Monday, July 27, 2009

Pasukan sukma Wilayah Persekutuan

pada kejohanan memanah terbuka UPM semalam saya sempat mengumpulkan pasukan yang dibentuk untuk menggalas cabaran dalam acara memanah pada temasya sukan malaysia SUKMA yang akan diadakan di melaka tahun hadapan. salah seorang daripadanya adalah anak saya alif. dan pembentukan pasukan ini dipilih dari kejohanan sukan wp yang didakan baru2 ini berdasarkan pencapaian terbaik pemain. 3 pemanah adalah dari labuan manakala alif dari kuala lumpur. saya sangat optimis dalam sukma yang akan diadakan tahun depan pasukan wp akan menggondol banyak pingat berdasarkan pemerhatian saya setahun dua kebelakangan ini. ini kerana salah seorang pemanah iaitu zulkifli tahil merupakan pemegang beberapa pingat emas dalam sukma di terengganu tahun lepas (2008). semenjak itu beliau dipilih mewakili pasukan pelapis kebangsaan dan baru2 ini telah diserapkan dalam pasukan elit malaysia (pasukan utama) dan banyak membantu malaysia menggondol pingat dalam kejohanan antarabangsa. selain itu mohd riduan nasib juga merupakan pemanah pelapis kebangsaan dan banyak juga menggondol pingat dalam kejohanan2 yang disertai termasuk kejohanan di UPM ini. mohd hazlan saili juga tidak kurang hebatnya kerana dia juga banyak menggondol pingat dan merupakan bekas pelajar sekolah sukan bukit jalil. alif pula merupakan penyertaan sukma pertama untuknya dan pendedahan untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang. setahun dua ini juga alif telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila menggondol beberapa pingat dalam kejohanan dalam negara bagi acara individu dan berpasukan selain memperbaiki rankingnya. pemanah2 ini dibawah bimbingan jurulatih junaidi bakir dari labuan.


pemanah WP dari kiri: mohd riduan nasib, md hazlan saili, jurulatih junaidi bakir, mohd zulkifli tahil dan mohd alif adha.

No comments:

Post a Comment

your comments is valuable..