Saturday, September 5, 2009

MEX Maximum Boost Ride

malam tadi bermula dengan 9 pengayuh yang mencuba highway kl-putrajaya dan ditambah menjadi 11 pengayuh di susur masuk kuchai lama. kebanyakan pengayuh2 ini cuba menawan kl putrajaya buat pertama kali. pelbagai cabaran dilalui dan yang pastinya ialah halangan kaki krem selain daripada tubuh pancit (bukan tayar pancit) yang memaksa kepada pit stop lebih dari 5 kali.

bukan kumpulan ini sahaja yang cuba mencabar highway kl-putrajaya ini tetapi beberapa kumpulan lain turut beradu nasib bagi memastikan terpahat didalam hati bahawa mereka adalah antara pengayuh yang berjaya menawan kl-putrajaya menggunakan basikal. cuma yang pasti kalau kumpulan lain yang ditemui berjaya pergi dan balik kurang 3 jam tetapi kumpulan pengayuh2 ini hanya berjaya menawan highway maju atau kl-putrajaya ini selama 5 jam pergi dan balik sejauh kira2 66 kilometer keseluruhan. mula 11.30mlm dan tamat 4.30 pagi. apapun syabas kepada semua walaupun ada yang terpaksa jatuh bak nangka busuk akibat kaki yang tiba2 x boleh bergerak berpunca dari cramp.

wajah segar bugar sebelum memulakan pengayuhan

1st pit stop (menunggu lagi 2 pengayuh)

pit stop di area sri kembangan


pengayuh yang paling 'laju sekali'

kenangan di tol putrajaya/cyberjaya

pit stop lagi di RnR serdang menghala kl


pit stop terakhir di susur keluar kuchai lama/bangsar


VIVA RIDERS!!!


2 comments:

your comments is valuable..