Sunday, July 25, 2010

SABAH KE LIGA SUPER

akhirnya jumaat lalu terjawab sudah satu lagi slot ke liga super setelah sabah berjaya menewaskan pos malaysia dengan 1-0 manakala pkns brputih mata apabila tewas kepada harimau muda 2-1.

penantian sabah selama 3 musim untuk naik ke liga super dibayar musim ini dengan persembahan konsisten pemain walaupun agak tidak menentu ketika berada di awal musim.

pkns pula terpaksa tunggu musim depan untuk cuba sekali lagi. namun pujian juga harus diberikan kepada barisan pemain abd rahman ibrahim yang turut memberikan saingan menarik dalam liga sehingga mampu bersaing untuk berebut piala liga dengan felda united. cuma felda agak bertuah kerana berkelebihan mata dari pkns.

apa pun tahniah sabah. semoga tahun depan kalian mampu untuk memberi persaingan lebih hebat dalam liga super.

1 comment:

  1. Tahniah kepada pasukan Sabah.Diharap sukan bolas sepak sabah kembali seperti zaman liga semi pro dengan kehebatan pemain2 tempatan yang menaikkan nama sabah suatu ketika dahulu....

    ReplyDelete

your comments is valuable..