumpang dan juga kenderaan ringan seperti motorsikal.

bot2 yang datang dan pergi.

menggunakan bot untuk ke seberang bagi penunggang motorsikal ini telah menjimatkan banyak masa beliau walaupun terpaksa membayar tambang dengan agak tinggi.

kapal yang membawa kenderaan berat

tiba kapal disini kenderaan akan keluar dan menuju ke destinasi manakala kenderaan dari sini akan maju untuk ke seberang. begitulah rutin keadaan ini setiap hari dari mula beroperasi sehingga tamat sebelah petang.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..