Sunday, July 5, 2009

Alif bakal beraksi pada Sukma tahun depan

Ini pulak aku nak cerita tentang kegembiraan dan sekelumit kebanggaan kami sekeluarga apabila anak sulung kami alif bakal beraksi pada sukan malaysia sukma 2010 di melaka tahun depan dalam sukan memanah. alif terpilih berdasarkan pencapaian pada sukan wilayah persekutuan SWIP baru2 ini dimana dia mendapat tempat ke tiga keseluruhan daripada lebih 20 pemanah dari kuala lumpur, putrajaya dan labuan. SWIP diadakan bagi memilih atlet yang terbaik untuk mewakili wilayah persekutuan pada sukan malaysia sukma. ini adalah edisi kedua diadakan. edisi pertama ialah sebelum sukma terengganu 2008. pendapat peribadiku SWIP amat bagus dan terbaik kerana ia diadakan bagi memilih atlet2 yang betul2 berkualiti untuk menggalas cabaran di sukma. tak la main tangkap muat je. lagipun peluang itu terbuka kepada atlet2 yang merasakan mereka layak. jadi pilih kasih pun x wujud dalam soal ini.

berbalik cerita alif, dia dan afiq mula menceburi sukan memanah semenjak mereka membesar bersama atuk dan nenek mereka di kota kinabalu. alif bermula darjah 3/4. sekarang alif dah tingkatan 4. namun peningkatan ketara kedua2 mereka dilihat semenjak berpindah ke kuala lumpur pada tahun 2006 semasa alif tingkatan 1 manakala afiq darjah 5. dan semenjak itu alif dan afiq menjadi anak emas sekolah mereka sebab banyak menyumbang pingat.

peningkatan alif semakin baik pada tahun lepas apabila berjaya berada pada kedudukan terbaik peringkat majlis sukan sekolah malaysia mssm dan dia serta afiq membantu pasukan kuala lumpur memungut 1 pingat gangsa (kalau x silap) dalam recurve berpasukan.

tahun ini pula selain menyapu banyak pingat emas pada majlis sukan sekolah KL alif juga berjaya meletakkan diri dalam 5 kedudukan terbaik keseluruhan di malaysia bawah 18 tahun dalam mssm di labuan cuti sekolah baru2 ini selain membawa pulang 1 perak dan 2/3 gangsa (kalau x silap). dan apa yang lebih membanggakan dia hanya tewas kepada pemanah pelapis malaysia dan pelapis serantau(johor). dia hanya bersekolah di sekolah biasa walaupun sekolahnya merupakan pusat latihan negeri kuala lumpur dan dia bukanlah pemanah pelapis dan badannya juga tak de la banyak lapis. ekekek. dia juga ada memungut beberapa pingat dalam kejohanan terbuka yang diadakan. kalau tak de pingatpun at least berada pada kedudukan 15 terbaik atau 10 terbaik.

dalam SWIP baru2 ni pula dia berada di tempat ke 3. tempat pertama ialah pemanah pelapis kebangsaan manakala ke 2 bekas atlet sekolah sukan bukit jalil dan pernah ke sukma sebanyak 2/3 kali. diorg ni pun hampir mencapai umur maksimum mewakili sukma iaitu 23 tahun tetapi tahun depan alif baru berumur 17 tahun. maka alif mempunyai 4 peluang ke sukma dengan syarat dia perlu meningkatkan lagi pencapaian dan menjadi yang terbaik. dan dari situ juga peluang akan terbuka untuk menjadi pelapis negara sekiranya dia berjaya mendapat 5 terbaik pada sukma selain berjaya menewaskan pemanah pelapis kebangsaan atau pemanah malaysia yang sedia ada.

jadi pada sukma 2010 di melaka selain alif turut beraksi ialah zulkifli tahil, pemanah dari labuan yang kini telahpun menjadi pemanah elit malaysia, md riduan nasib, juga dari labuan yang merupakan pemanah pelapis kebangsaan dan md hazlan saili, juga dari labuan yang merupakan bekas atlet sekolah sukan bukit jalil. selain itu ada lagi seorang iaitu nuralif dari sekolah aminudin baki. pemanah ini baru berusia 15 tahun tetapi telah menunjukkan pencapaian membanggakan.

petang tadi alif berjumpa pihak kelab wira (persatuan yang bertanggungjawab sukan memanah di KL), bagi salinan ic, pas tu aku kena la isi borang sebagai penjaganya. terima kasih banyak2 kerana memberi peluang kepada anakku untuk mempamerkan bakatnya di peringkat lebih tinggi.

sebelah kaki alif telah pun berjaya ke sukma, namun untuk beraksi dia perlu meningkatkan pencapaiannya kerana dari 5 pemanah WP yang dipilih, hanya 4 yang akan beraksi manakala lagi seorang hanya akan menjadi pemerhati ataupun dijual ke negeri lain. kayu pengukurnya ialah pada setiap latihan mingguan, kejohanan yang disertai serta pemilihan akhir yang akan diadakan tidak lama sebelum temasya itu bakal berlangsung. apapun gud luck untuk alif adha.

alif ketika SWIP baru2 ini






No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..