kali ini saya akan ceritakan catatan perjalanan hari raya kami sekeluarga di sabah. di mana negeri ini bukanlah seperti di semenanjung yang kita ketahui. dengan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, berbukit bukau serta cuaca boleh dikatakan amat panas dan kadangkala tidak menentu, tambahan lagi masyarakat yang berbilang bangsa sedikit sebanyak memberi pengalaman yang cukup menarik buat saya untuk dikongsi.
sebenarnya saya dah banyak kali beraya di sabah cuma ini adalah kali pertama beraya di kampung asal bapa mertua saya di BONGAWAN bukan di bandar kota kinabalu seperti tahun2 terdahulu. dan cuti kali ini juga memang sengaja dipanjangkan sebab 2 tahun seblum ini kami beraya di kuala lumpur, tempat saya. dan raya kali ini juga diserikan lagi dengan kehadiran kereta saya yang diimport dari semenanjung 2 minggu lepas. kalau sebelum2 ini pergerakan terhad sebab terpaksa tumpang kenderaan mertua tetapi kini tidak lagi. kalau sebelum ini terpaksa menyewa kereta tetapi kini duit sewa digunakan untuk berbelanja sebijak mungkin dan untuk isi minyak kereta. bukan itu saja, anak bongsu saya berumur 4 tahun yang semakin petah juga turut memeriahkan lagi hari raya bersama atuk dan nenek nya.
baiklah kita mulakan...
hari raya pertama. bermula awal pagi bersiap, macam biasa pergi sembahyang raya. balik rumah, salam2, ambik gambar. yang ini sama je. orang rumah saya berbangsa brunei oleh itu cara hidup melayunya sama. bahasanya saja berbeza. begitu juga makanannya agak sedikit berbeza. tak pe itu lain topik saya cerita khusus. untuk ini kita cerita catatan perjalanan sahaja.


gambar di masjid tidak dapat diambil demi keselamatan senjata saya. ekekek...
selepas solat aidilfitri, bapak dan ipar saya ke kubur manakala kami yang lain tunggu di rumah. saya tidak dapat menurut ke kubur sebab tiba-mengalami kesan kaki kembang(bengkak) berpunca jatuh basikal di kemensah seminggu sebelum itu.
selepas solat aidilfitri, bapak dan ipar saya ke kubur manakala kami yang lain tunggu di rumah. saya tidak dapat menurut ke kubur sebab tiba-mengalami kesan kaki kembang(bengkak) berpunca jatuh basikal di kemensah seminggu sebelum itu.



baiklah... selesai sahaja bergambar. masanya untuk ke arah rumah sebelah mertua perempuan saya. ibunya (nenek) masih ada. so kami pun bersiap2 lah setelah selesai acara salam, ambik gambar dan lepak2. sebelum itu kami singgah di rumah adik bapak di sebelah rumah je.



selepas itu kami pun memulakan perjalanan ke tempat mama di BEAUFORT. kira2 28km dari kg bapak. mengambil masa perjalanan berkereta kira2 30 minit. jalan 2 hala sahaja. tapi orang kg kata itu highway. tak pelah janji lancar. kiri dan kanan semak ada, hutan ada, rumah2 kg pun ada. untuk ke beaufort akan melalui membakut. kg mama di kg limbawang. mama berbangsa brunei+bisaya. kg limbawang tidak seperti bongawan. rumah2 di limbawang agak jauh antara satu sama lain. oleh itu kurang kemeriahannya. di bongawan rumah2 rapat sehinggakan boleh berbual dari beranda ke beranda.



selepas beberapa ketika di rumah mama tua menantikan adik bongsu mama dari kk, kami bersiap2 untuk memulakan penjelajahan raya untuk tahun 2009 ini. oleh kerana hari pun semakin petang, perjalanan untuk hari ini ialah di KOTA KLIAS, kira2 15 minit dari kg limbawang. dan tempat pertama ialah pusara bapa kepada mama dan saudara terdekat.
sedikit off topik... KOTA KLIAS ialah antara tempat pelancongan di beaufort. disini pelancong akan dapat melihat monyet belanda atau bayau dalam bahasa sabah selain melihat kelip2 atau kunang2.




selesai di kota klias, kami kembali semula ke kg limbawang. juga pergi beraya disamping mengunjungi pusara ahli keluarga mama.





dan rumah yang terakhir untuk hari raya pertama ialah rumah pakcik aris, adik mama. beliau juga ada cawangan. cuma x pasti la. anak pun x tau berapa ramai. gambar pakcik aris x dapat masa ni. bininya aje.
air gas lagi... untuk hari pertama sahaja dari mula di rumah sehingga malam air gas tidak henti2 menerjah tekakku...
yayi, adik dan hney

CANTIK BLOG NI...I LIKE BRO...ADIK BEAUFORT...
ReplyDelete