Saturday, September 26, 2009

Catatan Hari Raya di Sabah 4 syawal 1430 / 23 sep 09)

jalan kimanis-keningau

hari raya ke empat kami sekeluarga tidak kemana2... tetapi saya mengambil kesempatan itu untuk 'recce' perjalanan ke keningau dengan melalui jalan pintas KIMANIS-KENINGAU. melalui jalan kimanis hanya mengambil masa tidak sampai 1 jam manakala kalau mengikut jalan lain iaitu jalan PENAMPANG-TAMBUNAN-KENINGAU atau SIPITANG-TENOM-KENINGAU mengambil masa 4 jam untuk ke keningau.

tujuan saya recce ialah kerana esoknya saya nak ke keningau beraya di rumah rakan jurufoto yang juga cikgu sekolah, mazlan.

jalan kimanis-keningau cepat. tetapi risiko yang menanti sangat tinggi. ini kerana untuk sampai ke keningau kenderaan perlu melalui 3 gunung yang mencacak tinggi di BANJARAN CROCKER. tingginya hampir 80 darjah. saya hanya berjaya melepasi gunung yang pertama kerana gunung yang ke 2 dan ke 3 tingginya amat menakutkan. mengikut cerita sudah banyak kemalangan berlaku dan yang terkini dari sepupu saya yang bertugas di kem lok kawi 3 askar mati kerana brek trak tidak berfungsi.

sesampai saya sebelum gunung ke 2 saya dapat lihat bukit/gunung yang sangat menakutkan tingginya di depan mata. terkedu sehingga untuk mengambil gambar pun terlupa. kenderaan yang memanjat gunung itu pun terkedek2 merangkak. hanya gear 1 sahaja yang membolehkan mereka menawan gunung itu. hampir 15 minit saya terpaku memerhatikan gunung itu. akhirnya setelah memikirkan kondisi kenderaan tahun 1989 saya, saya mengambil keputusan turun kembali. walaupun saya percaya enjin mitsubushi 4gn1 yang menghuni kereta saya boleh panjat tetapi bila memikirkan lain2 hal kenderaan saya berubah fikiran.

sebaik turun saya berhenti seketika merehatkan kenderaan saya. saya ambil kesempatan mengambil gambar banjaran crocker.

banjaran crocker

lebih kurang 15 minit merehatkan kenderaan, saya yang masa itu bersama isteri turun dan berhenti sekali lagi di pusat rekreasi kimanis. seperti jeram. amat cantik sekali tetapi saya tidak turun ke bawah sungai mengambil gambar oleh kerana kesuntukan masa. maka gambar dari atas sahaja yang diambil.

sungai kimanis

selepas mengambil gambar, saya pun bergerak pulang. tetapi agak menakutkan apabila tiba2 brek tidak berfungsi akibat dari panas dan brek kembang. dalam situasi kenderaan agak laju saya cuba menarik brek tangan tetapi tidak berjaya. akhirnya setelah pam brek beberapa kali barulah kembali ok. sebaik berhenti di tepi, bukak bonet depan keluar asap. mengucap panjang saya. inilah risiko yang perlu ditanggung apabila melalui jalan yang berbukit bukau dan bergunung ganang. setelah semuanya ok kami pun pulang ke bongawan.

moralnya ialah keesokan harinya kami tidak akan mengikuti jalan kimanis keningau walaupun cepat...

3 comments:

  1. isn't beautiful to have the tracklog here, even from Ranau across till way up to Tambunan will be lot more tougher ascend huh..

    keep it tracked bro, ring us a bell
    long for this route

    ReplyDelete
  2. yes bro... looking up a route for a adventure touring soon

    ReplyDelete
  3. Salam,

    tq dengan blog yg sarat dengan info.. saya pun akan ke Tenom dari KK pada sabtu ini dan sedang menimbang sama ada nak lalu KK-Tambunan-Tenom atau Kimanis-Keningau-Tenom, gerun pulak baca pengalaman bro. Kawan kata guna engine braking (low gear) dan brek seadanya..

    Lepas tu balik KK melalui Sipitang-Beaufort..

    ReplyDelete

your comments is valuable..