Sunday, July 26, 2009

Trompet terakhir utk sekolah sukan bandar penawar

hhmmm... akhirnya selesai jugak masalah anak sorang ni. setelah setahun lebih bersekolah di bandar penawar akhirnya tarikh 15/7/09 langkah terakhir dia di sana. tarikh tu saya dan isteri ke sekolahnya dan menguruskan pertukarannya setelah mengambil kira pro n connya.. dan kini dia menunggu untuk masuk sekolah lamanya iaitu di sek men st john di bukit nanas. sekolah ini juga merupakan pusat latihan negeri bagi sukan memanah di kuala lumpur. surat pelepasan dari bhgn sukan dan kokurikulum putrajaya dah settle. sekarang tunggu signal dari jurulatih merangkap cikgu sekolah sama ada kena urus di jabatan pelajaran negeri atau dia tolong uruskan. tapi kalau masuk sekarang pun x boleh gak sebab budak2 tengah ujian. akhirnya kembali jugak ke pangkal jalan. ekekeke... untuk pengetahuan afiq satu ketika dulu pernah menjadi harapan sekolah ni sebelum ditawarkan ke ssbp.

tapi saya masih akan kesana jika perlu (atas urusan kerja la)... cuma kalau atas urusan keluarga/anak mungkin x lagi la kot... jauh tu oooo....


gambar diambil dari depan pintu pagar sekolah, sebelum kami chow balik kl.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..