jadi untuk hari raya ke 3 kami sekeluarga serta rombongan cik minah dari beaufort yang diketuai oleh adik mama pak cik hasan dan pak cik aris menuju lagi jauh ke dalam kawasan pantai barat sabah. dan boleh saya katakan pantai barat sabah saya dah khatam dah. lokasi kami untuk raya ke3 ialah ke arah sipitang dan sindumin. tapi sebelum tu kami menuju dahulu ke mesapol. kira2 30 minit dari beaufort.
ramai bangsa melayu brunei tinggal di kawasan pantai barat sabah. bermula dari kinarut yang berhampiran lok kawi menyusur ke papar, kimanis, bongawan, membakut, kuala penyu, beaufort, sipitang dan sindumin. sindumin ialah daerah paling akhir disebelah pantai barat sabah. disebelahnya ialah daerah lawas, sarawak. ramai juga bangsa brunei di lawas. sebab kenapa ramai bangsa brunei di pantai barat ialah kerana ia merupakan satu2nya penghubung ke negara brunei darussalam. Dan ramai masyarakat brunei dahulu berhijrah ke sabah mencari rezeki dan membuat harta. jika ingin masuk ke negara brunei perlu melalui lawas.
baik. sambung cerita raya.
rumah pertama untuk hari raya ke3, terletak di pekan mesapol
pakcik aris(berbaju batik) adik mama, yang bertanggungjawab menghubungkan kembali tali persaudaraan antara saudara mara yang lama hilang.
mama tua melepaskan rindu kepada saudara-maranya
masjid jamek pekan mesapolseterusnya melalui sipitang kami terus ke sindumin, salah sebuah keluarga yang mempunyai pertalian saudara dengan mama tua. pergerakan dari mesapol ke sindumin melalui sipitang juga mengambil masa kira2 40 minit.
rumah seterusnya
tuan rumah (duduk bersama mama tua)
rumah ini terletak betul2 di tepi jalan besar berhampiran bulatan pekan sindumin
rumah berikutnya. terletak di kg berhampiran pekan sindumin. jarak 5 minit berkereta dari rumah sebelumnya
tuan rumah yang bersepupu dgn mama tua, pengiran haji yusof haji ahmad
babu bibi, isteri pakcik danan, adik ipar mama
keluarga pengiran haji yusof
rumah terakhir kami di sindumin ialah di rumah OKK sindumin, nama x ingat, saya tertanya2 juga apa itu OKK. bapak cakap org kaya kaya, lantikan politik. bila saya lihat di dinding rumahnya dia tulis OKK Ketua daerah sindumin. lebih kurang mcm tu la. tapi dah pencen.
OKK sindumin, bersepupu juga dengan mama tua
No comments:
Post a Comment
your comments is valuable..