Wednesday, August 1, 2012

OLIMPIK : NURUL SYAFIQAH JUGA TIDAK BERJAYA


Nurul syafiqah hashim, satu-satunya pemanah wanita yang membawa cabaran olimpik bagi acara recurve wanita tidak berjaya melepasi pusingan pertama apabila ditundukkan lawan dari taiwan, lin chia-en 6-2.

Walaupun bermula baik dengan menang pada set pertama dengan mata 28-23, syafiqah Membuat kesilapan pada set kedua apabila memasukkan anak panah pertama di mata 2, jauh dari sasaran sepatutnya dilakukan pemanah di pentas besar iaitu mata 8, 9, 10. Akibatnya dia tewas set kedua dengan 19-26. Begitu juga set ketiga apabila dia memasukkan anak panah kedua dan ketiga pada mata 5 mengakibatkan dia tewas 18-24. Dia cuba bangkit set keempat tetapi masih tidak berjaya apabila hanya mampu mengumpul 24 mata berbanding lawannya 27 mata.

Namun ia merupakan pengalaman berharga bagi penampilan pemanah yang baru berusia 18 tahun ini dan mempunyai peluang memperbaiki lagi pencapaian bagi menjadi pemanah terbaik negara. Gelaran olimpian sudah dimilikinya, apa yang perlu dilakukannya hanyalah membuat peningkatan demi peningkatan dan juga kejutan demi kejutan masa hadapan.

Tahniah syafiqah!

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..